refleksi masakan rimba

3
REFLEKSI MASAKAN RIMBA Nurul Ain Binti Ahamad Shabudin 931231-02-5228 PISMP Pendidikan Islam 1 Semester 4 Bismillahirrahmairrahim. Alhamdulliah, saya memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan inayah-Nya akhirnya dapat juga saya dan rakan-rakan dapat menyertai dan melaksanakan aktiviti masakan rimba pada kali ini. Aktiviti masakan rimba ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 23 Ogos 2014 di kawasan sekitar kolam ikan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Aktiviti ini melibatkan kerjasama antara dua unit beruniform iaitu Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Pandu Puteri Kadet (PPK) berjumlah 75 orang kesemuanya. Perlaksanaan aktiviti ini dimulakan dengan pembahagian ahli kumpulan melibatkan penggabungan antara Pandu Puteri Kadet dan Kadet Remaja Sekolah di dalam satu kumpulan. Terdapat 10 kumpulan kesemuanya dimana setiap kumpulan dianggotai oleh enam hingga tujuh orang. Antara tujuan utama diadakan aktiviti masakan rimba ini adalah supaya para guru pelatih mendapat pendedahan dan latihan awal sebelum menyertai perkhemahan unit beruniform yang dijangka akan diadakan pada awal September nanti. Pada pagi Sabtu tersebut, aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh En Zaid bin Yusof mengenai masakan rimba, menu yang perlu dimasak dan hal-hal yang berkaitan. Melalui taklimat tersebut, para guru pelatih telah mendapat gambaran awal mengenai apa yang perlu dilakukan dan bagaimana yang sepatutnya dilakukan semasa aktiviti masakan yang akan dibuat nanti.

Upload: nurul-ain

Post on 26-Dec-2015

791 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Masakan Rimba

REFLEKSI MASAKAN RIMBA

Nurul Ain Binti Ahamad Shabudin

931231-02-5228

PISMP Pendidikan Islam 1 Semester 4

Bismillahirrahmairrahim. Alhamdulliah, saya memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T

dengan limpah kurnia dan inayah-Nya akhirnya dapat juga saya dan rakan-rakan dapat

menyertai dan melaksanakan aktiviti masakan rimba pada kali ini.

Aktiviti masakan rimba ini telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 23

Ogos 2014 di kawasan sekitar kolam ikan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Aktiviti ini

melibatkan kerjasama antara dua unit beruniform iaitu Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS)

dan Pandu Puteri Kadet (PPK) berjumlah 75 orang kesemuanya.

Perlaksanaan aktiviti ini dimulakan dengan pembahagian ahli kumpulan melibatkan

penggabungan antara Pandu Puteri Kadet dan Kadet Remaja Sekolah di dalam satu

kumpulan. Terdapat 10 kumpulan kesemuanya dimana setiap kumpulan dianggotai oleh

enam hingga tujuh orang. Antara tujuan utama diadakan aktiviti masakan rimba ini adalah

supaya para guru pelatih mendapat pendedahan dan latihan awal sebelum menyertai

perkhemahan unit beruniform yang dijangka akan diadakan pada awal September nanti.

Pada pagi Sabtu tersebut, aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh En Zaid bin Yusof

mengenai masakan rimba, menu yang perlu dimasak dan hal-hal yang berkaitan. Melalui

taklimat tersebut, para guru pelatih telah mendapat gambaran awal mengenai apa yang

perlu dilakukan dan bagaimana yang sepatutnya dilakukan semasa aktiviti masakan yang

akan dibuat nanti.

Melalui aktiviti masakan rimba ini, kami selaku ahli unit beruniform telah memperoleh

pelbagai kebaikan daripada pelbagai aspek. Aktiviti sebegini memberikan peluang kepada

para guru pelatih untuk saling mengenali dan bekerjasama antara satu sama lain kerana

setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai unit yang berbeza. Selain itu, aktiviti sebegini

memberikan pengalaman baru kepada semua yang terlibat. Pengalaman sebegini tidak

dapat diperolehi di tempat yang lain dan ini merupakan suatu pengalaman yang berharga

buat semua orang. Di samping itu, pengalaman lain yang diperolehi ialah pengalaman

memasak yang jarang diperolehi seperti memasak nasi dalam buluh, memasak ikan dalam

tin, memasak roti lilit dan lain-lain menu yang lain. Pengalaman memasak menggunakan

bahan-bahan ini hanya boleh diperolehi melalui aktiviti sebegini. Aktiviti memasak sebegini

sememangnya memberi peluang kepada para guru pelatih berfikiran kreatif bagi

Page 2: Refleksi Masakan Rimba

menghasilkan hiasan yang cantik di samping menyediakan menu yang sedap menggunakan

bahan-bahan yang diberikan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki untuk

masa akan datang. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan masakan dan menghidang

adalah selama 2 jam. Proses memasak dan menghidang makanan yang diperuntukkan

kurang mencukupi kerana gerak kerja yang lambat pada permulaannya. Hal ini kerana, tidak

semua guru pelatih telah terdedah dengan aktiviti sebegini. Mereka memerlukan masa untuk

menyesuaikan diri kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi diri masing-masing.

Selain itu, bahan-bahan masakan yang disediakan oleh pihak penganjur juga tidak

menggambarkan kehidupan di dalam hutan yang serba kekurangan. Namun begitu, ia

bukanlah kelemahan yang tidak baik, malah memberikan keseronokan kepada guru pelatih

untuk memasak. Cuma, jika dilihat pada realiti semasa di dalam hutan, menu yang

disediakan tidaklah menepati tema masakan rimba tersebut.

Kesimpulannya, aktiviti sebegini amatlah bagus untuk terus dilaksanakan pada masa

akan datang. Program sebegini memberikan suatu pendedahan awal dan persiapan untuk

para guru pelatih apabila ke sekolah nanti. Seterusnya, pengalaman dan ilmu yang

diperolehi ini bakal membantu guru untuk berhadapan dengan situasi kecemasan seperti

tersesat di dalam hutan dengan baik dan lancar. Penglibatan guru-guru di dalam

kokurikulum semenjak di kampus merupakan suatu yang harus dipandang serius oleh

semua guru pelatih kerana di sekolah nanti, kitalah yang akan menjadi jurulatih kepada

murid-murid dan menunjukkan teladan yag baik kepada mereka.

Sekian, terima kasih.