refleksi individu

3
REFLEKSI INDIVIDU TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK. Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan kerja kursus projek lapangan bagi kursus Murid dan Alam Belajar akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya dan rakan telah tempuhi untuk menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Nik Ghazali bin Nik Md Amin, pensyarah pembimbing Murid dan Alam Belajar (EDU 3033) yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Buat pertama kalinya, saya mendapat tugasan kerja kursus dalam bentuk projek lapangan ini. Sekali gus, ia memberi banyak pengalaman baru dan kesan yang mendalam kepada rakan-rakan dan saya sendiri dalam menyiapkan tugasan. Pengalaman baru yang pertama memberi kesan kepada saya dapat adalah cara-cara untuk merancang suatu lawatan. Seminggu sebelum kami bertolak ke Kuala Krai, kami telah membuat satu perancangan dan persiapan yang rapi agar perjalanan lawatan ini berjalan dengan lancar. Kami telah berbincang dan memberi kata sepakat untuk membuat keputusan-keputusan seperti memilih destinasi yang hendak dituju, mendapatkan kenderaan, membuat jadual perjalanan dan sebagainya. Pada pendapat saya, perancangan yang baik amat diperlukan untuk membuat sesuatu lawatan kerana ia membolehkan kita membuat persediaan yang lebih awal. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, kita sudah bersedia dengan perancangan yang lain. Keduanya, saya dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat luar. Pada kajian lapangan kali ini, saya telah menyaksikan kesan-kesan bencana banjir yang dialami oleh masyarakat di Kampung Kuala Nal dan Kampung Lepam Pauh. Semasa membuat sesi temu bual dengan beberapa penduduk di kawasan ini, saya telah pelajari cara untuk mendekati mereka, cara mereka bercakap dan bergaul dengan mereka. Saya telah dapat mengatasi perasaan gementar apabila berhadapan dengan masyarakat luar. Secara tidak langsung, saya telah meningkatkan kemahiran softskill saya. Sebagai seorang guru yang bakal berhadapan dengan pelbagai masyarakat yang berbeza budaya dan agama

Upload: la-suerte-aiman

Post on 02-Oct-2015

269 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

dfdsfdsf

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDUTUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK.Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan kerja kursus projek lapangan bagi kursus Murid dan Alam Belajar akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun sebelum itu terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya dan rakan telah tempuhi untuk menyiapkan tugasan berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Nik Ghazali bin Nik Md Amin, pensyarah pembimbing Murid dan Alam Belajar (EDU 3033) yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini.Buat pertama kalinya, saya mendapat tugasan kerja kursus dalam bentuk projek lapangan ini. Sekali gus, ia memberi banyak pengalaman baru dan kesan yang mendalam kepada rakan-rakan dan saya sendiri dalam menyiapkan tugasan. Pengalaman baru yang pertama memberi kesan kepada saya dapat adalah cara-cara untuk merancang suatu lawatan. Seminggu sebelum kami bertolak ke Kuala Krai, kami telah membuat satu perancangan dan persiapan yang rapi agar perjalanan lawatan ini berjalan dengan lancar. Kami telah berbincang dan memberi kata sepakat untuk membuat keputusan-keputusan seperti memilih destinasi yang hendak dituju, mendapatkan kenderaan, membuat jadual perjalanan dan sebagainya. Pada pendapat saya, perancangan yang baik amat diperlukan untuk membuat sesuatu lawatan kerana ia membolehkan kita membuat persediaan yang lebih awal. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, kita sudah bersedia dengan perancangan yang lain.Keduanya, saya dapat mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat luar. Pada kajian lapangan kali ini, saya telah menyaksikan kesan-kesan bencana banjir yang dialami oleh masyarakat di Kampung Kuala Nal dan Kampung Lepam Pauh. Semasa membuat sesi temu bual dengan beberapa penduduk di kawasan ini, saya telah pelajari cara untuk mendekati mereka, cara mereka bercakap dan bergaul dengan mereka. Saya telah dapat mengatasi perasaan gementar apabila berhadapan dengan masyarakat luar. Secara tidak langsung, saya telah meningkatkan kemahiran softskill saya. Sebagai seorang guru yang bakal berhadapan dengan pelbagai masyarakat yang berbeza budaya dan agama ini, kita perlu menyiapkan diri dengan cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat luar supaya kehadiran kita dalam masyarakat mereka disenangi dan disanjungi. Selain itu, saya juga memperolehi pengalaman baru dalam membuat satu laporan berdasarkan kajian lapangan iaitu meneroka pembelajaran dengan dunia luar, contohnya membuat laporan lawatan dan temu bual dengan mangsa-mangsa banjir. Saya diminta untuk menjelaskan dan mengaplikasikan strategi pemusatan bahan khususnya visual berbentuk tayangan dan visual bukan berbentuk tayangan dalam laporan lawatan, temu bual dan pemerhatian di tempat kejadian bencana banjir. Saya telah mempelajari cara-cara untuk membuat dokumentasi lawatan dalam bentuk video. Saya juga mempelajari cara untuk membuat satu laporan lengkap yang bercorak penilaian terhadap pengalaman langsung, sosioemosi dan motivasi instrinsik. Tugasan ini dapat menyedarkan saya akan keperitan hidup mangsa-mangsa banjir selepas banjir yang mereka hadapi.Seterusnya, tugasan ini juga secara tidak langsung bukan sahaja membantu mengeratkan hubungan antara saya dengan rakan-rakan malah membantu mengeratkan hubungan antara pensyarah dengan para pelajar melalui perkongsian maklumat dan pendapat ketika proses perbincangan mengenai kerja kursus ini dijalankan. Tugasan ini turut memberikan peluang kepada saya untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain sepanjang proses perbincangan mengenai tugasan berkumpulan dijalankan. Saya telah belajar untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain serta berkongsi pendapat dan pandangan saya sepanjang kami melaksanakan kerja kursus ini. Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Jika saya diberi peluang untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan, saya akan menghasilkan tugasan kerja ini dengan lebih menarik dan berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya dengan teknik mencari maklumat, membuat huraian, membuat ulasan kritikal dan sebagainya supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang lebih memuaskan.

Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus projek lapangan ini. Saya berharap pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai satu anjakan yang positif kepada saya untuk menjadi guru yang kompeten. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima kasih.