refleksi muzik n pergerakan.docx

4
REFLEKSI Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Kami diberi tugasan untuk membuat persembahan dibawah tajuk Apresiasi Muzik dan Pergerakan.Kami telah menyempurnakan tugasan yang diberi oleh pensyarah Muzik dengan jayanya walaupun ada beberapa rintangan.Kurniaan tuhan dapat kami menyiapkan tugsan kami ini dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sepenuh penghargaan kami kepada pensyarah kerana membantu serta tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan tugasan kami ini. Pada mulanya, pada tarikh 9 Mac 2015, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat tugasan muzik ini dengan jelas dan padat dari pensyarah Encik Suhaimi ketika di dalam kelas.Setelah mendengar penerangan tersebut saya dan rakan sekelas mula mencari membuat perbincangan tentang program ini. Sebagai permulaan tugasan ini, kami menyediakan takwim bagi program ini untuk memudahkan pengurusan. Mengikuti takwim, mula-mula kami mengadakan perjumpaan untuk melantik ahli jawatakuasa bagi program ini melalui undian. Selepas melantik, Bawani A/P Sapurmaniam dijadikan sebagai pengerusi bagi program ini. Seterusnya pengerusi meminta pandangan daripada kelas kita bagi memilih tema bagi persembahan muzik ini.Selepas memilih tema, kita menetapkan tarikh membuat persembahan ini. Seterusnya kita membuat perbincangan kedua iaitu pada tarikh 11 Mac 2015. Pada tarikh tersebut kita binacang tentang peralatan yang diperlukan bagi persembahan ini. Semasa membuat perbincangan, saya memberi beberapa idea untuk membuat peralatan.Melalui ini saya dapat banyak idea untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang akan

Upload: vimala-visha

Post on 10-Nov-2015

51 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

VIMALA A/P SUPAMANIAM

REFLEKSI

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Kami diberi tugasan untuk membuat persembahan dibawah tajuk Apresiasi Muzik dan Pergerakan.Kami telah menyempurnakan tugasan yang diberi oleh pensyarah Muzik dengan jayanya walaupun ada beberapa rintangan.Kurniaan tuhan dapat kami menyiapkan tugsan kami ini dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sepenuh penghargaan kami kepada pensyarah kerana membantu serta tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan tugasan kami ini. Pada mulanya, pada tarikh 9 Mac 2015, kami mendengar penerangan, penjelasan dan ulasan tentang cara untuk membuat tugasan muzik ini dengan jelas dan padat dari pensyarah Encik Suhaimi ketika di dalam kelas.Setelah mendengar penerangan tersebut saya dan rakan sekelas mula mencari membuat perbincangan tentang program ini.Sebagai permulaan tugasan ini, kami menyediakan takwim bagi program ini untuk memudahkan pengurusan. Mengikuti takwim, mula-mula kami mengadakan perjumpaan untuk melantik ahli jawatakuasa bagi program ini melalui undian. Selepas melantik, Bawani A/P Sapurmaniam dijadikan sebagai pengerusi bagi program ini. Seterusnya pengerusi meminta pandangan daripada kelas kita bagi memilih tema bagi persembahan muzik ini.Selepas memilih tema, kita menetapkan tarikh membuat persembahan ini.Seterusnya kita membuat perbincangan kedua iaitu pada tarikh 11 Mac 2015. Pada tarikh tersebut kita binacang tentang peralatan yang diperlukan bagi persembahan ini. Semasa membuat perbincangan, saya memberi beberapa idea untuk membuat peralatan.Melalui ini saya dapat banyak idea untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang akan praktikum nanti. Seterusnya kami bincang tentang beberapa perkara tentang cerita. Antarannya watak-watak, unsur pergerakan,lagu, muzik dan sebagainnya.Seterusnya kita membuat perbincangan ketiga iaitu pada tarikh 31 Mac 2015. Pada hari ini, Pengarang cerita memilih watak-watak yang sesuai bagi setiap orang. Pengarang cerita memberitahu watak-watak dan perwatakan yang perlu dilakonkan oleh setiap orang. Saya dan rakan sekelas memberi beberapa pandangan bagi cerita ini. Selain daripada itu, ajk peralatan menyediakan senarai semak peralatan dan bendahari pula mengutip wang dan membeli alatan yang diperlukan bagi persembahan ini.

Tambahan pula, pengerusi dan setiausaha menyiapkan kertas kerja perbincangan. Semua orang membuat alatan yang digunakan dan berbincang tentang jalan cerita yang akan dipersembahakan dan pada masa yang sama membuat semakan kertas kerja bersama dengan pensyarah muzik.Aktiviti yang seterusnya ialah kami membuat perbincangan bersama pensyarah muzik kami tentang persiapan yang kita buat sampai sekarang. Pada tarikh 20 April 2015 kami mendengar skrip yang dibaca oleh pengarang cerita dan malakonkan watak masing-masing. Selain daripada itu, kami bersama-sama membuat persiapan alat bagi persembahan kami serta membuat papan cerita.Melalui tugasan ini, saya mendapat beberapa kekuatan dan kelemahan. Pertamanya dari segi kekuatan apabila menyediakan bahan untuk persenbahan ini saya mendapati penyediaan bahan media yang menarik untuk P&P dapat menarik perhatian murid dan murid tidak akan rasa bosan semasa pengajaran guru. Penggunaan media yang sehala iaitu hanya memberi keutamaan kepada keperluan murid dapat meningkatkan rasa keseronokkan murid dalam pengajaranKelemahan yang saya dapati adalah walaupun bekerjasam antara satu sama lain semasa membuat persiapan namun juga terdapat perselisihan faham antara satu sama lain.Ini akibat daripada pandangan dan idea yang berbeza. Sehubungan dengan itu, masa membuat persiapan juga agak rumit.Pengajaran yang saya dapati melalui tugasan ini adalah unsur pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat nonverbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. Dengan melaksanakan tugasan ini, saya ada beberapa cadangan terhadap unsur pergerakan ini. Sebagai bakal guru, kita perlulah bekerja menuju ke arah keadaan persediaan setiap kanak-kanak mengikut keistimewaan kebolehan mereka. Kami perlu memberi penekanan yang lebih kepada apresiasi muzik dan pergerakan bagi menjadikan pengajaran dan pembalajaran yang menarik dan memberi keseronokan.Selain daripada itu, bagi saya tugasan ini memberi suatu pengalaman yang baru kepada saya. Saya amat gembira bahawa saya dapat menyiapkan kerja yang diberi oleh pensyarah walaupun saya menghadapi banyak rintangan. Akhirnya Saya berharap pensyarah memaafkan saya atas kesilapan yang telah dibuat dalam hasil tugasan pada kali ini. Secara kesimpulannya, tugasan ini amat mencabar bagi kami.