masakan tingkatan 2

14

Upload: marliana-hisham

Post on 13-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

khb(ert)

TRANSCRIPT

  • Menu ialah suatu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu hidangan.Tujuan utama merancang sesuatu menu:Untuk menyediakan hidangan makanan yang berkhasiat, menarik, seimbang dan menyelerakan.Untuk menjimatkan tenaga, kos, bahan makanan dan masa penyediaannya.Mengelakkan pembaziran perbelanjaan.

  • Hidangan Sepinggan LengkapMerupakan hidangan yang seimbang dan mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh badan.Boleh disaji sebagai hidangan utama atau snek.Dapat disaji secara peranggu meja atau makanan berpek.

  • Dapat disediakan dalam beberapa cara iaitu:Cara TimurNasi Goreng, Mi Siam, Kuetiau GorengCara BaratBurger, Piza Ayam, Hotdog, Makaroni

    Cara budaya setempatNasi Kerabu, Lontong, Laksa, Mee Rebus

  • Penggunaan alatan dan kelengkapan dapur yang sesuai akan memudahkan proses penyediaan makanan.Alatan kelengkapan dapur secara umumnya terbahagi kepada 3 peringkat:Semasa penyediaan memasakSemasa memasakSemasa menghidang

  • ALATANDAPURAlasMejaKainDapurGubahanBungaKadMenuNapkin

  • Kain PengelapMengeringkan peralatan masakan dan menutup bahan masakan sebelum dimasak.Diperbuat daripada kain kapas dan kain linen yang menyerap air.Kain PencuciMencuci dan mengelap pinggan mangkuk, periuk.Kain kapas lembut seperti kain net atau kain tuala.Kain MaslinMenutup makanan sebelum dan selepas dimasak.Menapis cecair seperti agar-agar, sirap dan santan.Kain kapas halus berwarna putih.

  • ApronTuala TanganMengesat dan mengeringkan tangan yang bersihDiperbuat daripada kain tuala dan kain linen yang menyerap air.Sarung Tangan KetuharMengangkat alatan yang panas dari dapur.Mengeluarkan loyang dari oven.Diperbuar daripada kain tahan panas seperti kain kapas.Kain Pengelap LantaiAlas Dulang

  • Merupakan peraturan atau tatacara yang baik dan perlu diamalkan semasa makan di meja makan.

  • Duduk dengan postur yang baik. Badan tidak membongkok dan kaki dirapatkan.Letakkan napkin atau servit di atas riba.Tunggu semua orang berada di meja makan sebelum mula makan.Selalu layan tetamu atau orang yang lebih tua sebelum mula makan.Ambil makanan yang secukup sahaja supaya orang lain juga dapat rasainya.Suap makanan sedikit demi sedikit ke mulut. Jangan makan dengan gelojoh.

  • Kunyah makanan dengan perlahan tanpa membuka mulut.Jangan bercakap apabila mulut penuh dengan makanan.Berbual dengan lemah lembut dan cakap tentang perkara yang baik sahaja.Elakkan daripada berdiri untuk mengambil makanan. Minta bantuan orang yang berdekatan untuk menghulurkan makanan tersebut.Jangan tiup makanan yang panas. Biarkan makanan sejuk dahulu.Gunakan kutleri dengan betul dan rapatkan setelah selesai makan.

  • Kumpulkan sisa makanan di hujung pinggan, bukan di atas meja.Kacau kopi dan teh dengan senyap. Letakkan camca di piring bukan di dalam cawan.Jangan tinggalkan meja makan sebelum semua orang habis makan. Minta izin jika perlu berbuat demikian.Jangan merokok atau mencungkil gigi di hadapan tetamu.