refleksi individu hp4

5
HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 40 SESI 2014/2015 REFLEKSI INDIVIDU “PERTANDINGAN SENI SUARA MERBOK PIALA MENTERI BESAR SELANGOR” TARIKH: 26 MEI 2015 NAMA PELAJAR : NUR EZZAH SYAZANA BINTI MOHD AZMI NO MATRIK : A 145584

Upload: ezzah-syazana

Post on 13-Aug-2015

14 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Individu Hp4

HHHC 9401

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA

DAN PROFESIONALISME

SET 40

SESI 2014/2015

REFLEKSI INDIVIDU

“PERTANDINGAN SENI SUARA MERBOK

PIALA MENTERI BESAR SELANGOR”

TARIKH: 26 MEI 2015

NAMA PELAJAR :

NUR EZZAH SYAZANA BINTI MOHD AZMI

NO MATRIK :

A 145584

PENSYARAH :

PROF. MADYA DR. FAZILAH BT IDRIS

Page 2: Refleksi Individu Hp4

REFLEKSI

Sepanjang Program Pertandingan Seni Suara Merbok Piala Menteri Besar Selangor

yang berlangsung pada 25-26 April 2015, saya berpeluang mengembangkan kemahiran nilai,

sikap, etika dan profesionalisme saya. Tugas saya dalam program ini adalah sebagai ahli

jawantankuasa pertandingan. Tugas utama saya pada hari pertama pertandingan ialah urusetia

pendaftaran dan urusetia kawalan lalu lintas. Saya bertanggungjawab keatas segala urusan

yang berlaku di meja pendaftatan ketika hari pertandingan dan membantu pihak Rela

memastikan perjalanan lalu lintas di sekitar kawasan pertandingan berjalan lancar tanpa

mengganggu orang awam.

Pada 24 April 2015, jam 5.30 petang, kami seramai 10 orang pelajar UKM selaku ahli

jawatankuasa Pertandingan Seni Suara Merbuk ASEAN berkumpul di Taman Tasik

Cempaka, PKNS, Bangi berhampiran pentas utama pertandingan bagi mendengar taklimat

perjalanan program keesokkan harinya daripada wakil Persatuan Seniman Merbok yang

merupakan Penganjur Pertandingan Seni Suara Merbok ASEAN iaitu En. Azri. Pada petang

itu juga kami turut menyusun atur piala pusingan dan hadiah-hadiah pertandingan mengikut

kategori.

Pada 25 April2015, kami berkumpul seawal 7.30 pagi di pentas utama bagi

mendengar taklimat aktiviti program sekali lagi dan bersarapan bersama sebelum

pertandingan dijalankan. Saya dan 2 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk membantu

pihak Rela mengawal lalu lintas di sekitar kawasan pertandingan pada sesi pagi. Hal ini

adalah untuk mengelakkan berlaku sebarang kesesakan dan kesulitan kepada peserta dan

pengunjung yang hadir. Ketika inilah kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya

diuji dimana saya harus berhemat dan sopan ketika menegur para peserta dan pengunjung

yang melakukan kesalahan di tempat letak kenderaan. Ini kerana terdapat sesetengah kawasan

yang dilarang meletakkan kenderaan oleh pihak penganjur dan pemilik kawasan

pertandingan.

Ketika sesi tengahari, kumpulan kami bertukar kawasan tugasan di mana kami

dikehendaki menjaga had sempadan(banquet) kawasan pertandingan suara merbok

berlansung. Ini bagi memastikan kelancaran dan keamanan penilaian suara burung merbok

dapat dilakukan dengan sempurna tanpa gangguan para peserta atau pengunjung. Relevannya

Page 3: Refleksi Individu Hp4

juga adalah untuk mengelak dari berlakunya kekacauan atau ketidakadilan dalam

permarkahan suara merbok. Tugas kami semua tamat pada hari pertama pertandingan setelah

selesai sesi bergotong-royong bersama-sama menanggalkan kad nombor tiang burung dan

membersihkan perkarangan kawasan pertandingan.

Pada 26 April 2015, kami berkumpul sekali lagi di pentas utama bagi mendengar

taklimat aktiviti program pada hari kedua pertandingan dan bersarapan bersama sebelum

pertandingan dijalankan. Saya dan 3 orang ahli jawatankuasa ditugaskan untuk menjaga meja

pendaftaran peserta dan pendaftaran nombor cabutan bertuah. Di sini, sekali lagi kemahiran

nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya teruji dalam mengendalikan kelancaran proses

pendaftaran peserta dan nombor cabutan bertuah apabila terdapat sedikit kekecohan berlaku

ketika menunggu giliran mereka. Namun, masalah ini berjaya kami atasi dengan sikap yang

sopan dan penuh hemat serta beretika. Ini kerana, para peserta pertandingan terdiri dari

negara yang berbeza, pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia.

Menjelang tengahari, kami bersama-sama ahli jawatankuasa pertandingan yang lain

membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Timbalan Menteri Besar Selangor selaku

perasmi Pertandingan Seni Suara Merbok Piala Menteri Besar Selangor. Persiapan MC

majlis, Usher VIP dan Usher hadiah turut dilakukan. Majlis perasmian pertandingan bermula

pukul 12.45 tengahari setelah kedatangan VIP jemputan. Majlis perasmian dan penyampaian

hadiah pertandingan berakhir pada pukul 2.30 petang. Rata-rata para peserta berpuas hati

dengan keputusan yang telah disampaikan dan tiada sebarang kekecohan atau ketidakpuasan

berlaku. Kami melakukan pembersihan kawasan pertandingan buat terakhir kali sebelum

bersurai.

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa Pertandingan Seni Suara

Merbok ASEAN ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya sebagaimana yang telah

dirancangkan. Pertandingan ini juga berjaya mencapai tujuannya untuk menjadi salah satu

aktiviti yang dicatatkan di dalam kalendar perlancongan Negeri Selangor. Namun, ingin saya

ulas sedikit kelemahan yang berlaku sepanjang pertandingan ini dijalankan dimana terdapat

sedikit kelompangan pihak penganjur dalam menepati masa seperti yang ditulis didalam atur

cara program. Cadangan saya andai dapat diperbaiki sedikit kelemahan ini, pasti program

pertandingan seperti ini dapat terus berkembang dengan lebih meluas dan dikenali ramai.

Selain daripada perkara itu, aspek-aspek yang lain harus dikekalkan sebagai satu kekuatan

buat program ini.

Page 4: Refleksi Individu Hp4

Melalui penglibatan saya sepanjang pertandingan ini, saya menyedari kepentingan

mematuhi prosedur, kod dan etika untuk menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Saya

juga telah belajar cara untuk menangani segala masalah dengan beretika, berhemat dan sopan.

Saya turut sedar bahawa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang besar seperti pertandingan

ini bukannya satu kerja yang memudahkan tetapi memerlukan kerjasama daripada semua ahli

jawatankuasa. Oleh itu, pengalaman dan hasil pembelajaran saya semasa melaksanakan

pertandingan ini amat memanfaatkan diri saya sewaktu saya menceburi ke alam pekerjaan

nanti terutama apabila melibatkan urusan bersama pihak-pihak atasan.