refleksi literasi

Upload: noor-afifah-azizan

Post on 14-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 refleksi literasi

    1/3

    REFLEKSI (NOOR AFIFAH AZIZAN)

    Assalamualaikum dan salam sejahtera , syukur kehadrat Ilahi kerana diberi

    kesempatan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek subjek Literasi Bahasa Melayu

    serta berjaya menganjurkan pameran dan seminar pada 5 September 2013 yang lalu.

    Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini saya telah membahagikan masa dengan betul agar

    saya dapat menyiapkan tugasan lain di samping turut menyiapkan tugasan ini. Saya juga

    telah belajar cara mencipta bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan kreatif di

    samping mempelajari bagaimana untuk menguruskan pameran.

    Tugasan ini membuatkan saya lebih faham mengenai LINUS serta konsep

    pengajaran Bahasa Melayu yang baru. Sememangnya pelaksanaan pameran ini amat

    penting dalam bidang pendidikan kerana ianya merupakan cara untuk mendedahkan

    kepada para guru pelatih mengenai kaedah dan teknik P&P yang lebih menarik dan

    pelbagai.Saya telah berusaha mencari sumber di laman sesawang serta bertanya kepadasenior dan para pensyarah bagi memperoleh bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan

    ini juga dapat dijadikan asas panduan kepada diri saya pada masa akan datang setelah

    bergelar sebagai seorang guru.

    Walupun saya tidak menjawat sebarang jawatan, hanya menjaga gerai pameran

    kelas G2.7 dapat juga saya membuat kesimpulan mengenai pameran tersebut. Pertama

    sekali, saya ingin memuji kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menjalankan

    pameran dengan jayanya terutamanya kepada ahli jawatankuasa. Sebelum melaksanakan

    pameran ini terdapat banyak kekangan yang dilalui. Mensyuarat sering dilaksanakan untuk

    mendapat kata putus dari semua pihak. Saya akui bahawa saya kagum dengan para rakan

    yang terlibat dalam seminar ini kerana mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya dan

    saling bantu membantu antara satu sama lain.

    Sempat juga saya berbual dengan penceramah yang hadir sewaktu beliau meminta

    tolong untuk membantunya menyelesaikan masalah dengan videonya. Beliau, menyatakan

    bahawa program seperti ini wajar dilaksana dalam kalangan guru pelatih supaya dapat

    dijadikan panduan kepada setiap guru agar dapat menggunakan ilmu yang diperolehi

    kearah meningkatkan lagi kualiti P&P di sekolah. Bahkan, saya mendapati bahawa

    kesemua bahan bantu mengajar yang dihasilkan begitu kreatif dan menarik. Setiap kelas

    mempunyai idea yang menarik dan berbeza antara satu sama lain. Namun mempunyai

    matlamat yang sama iaitu untuk membantu murid untuk dijadikan sebagai alat bantu

    mengajar.

  • 7/29/2019 refleksi literasi

    2/3

    Selain itu, saya berpendapat bahawa topik yang dibentangkan oleh pembentang

    kertas seminar amat menarik dan bermakna serta mampu memberi ilmu pengetahuan baru

    kepada yang mendengarnya. Dengan adanya para guru pelatih yang berbakat dalam

    menyampaikan forum berjaya menarik perhatian rakan-rakan lain. Unsur kecindaan turut

    diselitkan dalam penyampaian serta aktiviti lakonan menggunakan boneka turut berjaya

    menghidupkan majlis. Sesungguhnya kesemua peserta yang terlibat amat berbakat sekali

    dalam menyampaikan isu masing-masing.

    Manakala dari segi kelemahannya pula, saya mendapati bahawa pengurusan

    program ini kurang sistematik. Hal ini kerana, kita dapat lihat bahawa kebanyakan kerja

    dilaksanakan pada tarikh yang hampir dengan pelaksanaan program dan ini memberi

    tekanan kepada para pensyarah serta AJK atasan. Bahkan, apabila mendapat kertas

    tugasan, kami agak keliru dengan tugasan yang diberi kerana tugasan kumpulan dan

    individu merupakan kerja yang sama. Bahkan apabila ditanya kepada pensyarah yang

    mengajar di dalam kelas juga bercanggah. Sehinggakan kami telah membeli barang untuk

    membuat aktiviti kumpulan. Namun, pensyarah mengatakan bahawa ia merupakan kerja

    individu. Akhirnya kami membiarkan kerja tersebut sehingga mendapat maklumat yang

    jelas.

    Selain itu, saya juga mendapati bahawa tempoh pelaksanaan seminar dan pameran

    ini agak singkat dan ini menjadikan jadual seminar padat dan kelam kabut. Dapat dlihat

    bahawa aktiviti yang dirancang berjalan secara terus dan tiada sesi rehat ketika pertukaran

    aktiviti yang seterusnya. Hal ini akan membuatkan peserta bosan dan gagal memberi

    tumpuan kepada aktiviti yang berlangsung. Malahan, hadirin yang datang kurang memberi

    perhatian kepada sesi forum yang datang kerana lebih tertumpu kepada gerai kumpulan

    kelas masing-masing.

    Kelemahan seterusnya ialah kesukaran berkomunikasi antara guru pelatih. Hal ini

    berlaku apabila terdapat segelintir guru pelatih yang lambat menerima maklumat dari AJKatasan disebabkan oleh sumber maklumat hanya disampaikan melalui laman sosial

    facebook. Seperti yang sedia maklum,rangkaian internet di institut ini mengalami masalah

    sejak pulang dari cuti raya dan ini menyebabkan para guru pelatih sukar untuk membaca

    maklumat yang disampaikan khusunya kepada guru pelatih yang tiada kemudahan

    rangkaian internet sendiri. Keadaan ini merupakan masalah teknikal, namun dengan

    bantuan-bantuan rakan lain dapat juga diselesaikan permasalahan ini. Sesunguhnya

    kerjasama antara satu sama lain merupakan kunci kepada segalanya.

  • 7/29/2019 refleksi literasi

    3/3

    Cadangan saya untuk pameran seterusnya adalah agar pihak yang terlibat dapat

    meningkatkan lagi tahap pengurusan aktivitikearah yang lebih baik. Pihak yang berkenaan

    seharusnya memilih AJK yang memiliki komitmen dan pengalaman dalam mengendalikan

    pameran serta seminar. Dengan itu, segala pengendalian aktiviti mampu berjalan dengan

    lebih lancar. Cadangan saya yang seterusnya ialah, pameran ini perlu dilaksanakan dalam

    tempoh yang lebih lama agar kita dapat memberi lebih peluang kepada pihak luar seperti

    sekolah, guru pelatih dari institut lain mahupun guru pelatih institut ini sendiri untuk turut

    serta dalam program ini. Malahan, memasukkan aktiviti yang menarik untuk disertai oleh

    pensyarah dan juga para guru pelatih. Selain itu, menjemput seluruh guru pelatih IPGKIK

    yang berkelapangan untuk menghadirkan diri untuk melihat idea baru dalam menghasilkan

    bahan bantu mengajar.

    Konklusinya ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah,

    rakan-rakan yang bertungkus lumus mengendalikan aktiviti pameran ini serta ibu bapa saya

    yang banyak membantu dan memahami keadaan saya yang agak sibuk sepanjang

    pelaksanaan tugasan dan program ini. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat

    sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugasan ini dan tersalah kata.

    Akhir kata, saya berharap agar program ini mampu diteruskan dan dapat dipertingkatkan

    kearah yang lebih baik.

    Sekian, terima kasih.