refleksi kimia

2
ROSLI BIN KEPLI (830620135217) REFLEKSI Saya telah menerima tugasan ini pada 24 ogos 2013 oleh pensyarah pembimbing Pn. Balkis bagi Kursus SCE3109 Tenaga Dalam Kimia. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya perkara berkaitan dengan tajuk kimia nuklear seperti pembahagian dalam kumpulan. Saya perlu mencari maklumat bagi setiap tajuk dan menterjemahkannya dalam bentuk carta minda. Diawal tugasan ini, Pengetahuan saya tentang kimia nuklear adalah kosong dan tiada maklumat. Pengetahuan saya hanya atas nama nuklear seperti yang selalu disebut-sebut dalam kaca telivisyen dan radio serta surat khabar. Pendedahan awal berkaitan tugasan juga hanya diperolehi melalui penerangan oleh pensyarah pembimbing dan rakan kelas. Namun demikian, dalam peningkatan kefahaman saya terhadap tugasan tersebut saya sentiasa bertanya dan mencari maklumat melalui buku dan bahan internet. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, banyak kekangan dan masalah yang perlu diharungi bagi menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti dan mematuhi kriteria yang telah ditetapkan. Masalah yang paling ketara adalah dalam mendapatkan maklumat dan memahami kehendak tugasan. Bagi mengatasi masalah tersebut saya banyak bertanya kepada rakan rakan kelas serta rakan-rakan guru di sekolah. Masalah yang paling utama saya adalah kesukaran untuk mendapatkan tempat perbincangan yang strategik yakni mempunyai kemudahan internet serta bahan bahan rujukan. Tambahan lagi, sejak akhir akhir ini, perkhidmatan internet di sekolah mengalami masalah dan sering tergendala. Ini menyebabkan saya menghadapi kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah bersepakat untuk menggunakan masa serta kesempatan yang sesuai dengan bijak serta mencari alternative dengan melalui perbincangan dengan rakan guru di sekolah dan pergi ke tempat yang mempunyai rangkaian internet yang lebih baik di luar waktu sekolah. Di sebalik masalah yang dihadapi tersebut, ia melatih saya supaya membuat perancangan awal tentang perkara yang berkaitan dengan masa dan tempat untuk melaksanakan tugasan. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman dan perkara baru yang saya perolehi. Pengetahuan dan pengalaman yang paling ketara adalah berkaitan dengan peningkatan pengetahuan saya tentang kimia nukelar dan tajuk lain. Pengetahuan ini amat berguna kepada saya dalam memantapkan lagi pengetahuan dan pengalaman bagi perkara yang berkaitan. Maklumat dan pengetahuan seperti ini boleh dikongsikan dengan murid sekolah bagi meningkatkan dan pendedahan awal tentang sesuatu yang baru. Tambahan lagi sebagi seorang guru, perkara seperti ini perlu diketahui. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi

Upload: roslinur

Post on 22-Jul-2015

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi kimia

ROSLI BIN KEPLI (830620135217)

REFLEKSI

Saya telah menerima tugasan ini pada 24 ogos 2013 oleh pensyarah pembimbing Pn.

Balkis bagi Kursus SCE3109 Tenaga Dalam Kimia. Menerusi tugasan ini, saya perlu

menyiapkannya perkara berkaitan dengan tajuk kimia nuklear seperti pembahagian dalam

kumpulan. Saya perlu mencari maklumat bagi setiap tajuk dan menterjemahkannya dalam

bentuk carta minda. Diawal tugasan ini, Pengetahuan saya tentang kimia nuklear adalah

kosong dan tiada maklumat. Pengetahuan saya hanya atas nama nuklear seperti yang selalu

disebut-sebut dalam kaca telivisyen dan radio serta surat khabar. Pendedahan awal berkaitan

tugasan juga hanya diperolehi melalui penerangan oleh pensyarah pembimbing dan rakan

kelas. Namun demikian, dalam peningkatan kefahaman saya terhadap tugasan tersebut saya

sentiasa bertanya dan mencari maklumat melalui buku dan bahan internet. Sepanjang

menyiapkan tugasan ini, banyak kekangan dan masalah yang perlu diharungi bagi

menghasilkan tugasan yang baik dan berkualiti dan mematuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Masalah yang paling ketara adalah dalam mendapatkan maklumat dan memahami kehendak

tugasan. Bagi mengatasi masalah tersebut saya banyak bertanya kepada rakan – rakan kelas

serta rakan-rakan guru di sekolah. Masalah yang paling utama saya adalah kesukaran untuk

mendapatkan tempat perbincangan yang strategik yakni mempunyai kemudahan internet serta

bahan – bahan rujukan. Tambahan lagi, sejak akhir – akhir ini, perkhidmatan internet di sekolah

mengalami masalah dan sering tergendala. Ini menyebabkan saya menghadapi kesukaran

untuk mencari maklumat yang bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Bagi mengatasi

masalah tersebut, saya telah bersepakat untuk menggunakan masa serta kesempatan yang

sesuai dengan bijak serta mencari alternative dengan melalui perbincangan dengan rakan guru

di sekolah dan pergi ke tempat yang mempunyai rangkaian internet yang lebih baik di luar

waktu sekolah. Di sebalik masalah yang dihadapi tersebut, ia melatih saya supaya membuat

perancangan awal tentang perkara yang berkaitan dengan masa dan tempat untuk

melaksanakan tugasan. Dalam menyiapkan tugasan ini, banyak pengalaman dan perkara baru

yang saya perolehi. Pengetahuan dan pengalaman yang paling ketara adalah berkaitan dengan

peningkatan pengetahuan saya tentang kimia nukelar dan tajuk lain. Pengetahuan ini amat

berguna kepada saya dalam memantapkan lagi pengetahuan dan pengalaman bagi perkara

yang berkaitan. Maklumat dan pengetahuan seperti ini boleh dikongsikan dengan murid sekolah

bagi meningkatkan dan pendedahan awal tentang sesuatu yang baru. Tambahan lagi sebagi

seorang guru, perkara seperti ini perlu diketahui. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi

Page 2: Refleksi kimia

perlu digabung jalinkan antara pengetahuan sedia ada dengan maklumat dan pengalaman baru

yang diperolehi. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan kualiti

murid.