refleksi lawatan ilmiah ke kuala lumpour

5
REFLEKSI NAMA : MOHAMAD KHAIRUL AMIR BIN ZAINUDIN NO. KP : 920414-03-5919 NO. MATRIK : 125134 Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk untuk menyertai lawatan Sejarah Islam ke Kuala Lumpur ini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Anisah binti Harun. Ini disebabkan saya amat mengaguminya kerana dari awal lagi beliau membuat perancangan yang teliti bersama dengan pengarah program sebagai prasyarat lulus PISMP Sejarah bagi semester pertama dalam tahun ini. Antara aspek-aspek dalam refleksi yang ingin saya persembahkan ialah SWOT iaitu strength (kekuatan), weakness (kelemahan), opportunity (peluang) dan threat (halangan). Guru pelatih PISMP Sejarah ambilan Januari 2013 dikehendaki menyiapkan satu tugasan bagi subjek Persatuan. Tugasan ini memerlukan guru pelatih merancang dan menghasilkan penulisan ilmiah tentang perkembangan sejarah Islam di Timur Tengah dan perkembangan sejarah Islam di Malaysia sebagai kesinambungan perkembangan Islam di seluruh dunia. Lawatan ini merupakan pengukuhan kepada pengetahuan kami dalam usaha menganalisis perkembangan agama Islam di kota metropolitan di Kuala Lumpur ini. Sepanjang lawatan ini, saya menyedari banyak kekuatan yang perlu dikekalkan untuk masa akan datang. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang timbul berikutan kelemahan dari pihak guru pelatih sendiri di mana langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Saya

Upload: amauri-kaoru

Post on 20-Feb-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mnn

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI Lawatan Ilmiah Ke Kuala Lumpour

REFLEKSI

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL AMIR BIN ZAINUDIN NO.

KP : 920414-03-5919

NO. MATRIK : 125134

Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya

untuk untuk menyertai lawatan Sejarah Islam ke Kuala Lumpur ini. Setinggi-tinggi

penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Anisah binti Harun. Ini

disebabkan saya amat mengaguminya kerana dari awal lagi beliau membuat perancangan

yang teliti bersama dengan pengarah program sebagai prasyarat lulus PISMP Sejarah bagi

semester pertama dalam tahun ini. Antara aspek-aspek dalam refleksi yang ingin saya

persembahkan ialah SWOT iaitu strength (kekuatan), weakness (kelemahan), opportunity

(peluang) dan threat (halangan).

Guru pelatih PISMP Sejarah ambilan Januari 2013 dikehendaki menyiapkan satu

tugasan bagi subjek Persatuan. Tugasan ini memerlukan guru pelatih merancang dan

menghasilkan penulisan ilmiah tentang perkembangan sejarah Islam di Timur Tengah dan

perkembangan sejarah Islam di Malaysia sebagai kesinambungan perkembangan Islam di

seluruh dunia. Lawatan ini merupakan pengukuhan kepada pengetahuan kami dalam usaha

menganalisis perkembangan agama Islam di kota metropolitan di Kuala Lumpur ini.

Sepanjang lawatan ini, saya menyedari banyak kekuatan yang perlu dikekalkan untuk masa

akan datang. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang timbul berikutan kelemahan dari

pihak guru pelatih sendiri di mana langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil bagi

mengatasi masalah tersebut. Saya juga berpeluang menimba ilmu dan lebih berpengalaman

dalam melibatkan aktiviti lawatan ini. Ini dapat diperlihatkan melalui kunjungan kami ke

Institut Pengajian Islam di Universiti Malaya. Melalui sesi taklimat yang diadakan, kami

didedahkan tentang penerapan nilai dan usaha dalam memupuk minat pelajar dalam mata

pelajaran sejarah di sekolah rendah. Kami juga ditunjuk ajar tentang kaedah pedagogi yang

sesuai dalam usaha memahamkan murid dalam mengingati fakta-fakta sejarah terutamanya

sejarah perkembangan agama Islam di negara kita dalam kalangan murid. Kami juga dapat

diberi pencerahan tentang cara untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda

(Master) dalam bidang sejarah iaitu Master dalam bidang Sejarah Ketamadunan Islam. Saya

juga didedahkan secara langsung tentang merasai pengalaman di Persidangan Dewan

Page 2: REFLEKSI Lawatan Ilmiah Ke Kuala Lumpour

Rakyat. Pengalaman ini amat berguna kepada saya dalam usaha mengetahui tatacara

persidangan persidangan di Dewan Rakyat. Saya juga amat tertarik dengan pendekatan

yang digunakan oleh Wakil Rakyat daripada Parti Islam Se-Malaysia yang mendahului

ucapan mereka dengan menggunakan ayat al-Quran sebagai hujah yang paling utama.

Selain itu, semasa lawatan ke Bank Rakyat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur juga

banyak input yang kami dapat. Antaranya ialah kami didedahkan dengan kaedah

pengurusan Bank secara patuh syariah. Saya juga pertama kali mengetahui bahawa bank ini

merupakan bank yang sepenuhnya menggunakan sistem perbankan syariah sepenuhnya

sejak dari tahun 2008. Selain itu, tugasan ini juga dapat meningkatkan kemahiran

berkomunikasi kerana dalam menyatakan pendapat serta hujah, kematangan dalam berfikir

dapat dipamerkan. Kemahiran tersebut amat penting khususnya kepada guru pelatih dalam

berinteraksi dengan pelajar suatu hari nanti. Tanpa kemahiran komunikasi yang betul,

maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas oleh pihak lain.

Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang patut saya atasi sepanjang program

lawatan projek ini. Antaranya ialah kurangnya persediaan dari aspek mental dan fizikal. Ini

dapat diperlihatkan apabila saya sendiri sedikit mengalami demam selsema selepas pulang

daripada lawatan ini. Saya sepatutnya membawa ubat dan menyediakan bekalan air yang

mencukupi untuk mengatasi iklim yang sangat panas dan berjerebu di Kuala Lumpur. Selain

itu, saya juga mengakui sedikit kelemahan yang dialami bersama-sama dengan kumpulan

AJK saya iaitu Farah Najwa dan Dickson dalam menguruskan gerak kerja AJK makanan. Ini

dapat diperlihatkan melalui pembahagian air minuman secara berkala sebanyak 2 kali setiap

hari sepanjang lawatan ini. Namun pembahagian air minuman hanya dapat dibahagikan 1

kali sahaja setiap hari sehingga banyak lebihan air selepas lawatan. Selain itu, kelemahan

lain yang dapat dikesan ialah kurangnya fungsi setiap AJK yang penting dalam lawatan ini

terumatanya AJK Sponsor, AJK Aktiviti, AJK Perhubungan dan juga bahagian pengiraan

bajet lawatan iaitu Bendahari Program. Ini disebabkan kekangan masa dan juga kelulusan

kertas kerja disaat akhir seminggu sebelum lawatan diadakan. Disini peranan pensyarah

pembimbing kami iaitu Puan Anisah banyak bekerja dalam usaha memudahkan gerak kerja

kami.

Banyak input atau peluang yang saya perolehi sepanjang tugasan projek ini. Paling

utama ialah dapat berkolaborasi secara ilmiah dengan pensyarah pembimbing. Kolaborasi

dua hala sebenarnya sangat penting kerana pengurusan yang sistematik haruslah ada

bimbingan daripada pensyarah sendiri agar tidak timbul sebarang masalah pada masa yang

akan datang. Selain itu, lawatan ini akan dijadikan panduan untuk saya dalam melaksanakan

lawatan apabila berada di dalam perguruan kelak. Selain itu, kami juga berpeluang

merancang dan mencari masa yang sesuai untuk mengadakan lawatan walaupun dihimpit

Page 3: REFLEKSI Lawatan Ilmiah Ke Kuala Lumpour

dengan kekangan masa yang sangat padat pada semester ini terutamanya selepas waktu

praktikum selama 2 bulan. Semasa di Kuala Lumpur juga kami dapat berpeluang untuk

menimba sebanyak mungkin tentang kolaborasi secara ilmiah dengan pihak PMIUM,

Parlimen Malaysia dan juga pihak Bank Rakyat sehinggakan banyak pengetahuan yang

berguna yang kami timba.

Halangan sepanjang program lawatan dalam menyusuri sejarah Islam di Kota

Metropolitan ini tidak dapat dielakkan. Halangan yang paling utama ialah kos lawatan. Kos

lawatan ini sewajibnya ditanggung oleh pihak pentadbiran tetapi akibat dasar dan

peruntukkan yang sedikit daripada kerajaan, kami terpaksa menggunakan wang poket

sendiri untuk membiayai kos lawatan ini sehinggakan kami terpaksa menggunakan duit

poket sendiri sebanyak RM50. Halangan yang seterusnya ialah pengurusan masa yang

sedikit mengecewakan. Ini dapat diperlihatkan apabila peserta program lawatan terpaksa

menunggu guru pelatih yang terlewat untuk menyertai mana-mana aktiviti. Ini sedikit

sebanyak memberi persepsi yang negatif daripada pensyarah pembimbing kepada unit kami

walaupun masalah yang ditimbulkan hanyalah seorang daripada kami. Selain itu, faktor

perubahan cuaca yang panas dan berjerebu juga sedikit memperlahankan aktiviti lawatan

kami di bandar Kuala Lumpur sehinggakan ada dalam kalangan kami yang mengalami

demam dan batuk yang berpanjangan.

Terdapat beberapa cadangan penambaikan untuk menampung segala kelemahan

yang ada sepanjang lawatan ini. Antaranya ialah perancangan yang lebih mantap dan

bersistematik daripada guru pelatih. Perancangan ini akan mengurangkan gerak kerja

pensyarah yang banyak berhempas pulas dalam menjayakan lawatan kami ke Kuala Lumpur

ini. Selain itu, perancangan yang mantap juga akan menetapkan tempat lawatan yang ditujui

dengan betul tanpa ada pertukaran tempat lawatan dengan kerap. Justeru, secara

keseluruhannya lawatan ini berjaya mencapai objektifnya dalam usaha menerapkan pelbagai

ilmu yang berkaitan dengan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk

membangunkan insitusi agama Islam di kota metropolitan iaitu di Kuala Lumpur ini.