refleksi lawatan

3
Refleksi Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Sebagai guru pelatih di IPG Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan, kami mengadakan satu lawatan ke Muzium Telekom Malaysia. Kami sebagai ahli Persatuan Radio Amator telah berjaya melaksanakan lawatan ini. Tujuan mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui tentang sistem perhubungan dan komunikasi sejak pada zaman dahulu hingga pada masa kini. Objektifnya adalah untuk mengukuhkan kemahiran pengurusan dalam kalangan pemimpin muda dalam penubuhan kelab dan persatuan. Pada pendapat saya, lawatan ini merupakan salah satu cara yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu. Lawatan ini disertai oleh guru pelatih PISMP Pengajian Tamil dan TESL diiringi oleh dua orang pensyarah. Lawatan kami telah diadakan pada 15 Oktober 2014. Kami telah bertolak pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki bas ke destinasi yang dituju. Apabila sampai di muzium, kami disambut dengan penuh mesra oleh fasilitator-fasilitator. Kami dibawa ke Galeri Muzium Telekom untuk sesi taklimat. Fasilitator telah menerangkan sejarah Muzium ini. Muzium telekom lama ditubuhkan pada tahun 1928. Muzium yang kami kunjungi adalah muzium baharu. Fasilitator telah

Upload: gayugeo1930

Post on 21-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

RefleksiSelamat sejahtera dan salam perpaduan.Sebagai guru pelatih di IPG Tengku Ampuan Afzan yang mengikuti program kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan, kami mengadakan satu lawatan ke Muzium Telekom Malaysia. Kami sebagai ahli Persatuan Radio Amator telah berjaya melaksanakan lawatan ini. Tujuan mengadakan lawatan ini adalah untuk mengetahui tentang sistem perhubungan dan komunikasi sejak pada zaman dahulu hingga pada masa kini. Objektifnya adalah untuk mengukuhkan kemahiran pengurusan dalam kalangan pemimpin muda dalam penubuhan kelab dan persatuan. Pada pendapat saya, lawatan ini merupakan salah satu cara yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai cabang ilmu.Lawatan ini disertai oleh guru pelatih PISMP Pengajian Tamil dan TESL diiringi oleh dua orang pensyarah. Lawatan kami telah diadakan pada 15 Oktober 2014. Kami telah bertolak pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki bas ke destinasi yang dituju. Apabila sampai di muzium, kami disambut dengan penuh mesra oleh fasilitator-fasilitator. Kami dibawa ke Galeri Muzium Telekom untuk sesi taklimat. Fasilitator telah menerangkan sejarah Muzium ini. Muzium telekom lama ditubuhkan pada tahun 1928. Muzium yang kami kunjungi adalah muzium baharu. Fasilitator telah memperkenalkan alat perhubungan dan komunikasi yang digunakan oleh manusia sejak zaman dahulu hingga pada masa kini satu per satu. Beliau juga menerangkan tujuan setiap alat perhubungan digunakan oleh manusia pada masa itu. Kami juga telah mengunjungi aras atas galeri Muzium ini. Alat perhubungan pada aras atas adalah berteknologi tinggi yang mempunyai banyak perubahan daripada yang dahulu. Contohnya, komputer tidak berwayar, mouse tidak berwayar, keyboard yang tidak berwayar, ipad dan sebagainya. Dengan mengikuti lawatan ini, saya dapat mengetahui tentang perubahan yang telah berlaku dalam sistem perhubungan sejak zaman dahulu hingga pada masa kini. Pada zaman dahulu, manusia telah menulis pada batu pada zaman Neolitik. Kewujudan Batu Bersurat Terengganu dikatakan skrip Jawi Tertua yang ditemui di Malaysia. Saya dapat melihat kedua-dua batu ini di muzium tersebut. Saya juga dapat peluang untuk melihat Al-Quran yang digunakan secara besar-besaran pada abad ke-19. Selain itu, pada masa itu juga, utusan akan menyampaikan maklumat secara lisan. Sebelum menyampaikan maklumat, utusan akan memberitahu kepada orang yang membuat ketukan. Selepas sahaja orang tersebut menerima maklumat, dia akan menggunakan ketuk-ketuk untuk memaklumkan waktu solat, peranti amaran sekiranya berlaku serangan musuh dan untuk situasi kecemasan. Setiap makluman ini mempunyai bunyi ketukan yang berbeza. Selepas dibuat ketukan, barulah utusan akan menyampaikan maklumat yang dibawa kepada orang ramai. Selain itu, International Morse Code juga telah digunakan pada masa itu untuk menulis sesuatu. Maklumat-maklumat ini adalah saya dapat ketahui melalui penerangan fasilitator. Saya juga dapat memahami bahawa sistem perhubungan dan komunikasi serta alat perhubungan dan komunikasi telah mengalami perubahan secara berperingkat-peringkat sepadan dengan perubahan teknologi. Saya dapat melihat perubahan ini secara berperingkat-peringkat dalam muzium ini. Contohnya, selepas tulisan secara tangan digunakan, bahan bercetak telah diperkenalkan. Seterusnya, Stesen Radio Tanpa Wayar wujud untuk menyediakan komunikasi dengan kapal-kapal di laluan. Terdapat banyak alat perhubungan dan komunikasi telah dipamerkan dalam muzium ini. Saya tidak pernah melihat alat-alat perhubungan lama sebelum ini. Tetapi, melalui lawatan ini saya mendapat peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dalam sistem perhubungan dan komunikasi. Saya juga dapat mengetahui kegunaan dan sejarah setiap alat yang digunakan pada zaman-zaman dahulu.Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami En.Shukri yang sudi mengiringi kami ke muzium ini. Lawatan sambil belajar seperti ini perlu diadakan dalam setiap persatuan supaya guru pelatih dapat meningkatkan ilmu dan pengalaman yang baharu. Sekian, terima kasih.