refleksi individu asran

2
Refleksi individu Mohd Asran bin Jusoh Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ilmu pendidikan secara berkumpulan yang bertajuk ’falsafah pendidikan barat : senario dan implikasi terhadap pendidikan di Malaysia’. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu rumit dan sukar untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh En. Saifudin, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu. Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Namun, setelah kami selesai membuat draf pertama , baru saya sedar bahawa kerja yang kami lakukan hanyalah sia-sia sahaja kerana kami telah terkeluar dari kehendak soalan. Namun, kami tidak pernah berputus asa walaupun telah bersengkang mata selama beberapa hari. Sekali lagi saya merujuk kepada penyarah pembimbing untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai tugasan ini. En.Saifudin telah menerangkan secara terperinci mengenai kehendak tugasan ini. Sekali saya dan kawan-kawan membahagikan kerja-kerja untuk disiapkan kerana masa sudah suntuk. Kali ini kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan lagi. Saya telah meminta

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 18-Jun-2015

1.016 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KKP Ilmu Pendidikan 2010TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Individu Asran

Refleksi individu

Mohd Asran bin Jusoh

Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ilmu pendidikan secara berkumpulan yang bertajuk ’falsafah pendidikan barat : senario dan implikasi terhadap pendidikan di Malaysia’. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu rumit dan sukar untuk difahami. Namun, selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini.

Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh En. Saifudin, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku daripada senior-senior yang saya kira amat membantu.

Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masing-masing. Namun, setelah kami selesai membuat draf pertama , baru saya sedar bahawa kerja yang kami lakukan hanyalah sia-sia sahaja kerana kami telah terkeluar dari kehendak soalan. Namun, kami tidak pernah berputus asa walaupun telah bersengkang mata selama beberapa hari. Sekali lagi saya merujuk kepada penyarah pembimbing untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas mengenai tugasan ini. En.Saifudin telah menerangkan secara terperinci mengenai kehendak tugasan ini.

Sekali saya dan kawan-kawan membahagikan kerja-kerja untuk disiapkan kerana masa sudah suntuk. Kali ini kami melakukan tugasan ini dengan berhati-hati dan lebih terperinci supaya tidak terkeluar daripada kehendak soalan lagi. Saya telah meminta persetujuan untuk menyiapkan tugasan bagi bahagian falsafah pendidikan tradisional barat yang mana terbahagi kepada dua iaitu perenialisme dan essensialisme. Saya akui pelajaran yang memerlukan pemahaman dan pembaca amat sukar bagi saya. Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir di luar kotak mencari apakah implikasi pendidikan barat terhadap pendidikan di Malaysia.

Tugasan ini bukan hanya sekadar mengarang semata-mata, tetapi saya telah diberitahu oleh pensyarah pembimbing untuk menggunakan peta minda atau jadual. Saya dan kawan-kawan juga mengalami kesukaran kerana, kami dikehendaki untuk menyiapkan tugasan sebanyak 2000 patah perkatan sahaja. Saya cuba sedaya upaya mencari bahan-bahan yang penting dan cuba mengambil isi-isi yang dikira berkaitan sahaja.

Page 2: Refleksi Individu Asran

Setelah beberapa hari, akhirnya kami dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun berlaku sedikit salah faham, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan kawan-kawan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Namun, saya mendapat pengajaran yang berguna daripada melakukan tugasan ini iaitu kita perlu faham dan tahu apa kehendak soalan sebelum kita memulakan apa juga tugasan.

Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya. Secara tidak saya sedari, pendidikan di Malaysia ini banyak dipengaruhi oleh falsafah pendidikan barat. Mengikut kefahaman saya, seandainya pendidikan di Malaysia tidak dipengaruhi oleh unsur barat, pendidikan di malaysia akan mundur dan ketinggalan. Mana mungkin kita dapat hasilkan generasi yang berwawasan pada masa kini. Semoga tugasan yang saya dan kawan-kawan sediakan, diterima baik oleh pensyarah pembimbing.