refleksi individu talqiff

2
Refleksi Individu Pada (tarikh), Encik Saifudin telah memberi taklimat berkaitan dengan kerja kursus ini kepada semua pelajar di dalam kelas saya. Kumpulan saya mendapat tajuk ke-2 iaitu Falsafah Pendidikan Barat : Senario dan Implikasinya Terhadap Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan tidak berapa memahami kehendak soalan. Justeru, kami sepakat untuk melihat secara keseluruhan mengenai Falsafah Pendidikan Barat. Saya dan ahli kumpulan agak terkejut kerana terlalu banyak perkara yang dibincangkan secara keseluruhan dalam falsafah tersebut. Jadi, kami telah berjumpa dan berbincang dengan Encik Saifudin untuk lebih memahami kehendak soalan dan apakah perkara- perkara yang perlu kami fokuskan untuk menjawab soalan kerja kursus ini. Setelah memahami kehendak soalan, saya berasa lega kerana tugasan yang kumpulan kami dapat sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Kami seterusnya telah membahagikan tugas untuk diri masing-masing. Alhamdulillah, sepanjang proses mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini saya tidak menghadapi banyak masalah kerana adanya buku-buku rujukan dan kerjasama serta sikap tolong-menolong antara ahli kumpulan saya yang memudahkan lagi pengumpulan maklumat untuk tugasan ini. Namun begitu, saya menyedari bahawa ahli kumpulan saya menghadapi masalah untuk memenuhi kehendak tugasan yang hanya menginginkan kami membuat esei sepanjang 2000 patah perkataan sahaja. Setelah kami menyiapkan kerja masing-masing, kami sedar bahawa esei kami

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 18-Jun-2015

316 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KKP Ilmu Pendidikan 2010TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Individu Talqiff

Refleksi Individu

Pada (tarikh), Encik Saifudin telah memberi taklimat berkaitan dengan kerja

kursus ini kepada semua pelajar di dalam kelas saya. Kumpulan saya mendapat tajuk

ke-2 iaitu Falsafah Pendidikan Barat : Senario dan Implikasinya Terhadap

Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pada mulanya saya dan ahli kumpulan tidak

berapa memahami kehendak soalan. Justeru, kami sepakat untuk melihat secara

keseluruhan mengenai Falsafah Pendidikan Barat. Saya dan ahli kumpulan agak

terkejut kerana terlalu banyak perkara yang dibincangkan secara keseluruhan dalam

falsafah tersebut. Jadi, kami telah berjumpa dan berbincang dengan Encik Saifudin

untuk lebih memahami kehendak soalan dan apakah perkara-perkara yang perlu kami

fokuskan untuk menjawab soalan kerja kursus ini. Setelah memahami kehendak

soalan, saya berasa lega kerana tugasan yang kumpulan kami dapat sebenarnya

tidaklah terlalu sukar. Kami seterusnya telah membahagikan tugas untuk diri masing-

masing. Alhamdulillah, sepanjang proses mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan

ini saya tidak menghadapi banyak masalah kerana adanya buku-buku rujukan dan

kerjasama serta sikap tolong-menolong antara ahli kumpulan saya yang memudahkan

lagi pengumpulan maklumat untuk tugasan ini. Namun begitu, saya menyedari bahawa

ahli kumpulan saya menghadapi masalah untuk memenuhi kehendak tugasan yang

hanya menginginkan kami membuat esei sepanjang 2000 patah perkataan sahaja.

Setelah kami menyiapkan kerja masing-masing, kami sedar bahawa esei kami terlalu

panjang. Tetapi, setelah berkolaborasi dengan pensyarah kami semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran, kami diberitahu agar menggunakan kaedah peta minda

untuk mengurangkan ayat-ayat panjang kerana dengan cara itu kami boleh

mengurangkan bilangan perkataan kami. Maka, saya dan ahli kumpulan telah

melakukan proses menyunting semula kerja-kerja yang kami lakukan dan menambah

lebih banyak grafik peta minda untuk mengurangkan bilangan perkataan. Setelah

semuanya selesai, kami telah berkumpul dan menggabungkan semua hasil kerja kami.

Akhirnya, kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Saya

bersyukur kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang diberikan.

Page 2: Refleksi Individu Talqiff

Segala kerjasama yang diberikan oleh Encik Saifudin dan ahli kumpulan saya, saya

dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

W MOHD TALQIFF IMAN BIN WAN AHMAD RAFIDI