hutan rimba dirgahayu bahasaku

66
cerpen hutan rimba (dirgahayu bahasaku)

Upload: hakimi-marzuki

Post on 22-Jun-2015

657 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

cerpen hutan rimba(dirgahayu bahasaku)

Page 2: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

tema

Page 3: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kemusnahan alam semula jadi untuk pembangunan

Bukti –Pak Tua teringat akan pekerjaannya sebagai pemandu jentolak yang telah banyak mengorbankan alam semula jadi demi sebuah pembangunan . Pertentangan antara tuntutan untuk mencari nafkah terhadap keluarga dengan perasaan bersalah kerana terlibat dalam kegiatan alam sekitar menyebabkan Pak Tua berada dalam kekesalan yang berpanjangan . Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya menjadi kawasan perladangan .

Page 4: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

persoalan

Page 5: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kemusnahan flora dan fauna

Menggunakan jentolak jenama Caterpillar , Pak Tua menjalankan aktiviti pembalakannya . Pak Tua telah menyebabkan sumber hutan seperti keruing , salangan batu , belian , kapur , seraya dan aneka tumbuh-tumbuhan lain musnah . Haiwan-haiwan juga telah kehilangan habitat mereka .

Page 6: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kerakusan manusia merosakkan alam semula jadi untuk kekayaan

Bukti-

Pak Tua dan rakan-rakannya sering menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak . Mereka tidak sedar perbuatan mereka telah memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain .

Page 7: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

sikap ketua keluarga yang mementingkan pendidikan anak-anak

Bukti- Pak Tua sangat mementingkan pendidikan anak-anaknya . Pak Tua berasa bangga melihat kejayaan anak-anaknya dalam bidang akademik . Kini , anak-anaknya telah berjaya dalam kerjaya masing-masing . Ajam telah berjaya menjadi seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota . Bakar pula telah menjadi seorang pengurus ladang estet kelapa sawit manakala Melati merupakan seorang pensyarah di sebuah IPT . Budi , anak bongsunya merupakan seoranng guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan .

Page 8: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Usaha-usaha untuk melestarikan alam semula jadi

Pak Tua telah menjadikan tanah yang diwariskan oleh mertuanya kepada Mak Tua sebagai hutan simpan bagi menebus kembali kesalahannya . Hanya sedikit sahaja kawasan yang dibersihkan untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan .

Page 9: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Pembangunan negara melalui bidang pelancongan

Bukti – Pak Tua , dengan bantuan anak-anaknya merancang untuk menjadikan tanah pusaka pwninggalan arwah bapa isterinya sebagai kawasan ekopelancongan kerana dapat menjana pendapatan yang lumayan .

Page 10: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

plot

Page 11: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Permulaan

Pak tua teringat akan tugasnya sebagai pemandu jentolak 30 tahun yang lalu . Pak Tua telah banyak merosakkan alam semula jadi . Pak Tua dihantui rasa menyesal dan bersalah atas perbuatannya itu . Mak Tua , isteri Pak Tua dan keempat-empat anak mereka cuba mententeramkan Pak Tua .

Page 12: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Perkembangan

Pak Tua teringat akan penglibatannya dalam pemusnahan laut di kampung . Pak Tua dan rakan-rakannya yang bekerja sebagai nelayan menggunakan bom ikan untuk mendapatkan hasil yang banyak . Perbuatan Pak Tua itu merosakkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain . Pak Tua membawa diri dan mencuba nasib di tempat baharu setelah hasil tangkapannya berkurang . Malangnya , sekali lagi Pak Tua terlibat dalam pemusnahan alam sekitar . Pak Tua menangis mengenangkan kesilapannya .

Page 13: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Perumitan

Pak Tua telah menjadikan tanah pusaka arwah bapa isterinya sebagai hutan simpan . Usaha itu dilakukan untuk menebus kesilapannya yang lalu . Hanya sedikit sahaja kawasan dalam tanah pusaka itu dibersihkan untuk dijadikan tapak rumah dan dusun buah-

buahan .

Page 14: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Klimaks

Anak-anak Pak Tua iaitu Ajam , Bakar , Melati dan Budi datang ke dusun buah-buahan . Mereka bercadang untuk mengusahakan kawasan hutan simpan itu sebagai pusat pelancongan . Keluarga Pak Tua bermalam di dusun buah-buahan itu .

Page 15: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Peleraian

Pak Tua berasa tenang dan bahagia menikmati nyanyian cengkerik dan aneka bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu . Pak Tua yakin bahawa mimpi ngeri tentang kemusnahan sebuah hutan rimba itu sudah lama berlalu .

Page 16: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Teknik plot

Page 17: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

PEMERIAN

BUKTINYA: kera dan monyet melompat lalu bergayutan dan lari meninggalkan habitanya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada juga yang tidak sempat menyelamatkan diri. Seekor dua ular melata mati terjepit di celah gigi roda besi. Belum lagi soal mati katak serangga dan hidupan kecil yang lainnya. Ayam hutan dan burung-burung terbang membelah udara.

Page 18: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

DIALOG

Buktinya: perbualan antara Pak Tua dan Mak Tua

Pak Tua : tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil daripada sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba

Mak Tua : sudahlah tu, bapanya. Kalau bapanya terus-terusan menyesali perkerjaan bapanya dulu bererti bapanya juga menyesali

pertemuan kita .

Page 19: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Monolog

Buktinya : Pak tua bercakap sendiri tentang harapannya itu.

“Aku ingin kawasan ini kembali rimbun “ Pak Tua kesal akan sikapnya yang merosakkan

hutan demi mencari rezeki . “mengapa harus hutan yang terkorban ?

Kenapalah waktu itu aku tidak mencari pekerjaan yang lain yang tidak perlu mengorbankan apa-apa selain tenagaku sendiri ? “

Page 20: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

konflik

Buktinya: perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta tahun iklim mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi, tetapi sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak Tua semakin melebat.

Page 21: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Gaya bahasa

Page 22: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

simile

Buktinya : bagai mimpi menyaksikan keberhasilan

anak-anaknya dalam bidang akademik. Pak Tua bagai baru tersedar dari mimpi. Terasa dada Pak Tua juga bagai ikut

meletup bersama terumbu karang itu.

Page 23: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

sinkof

Buktinya: “ Allah dah bagi kita rezeki di sini, kita terimalah. Lagi pula usaha kita tak sia-sia.”

“Seharusnya aku mengambil pengajaran daripada petaka yang melanda perairan kampungku.”

Page 24: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

peribahasA

Buktinya; “ kalau ya pun kita cuma cari makan, tapi taklah sampai merosak hutan.” keluh Pak tua

Setelah kehidupan di kampung semakin susah kerana tangkapan sudah agak berkurangan, Pak Tua pun membawa diri ke negeri itu

Page 25: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Personifikasi

Bukti- Setiap kali jentolak berwarna kuning itu

bergerak ganas menindas dan menggilas apa-apa objek yang dilaluinya , setiap kali itu pula cerobong yang semakin hitam itu akan menghembuskan kepulan asap yang tidak kurang hitamnya

Daun-daun yang berguguran malas cuba menutupi rimba yang mudah terdedah

Page 26: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Perlambangan

Bukti- Kini hutan itu telanjang polos ,

sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya .

Telanjang polos : kegondolan Busana hijau : pokok atau tumbuh-

tumbuhan

Page 27: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

hiperbola

Bukti- Terasa dada Pak Tua juga bagai ikut

meletup bersama terumbu karang itu Ayam hutan dan burung-burung

terbang membelah udara

Page 28: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Watak &

perwatakan

Page 29: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Pak tua

Bertanggungjawab Pak Tua menanggung persekolahan semua

anaknya hingga mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti . Ajam telah berjaya menjadi seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota . Bakar pula telah menjadi seorang pengurus ladang estet kelapa sawit manakala Melati merupakan seorang pensyarah di sebuah IPT . Budi , anak bongsunya merupakan seoranng guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan .

Page 30: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Penyayang Pak Tua melayan telatah dan kerenah

cucu-cucunya dengan bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba . Selain itu , Pak Tua juga sangat menyayangi alam sekitar . Dia menyesal kerana memusnahkan hutan . Oleh itu , dia menebus kesalahannya dengan membina hutan simpan sendiri .

Page 31: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Bersyukur

Pak Tua bersyukur kerana dapat membesarkan dan kemudian menyekolahkan anak-anaknya sehingga mereka berhasil dalam usaha mencapai cita-cita masing-masing . Pak Tua bangga melihat keempat-empat anaknya yang segak dalam pakaian profesion masing-masing .

Page 32: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Alim

Pada setiap malam Jumaat , Pak Tua akan menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardu dan membaca surah yasin

Page 33: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Cinta akan alam semula jadi

Pak Tua berasa menyesal kerana telah melakukan aktiviti yang memusnahkan hutan . Bagi menebus kesalahannya ,Pak Tua menanam semula pokok-pokok hutan di atas tanah pusaka arwah bapa mentuanya untuk dijadikan hutan simpan .

Page 34: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Rajin

Pak Tua telah mengumpulkan buah-buahan tempatan daripada kebunnya . Memang agak sukar untuk mendapatkannya . Pak Tua terpaksa meredah hutan dan menjolok dengan galah panjang agar tidak merosakkan pohonnya . Segala kesusahan tidak dihiraukan asalkan dia dapat menyediakan pelbagai jenis buah-buahan untuk anak cucunya .

Page 35: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Mak tua

Bijaksana Mak Tua bijak mengambil hati suaminya

. Dia meminta supaya Pak Tua tidak menyesali perbuatannya yang memusnahkan hutan kerana niat mereka sekadar untuk mencari rezeki .

Page 36: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Pandai memasak

Mak Tua pandai memasak . Dia menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya . Aroma masakan lemak santan yang dimasak olehnya ditingkah wangi daun pandan berlegar lalu menusuk penciuman Pak Tua .

Page 37: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Rasional Mak Tua seorang yang berfikiran rasional . Dia sentiasa menasihati Pak Tua supaya redha dengan pekerjaannya kerana itu tuntutan kehidupan .

Page 38: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Bersyukur

Mak Tua seorang yang bersyukur . Dia bersyukur kerana malalui pekerjaan Pak Tua , mereka telah dipertemukan dan akhirnya membina rumah tangga . Pada awalnya perkahwinan mereka mendapat tentangan kerana Pak Tua bukan bumiputera . Namun berkat keluhuran budi Pak Tua dan sokongan daripada ayah Mak Tua sebagai wali , akhirnya Pak Tua berjaya mendapatkan Mak Tua .

Page 39: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Ajam

Bijaksana

Ajam dan adik-adiknya merancang untuk membuka bidang pelancongan di kawasan hutan simpan milik ayahnya kerana dia dapat melihat potensi untuk mendapatkan keuntungan pada masa hadapan .

Page 40: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Pemurah Ajam sanggup mengeluarkan modal yang

lebih untuk menjadikan hutan simpan sebagai kawasan pelancongan .

Memiliki kepakaran dalam dunia perniagaan Ajam berjaya menubuhkan perniagaan

pengangkutan bas antarkota dengan suntikan dana oleh Pak Tua .

Page 41: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Bakar

Patuh Bakar mematuhi pesanan ibunya . Dia

memberitahu Mak Tua bahawa dia sudah mencari pekerja di kebun dan hutan simpan milik mereka .

Berfikiran rasional Bakar berharap ayahnya berasa tidak kesal

kerana hutan yang digondolkannya itu telah dijadikan estet kelapa sawit .

Page 42: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Melati Berpandangan terbuka Melati memberitahu bapanya bahawa dalam

setiap pembangunan sesebuah negara , akan ada sisi lain daripada kehidupan yang perlu dikorbankan .

Bijak Melati mencadangkan mereka sekeluarga

menceburi bidang pelancongan di tanah hutan simpan milik bapa mereka . Selain itu , Melati juga mencadangkan supaya meniru kawasan pelancongan Lembah Danun di Lahad Datu dan Sulaman Resort di Tuaran .

Page 43: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Budi

Bijak Budi mencadangkan aliran sungai

kecil di tengah hutan simpan bapanya diperbesar untuk dijadikan kolam memancing ikan . Selain itu , dia juga mencadangkan bidang pelancongan dijadikan sebagai satu perniagaan keluarga .

Page 44: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

latar

Page 45: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Latar Tempat

Hutan rimba

Jerit pekik , laungan , kicauan, ciapan dan desisan para penghuni rimba bercampur aduk dengan deruan jentolak jenama caterpillar yang dipandu oleh Pak Tua. Rotan, banir dan akar yang berjuntaian direntap kasar. Haiwan-haiwan lain terpaksa meninggalkan habitat masing-masing. Ada juga yang mati. Hutan yang dipenuhi denagn flora dan fauna kini telah gondol.

Page 46: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Rumah Pak Tua

Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi oleh cucu-cucunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. .

Page 47: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Dusun buah-buahan Tempat Pak Tua mengumpulkan buah-

buahan tempatan untuk disediakan untuk anak cucunya. Dia terpaksa meredah hutan dan menjolok dengan galah panjang agar tidak merosakkan pohonnya.

Page 48: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Sungai Kinabatangan , Sabah Tempat Pak Tua menemui Mak Tua

semasa menaiki kapal yang menyusuri Sungai Kinabatangan menuju ke hul untuk memebuka kem-kem kayu balak.

Page 49: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Latar masa

40 tahun yang lalu Buktinya: 40 tahun yang lalu, bandar

sandakan dan daerah Kinabatangan hanya dihubungkan dengan pengankutan sungai.

30 tahun yang lalu Pak Tua mengingat kembali pekerjaannya

sewaktu 30 tahun yang lalu. Dia berasa menyesak kerana menyebabkan hutan musnah

Page 50: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Antara bulan Oktober dan Dusember Musim hujan antara blan Oktober dan

Disember seringmembina lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu.

Malam Jumaat Pak Tua memulakan runting petangnya pada

setiap malam Jumaat, iaitu menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solatfardu dan membaca surah yassin.

Page 51: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Latar masyarakat

Masyarakat yang berpendidikan tinggi Anak-anak Pak Tua berpendidikan tinggi .

Mereka telah berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya masing-masing . Ajam telah berjaya menjadi seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota . Bakar pula telah menjadi seorang pengurus ladang estet kelapa sawit manakala Melati merupakan seorang pensyarah di sebuah IPT . Budi , anak bongsunya merupakan seoranng guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan .

Page 52: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Masyarakat yang memusnahkan alam sekitar

Pak Tua telah menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan dengan lebih banyak . Tanpa disedari , perbuatannya itu telah memusnahkan terumbu karang . Pak Tua berasa menyesal atas .perbuatannya yang lalu .

Page 53: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Masyarakat beriman Pak Tua memulakan runting petangnya

pada setiap malam Jumaat, iaitu menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solatfardu dan membaca surah yassin.

Page 54: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Masyarakat yag inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan petempatan .

Ajam dan adik-adiknya telah merancang untuk membuka bidang pelancongan di kawasan hutan simpan milik ayahnya kerana dia dapat melihat potensi untuk mendapatkan keuntungan pada masa hadapan .

Page 55: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

nilai

Page 56: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Keinsafan

Bukti – Pak Tua amat menginsafi kesalahannya yang telah merosak alam semula jadi iaitu merosakkan terumbu karang di lautdan terlibat dengan penebangan hutan. Pak Tua insafakan perbuatannya lalu dia menebus kesalahannya dengan menjadikan tanah pusaka arwah bapa isterinya sebagai hutan simpan.

Page 57: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kebijaksanaan

Anak-anak Pak Tua bijak mengusahakan projek ekonomi dengan menggunakan keindahan alam semulajadi. Mereka bercadang untuk mengusahakan kawasan hutan simpan sebagai pusat pelancongan.

Page 58: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Bertanggungjawab

Pak Tua merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya dan membesarkan mereka sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing menggunakan gaji pekerjaannya sebagai seorang pemandu jentolak berjenama Caterpillar.

Page 59: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kegigihan

Pak Tua gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. Dia berhijrah dari kampung untuk mencari pekerjaan setelah hasil tangkapannya di laut semakin berkurangan. Dia telah bekerja sebagai pemandu jentolak dengan gigih untuk membiayai pendidikan anak-anaknya sehingga mereka berjaya dalam setiap kerjaya yang mereka ceburi.

Page 60: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Cinta akan alam sekitar

Bukti – Pak Tua sangat cinta akan alam sekitar . Dia berasa sangat menyesal kerana telah melakukan aktiviti yag memusnahkan alam sekitar seperti menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak . Dia juga terlibat dengan aktiviti penebangan hutan . Pak Tua ingin menebus kesalahannya dengan menjadikan tanah pusaka bapa mentuanya sebagai hutan simpan .

Page 61: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

pengajaran

Page 62: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kita hendaklah insaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan dengan berubah ke arah kebaikan agar kehidupan kita akan diberkati

Bukti – Pak Tua amat menginsafi kesalahannya yang telah merosak alam semula jadi iaitu merosakkan terumbu karang di laut dan terlibat dengan penebangan hutan. Pak Tua insaf akan perbuatannya lalu dia menebus kesalahannya dengan menjadikan tanah pusaka arwah bapa isterinya sebagai hutan simpan.

Page 63: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kita haruslah cinta akan alam sekitar dengan memelihara serta memulihara alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam .

Bukti – Pak Tua sangat cinta akan alam sekitar . Dia berasa sangat menyesal kerana telah melakukan aktiviti yag memusnahkan alam sekitar seperti menggunakan bom buatan sendiri untuk mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak . Dia juga terlibat dengan aktiviti penebangan hutan . Pak Tua ingin menebus kesalahannya dengan menjadikan tanah pusaka bapa mentuanya sebagai hutan simpan .

Page 64: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Sebagai ketua keluarga , kita perlu gigih berusaha mencari rezeki untuk menyara keluarga agar institusi keluarga yang harmoni dapat diwujudkan .

Pak Tua gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya. Dia berhijrah dari kampung untuk mencari pekerjaan setelah hasil tangkapannya di laut semakin berkurangan. Dia telah bekerja sebagai pemandu jentolak dengan gigih untuk membiayai pendidikan anak-anaknya sehingga mereka berjaya dalam setiap kerjaya yang mereka ceburi.

Page 65: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Sebagai seorang bapa , kita perlu

bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak agar masyarakat berminda kelas pertama dapat dilahirkan .

Pak Tua merupakan seorang bapa yang bertanggungjawab. Dia telah membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya dan membesarkan mereka sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing menggunakan gaji pekerjaannya sebagai seorang pemandu jentolak berjenama caterpillar.

Page 66: Hutan rimba dirgahayu bahasaku

Kita haruslah bijak dalam merebut

peluang untuk memajukan negara dengan menggunakan ilmu yang ada agar status negara maju dapat dicapai .

Anak-anak Pak Tua bijak mengusahakan projek ekonomi dengan menggunakan keindahan alam semula jadi. Mereka bercadang untuk mengusahakan kawasan hutan simpan sebagai pusat pelancongan.