pengurusan bengkel masakan

22
Penghargaan Saya berasa sungguh gembira dan lega hati serta bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih atas bantuan daripada semua pihak. Pihak yang ingin saya ucapkan ribuan terima kasih adalah pensyarah saya, iaitu Puan Zaitun Yahya kerana beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar dan sudi berkongsi ilmu dengan saya supaya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang banyak kepada ibu bapa yang dikasihi. Mereka bukan sahaja memberikan sokongan moral kepada saya malahan mereka juga menolong saya dari segi kewangan. Di samping itu, saya juga tidak lupa untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada abang-abang senior dan kakak-kakak senior serta rakan-rakan saya yang bukan sahaja memberikan maklumat kepada saya, tetapi juga memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Upload: aveybebe

Post on 27-Sep-2015

377 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengurusan Bengkel Masakan dan makmal

TRANSCRIPT

Penghargaan

Saya berasa sungguh gembira dan lega hati serta bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih atas bantuan daripada semua pihak.

Pihak yang ingin saya ucapkan ribuan terima kasih adalah pensyarah saya, iaitu Puan Zaitun Yahya kerana beliau telah memberikan banyak tunjuk ajar dan sudi berkongsi ilmu dengan saya supaya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang banyak kepada ibu bapa yang dikasihi. Mereka bukan sahaja memberikan sokongan moral kepada saya malahan mereka juga menolong saya dari segi kewangan.

Di samping itu, saya juga tidak lupa untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada abang-abang senior dan kakak-kakak senior serta rakan-rakan saya yang bukan sahaja memberikan maklumat kepada saya, tetapi juga memberi sokongan moral kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.

KONSEP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

3.

KONSEP SET INDUKSI

4.

TUJUAN SET INDUKSI

5.

OBJEKTIF SET INDUKSI

6.

PRINSIP-PRINSIP SET INDUKSI

7.

KOMPONEN-KOMPENEN SET INDUKSI

8.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

9.

SET INDUKSI

10.

RUJUKAN

11.

REFLEKSI

1.0 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan kaedah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru haruslah pandai memilih kaedah yang baik, sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Dalam dunia pendidikan, guru merupakan tunjang utama dalam menjayakan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Menurut Roestiyah N.K. (1998) cara mengajar yang paling tradisional dan telah lama dijalankan dalam sejarah pendidikan ialah cara mengajar dengan ceramah. Sejak dahulu lagi, guru menyalurkan pengetahuannya pada pelajar dengan secara lisan atau ceramah. Model pembelajaran yang banyak digunakan oleh guru masa kini adalah model pembelajaran konvensional. Model ini sebenarnya sudah tidak layak lagi kita gunakan sepenuhnya dalam suatu proses pengajaran. Tapi untuk mengubah model pembelajaran ini sangat susah bagi guru kerana guru harus memiliki kemampuan dan keterampilan menggunakan model pembelajaran lainnya.

Menurut Djamarah (1996) kaedah pembelajaran konvensional adalah kaedah pembelajaran tradisional atau disebut juga dengan kaedah ceramah kerana sejak dulu kaedah ini telah dipergunakan sebagai alat komunikasi lisan antara guru dengan anak didik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam sejarah pembelajaran kaedah konvensional ditandai dengan ceramah yang diiringi dengan penjelasan serta pembahagian tugas dan latihan. Jadi kegiatan guru yang utama adalah menerangkan dan pelajar mendengar atau mencatat apa yang disampaikan guru.

Subiyanto (1988) menjelaskan bahawa, kelas dengan pembelajaran secara biasa mempunyai ciri-ciri sebagai berikut iaitu pembelajaran secara klasik, dengan pelajarnya tidak mengetahui apa tujuan mereka belajar dan hanya menerima isi pengajaran yang disampaikan guru tanpa banyak menyoal. Perkara ini akan menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar. Dalam masa yang sama ilmu yang diterima tidak akan kekal lama. Bagi membantu menghadapi masalah yang timbul hasil daripada kelemahan pembelajaran konvensional ini, maka diperkenalkan pelbagai kaedah pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran berasaskan masalah. Kaedah ini adalah satu kaedah yang melibatkan pelajar secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Ia merupakan satu proses pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan pengalaman dan memerlukan pelajar berfikir secara aktif.

Penyelesaian masalah ialah sebagai satu pembangunan kurikulum dan sistem pendidikan yang serentak membangunkan kedua-dua strategi penyelesaian masalah dan pengetahuan disiplin asas dan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah (Finkle dan Torp 1955). Ini bermakna melalui proses ini pelajar-pelajar dapat menggerakkan minda mereka secara aktif dan ini dapat membantu proses pembelajaran mereka.

2.0 KONSEP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Pada Tahap II, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah.

Kurikulum Standard RBT digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan Elemen Merentas Kurikulum seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Asas Keusahawanan ditekankan dalam mata pelajaran ini.

Mata pelajaran ini juga digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.

Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang.

3.0 KONSEP SET INDUKSI

Apakh itu set induksi? Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang idea, teknik, proses, aktiviti dan sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Omardin Ashaari (1997) mendefinisikan set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Ee Ah Meng (1987) pula menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Manakala, Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu. Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit dan paling lama 10 minit sahaja bagi setiap kelas. Salah satu cara adalah dengan menayangkan video yang menarik seperti 'bangau oh bangau' atau tayangan video lain, dimana tayangan berkenaan mempunyai kaitan dengan isi pembelajaran pada hari berkenaan.

Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan oleh seorang guru bagi menarik perhatian pelajar. terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi sesi set induksi ini.

4.0 TUJUAN SET INDUKSI

Terdapat beberapa kepentinganset induksi dilaksanakan oleh guru ke atas pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kepentingan set induksi antaranya bertujuan untuk mengaitkan pelajaran dan pengajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun pelajaran yang akan disampaikan selepas itu. Set Induksi juga digunakan bertujuan mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada. Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik dengan yang dapat menarik perhatian daripada pelajar kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan menggalakkan pembelajaran. Jangka masa yang baik set induksi adalah antara 3 hingga 5 minit.

Selain kepentingan set induksi untuk menarik perhatian pelajar kepada pelajaran yang baru , ia juga mampu menarik minat dan merangsang perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Ini bermakna sesuatu pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru, khususnya pelajaran yang baru perlu menjalankan proses tersebut bagi menimbulkan sikap ingin tahu dikalangan pelajar tehadap pelajaran yang akan disampaikan. Ransangan ini difikirkan perlu bagimemberikan keseronokkan serta menarik tumpuan kepada pelajaran yang akan disampaikan juga memberi ruang kesediaan bagi pelajar meneruskan pelajaran.

Set induksi turut berperanan mengubah dan membina aliran serta tumpuan ffikiran pelajar daripada pelajaran yang sebelumya kepada baru. Ini bermakna pelajar bersedia untuk menerima perubahan isi atau kandungan pelajaran daripada yang sebelumnya kepada pelajaran yang baru. Sekiranya set induksi tidak dilakukan, kemungkinan tumpuan fikiran pelajar sedikit sebanyak akan terganggu berbanding jika dilaksanakan aktiviti ini. Justeru, set induksi dilakukan bertujuan supaya pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan pelajaran yang akan diterima mempunyai perkaitan dan ada hubung kaitnya dengan tumpuan yang perlu diberikan oleh pelajar itu sendiri.

Seterusnya, set induksi bertujuan member ruang kepada guru melaksanakan sesuatu tugasan atau aktiviti yang akan dilaksanakan saling ada perkaitan dengan langkah-langkah pelajaran yang seterusnya. Setiap aktiviti atau tugasan yang diberikan kepada pelajar perlu saling berkait bedasarkan pengajarn yang disampaikan oleh guru pada hari tersebut. Malah, set induksi difikirkan penting kerana ia berkemampuan untuk mengaitkan isi pelajaran baru dengan isi pelajaranlepas serta perkaitannya dengan pengetahuansedia ada pelajar. Ini penting kerana set induksi berada pada paras yang bosan untuk menerima pelajaran seterusnya yang akhirnya tumpuan pelajar kepada pengajaran guru turut terjejas.

5.0 OBJEKTIF SET INDUKSI

Antara objektif-objektif kemahiran Set Induksi adalah seperti yang berikut:i) Mendapatkan perhatian murid.ii) Memotivasikan murid-murid.iii) Mencadangkan cara-cara menjalankan tugas.iv) Menyatakan had tugas yang akan dilaksanakan.v) Membuat perkaitan antara yang telah dialami dengan yang di luar pengalaman murid-murid.

6.0 PRINSIP-PRINSIP SET INDUKSI

Ee Ah Meng (1987) menyatakan bagi mencapai kejayaan dalam set induksi atau permulaan pelajaran, guru hendaklah mematuhi prinsip-prinsip berikut:i)BermaknaPermulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada murid-murid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.ii) PerkaitanPermulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.iii) PerkaitanPermulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

7.0 KOMPONEN-KOMPENEN SET INDUKSI

Komponen-komponen utama dalam kemahiran Set Induksi ialah menarik perhatian, mewujudkan motivasi, perkaitan kognitif dan menstruktur.i) Menarik PerhatianUntuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.ii) Mewujudkan MotivasiSebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).iii) Perkaitan KognitifGuru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.iv) MenstrukturDalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti.

8.0 KESAN PENGAPLIKASIAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANi) Motivasi murid tinggi. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.ii) Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.iii) Murid-murid akan berusaha kearah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.iv) Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.v) Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.vi) Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.

9.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tahun 4

Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup

Tahun: 4 Cempaka(10 Tahun)

Tarikh: 1 APRIL 2015 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi 10.00 pagi (60 minit)

Bilangan Murid: 30 orang (18 lelaki 12 perempuan)

Bidang: Reka Bentuk dan Teknologi

Unit Pembelajaran: Keselamatan dan Organisasi Bengkel

Tajuk Pembelajaran: Peraturan keselamatan

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

a) Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri di bengkel dengan tepat.

b) Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat di dalam bengkel.

BBM / Bahan Aktiviti:Slaid power point, dan pemain muzik.

Pengalaman Sedia:i) Murid pernah memasuki bengkel dan

menggunakan alatan dan bahan di dalam

bengkel.

ii) Murid pernah mengamalkan beberapa peraturan

yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah.

Nilai: Kerajinan, kerjasama, berusaha dan berdaya saing.

Kemahiran Berfikir:Menaakul, menjana idea dan berfikir secara logik.

Pendekatan Pengajaran:Pembelajaran secara konstruktivisme.

Langkah

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan / Nilai / Kaedah

Set Induksi

(7 minit)

i. Murid didedahkan dengan peraturan am dan peraturan keselematan diri semasa berada di dalam bengkel.ii. Guru menerangkan kepentingan mematuhi keselamatan bengkel.

Guru menayangkan video mengenai:

Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam bengkel.

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa berada di dalam bengkel.

Kecelakaan yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi peraturan di dalam bengkel.

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kepentingan keselamatan di bengkel.

Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.

ABM/Bahan : Tayangan video.

Nilai :

Kerajinan

Kaedah : Penerangan.

Langkah 1

(18 minit)

Peraturan keselamatan

Peraturan Keselamatan Am

Peraturan Keselamatan Diri

Pakaian yang sesuai di dalam bengkel.

Kotak pertolongan cemas.

Guru menarik perhatian murid dengan bertanyakan apakah peraturan yang telah ditetapkan oleh ibubapa mereka di rumah.

Murid memberi pelbagai jawapan berkenaan peraturan yang mereka amalkan di rumah.

Guru menerangkan peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri menggunakan slaid power point dan model kotak pertolongan cemas.

Guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada murid-murid untuk menguji tahap kefahaman mereka.

Secara berpasangan, murid dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan tiga peraturan keselamatan diri.

Guru meminta beberapa pasangan murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

Guru memberikan pujian kepada pasangan murid yang dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan kata-kata semangat kepada pasangan murid yang kurang berjaya.

ABM/Bahan:

Slide power point, model kotak pertolongan cemas dan lembaran kerja(Lampiran 1).

Nilai : Kerjasama.

Kaedah : Penerangan dan perbincangan.

KB : Menaakul, menjana idea.

Langkah 2

(15 minit)

Cara menyimpan alatan dan bahan di dalam bengkel.

Panel alatan tangan.

Kotak alatan.

Bahan-bahan di dalam almari.

Guru menerangkan cara yang betul menyimpan alatan dan bahan untuk mengelakkan kemalangan.

Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melaksanakan aktiviti melengkapkan panel alatan tangan.

Guru akan memainkan muzik dan murid dikehendaki bergerak dalam bentuk bulatan secara berkumpulan sambil memegang kotak ajaib secara bergilir-gilir.

Apabila muzik diberhentikan, murid terakhir yang memegang kotak ajaib di dalam setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan panel alatan dengan alatan yang betul.

Setiap wakil kumpulan yang berjaya meletakkan alatan pada panel dengan betul akan diberikan 10 markah dan kumpulan yang berjaya memperoleh markah tertinggi akan menerima hadiah.

ABM/Bahan :

Slaid power point, model panel alatan tangan,muzik, kotak ajaib.

Nilai :

Kerjasama, kerajinan dan berdaya saing.

Kaedah :

Perbincangan dan permainan.

KB : Berfikir secara logik.

Langkah 3

(15 minit)

Membuat penilaian berkenaan :

Peraturan Keselamatan Am

Peraturan Keselamatan Diri

Cara menyimpan alatan dan bahan

Guru memberikan kuiz kepada murid yang merangkumi ketiga-tiga perkara iaitu peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

Secara berpasangan, murid dikehendaki menyempurnakan silang kata yang diedarkan oleh guru dalam bentuk lembaran kerja (Lampiran 2).

Guru membincangkan jawapan silang kata bersama murid-murid dan membantu murid-murid yang masih kurang faham.

ABM/Bahan : Lembaran kerja(Lampiran 2).

KB : Menjana idea.

Nilai : Kerjasama, berusaha dan berdaya saing.

Kaedah : Perbincangan.

Penutup

(5 minit)

Membuat rumusan kepentingan mematuhi peraturan di bengkel dan cara menyimpan alat dan bahan dengan betul dan sistematik.

1.Guru membantu murid membuat rumusan berkenaanperaturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid:

Apakah perkara yang dipelajari pada hari ini?

Apakah peraturan am dan peraturan keselamatan diri?

Bagaimana cara yang betul untuk menyimpan alatan dan bahan?

Apakah perasaan murid pada hari ini?

KB : Menjana idea.

Nilai : Berusaha.

EQ : Ekspresi perasaan.

Kaedah : Perbincangan

Catatan:

Guru memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada murid-murid..

9.1 SET INDUKSI

Langkah

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan / Nilai / Kaedah

Set Induksi

(7 minit)

i. Murid didedahkan dengan peraturan am dan peraturan keselematan diri semasa berada di dalam bengkel.ii. Guru menerangkan kepentingan mematuhi keselamatan bengkel.

1.Guru menayangkan video mengenai:

-Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam bengkel.

-Peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa berada di dalam bengkel.

-Kecelakaan yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi peraturan di dalam bengkel.

1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kepentingan keselamatan di bengkel.

2.Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.

ABM/Bahan : Tayangan video.

Nilai :

Kerajinan

Kaedah : Penerangan.

10.0 RUJUKAN

1. https://www.scribd.com/doc/17216720/Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran-Berkesan

2. http://thenotejots.blogspot.com/2010/12/definisi-set-induksi-dan-komponen.html

11.0 REFLEKSI

Syukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah karuniaNya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Setelah menghasilkan tugasan ini, saya telah mampu menginterpretasikan proses perancangan, pelaksanaan dan membuat penilaian bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

Selain itu, saya belajar apa itu pengurusan bengkel dan cara-cara megendalikan bengkel berdasarkan tugasan 1. Melalui tugasan 1 juga saya belajar bagaimana menterjemah keadaan bilik masakan yang asal ke dalam bentuk pelan. Saya juga belajar ciri-ciri keselamatan dan pencegahan keselamatan di bengkel

Tugasan ini juga mengajar saya bagaimana cara hendak mengendalikan set induksi dengan baik. Melalui tugasan ini, saya juga belajar maksud set induksi dan mengetahui kepentingan set induksi sebelum memulakan pelajaran.

Saya merasakan tugasan ini amat penting dalam kami menyediakan diri kami sebagai seorang guru yang mengajar subjek Reka Bentu dan Teknologi kelak. Sekian, terima kasih.