refleksi gerko

5
REFLEKSI INDIVIDU (MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT) Sesungguhnya, tugasan bagi subjek WAJ 3112 kali ini merupakan satu tugasan yang memberi seribu manfaat kepada saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya melaksanakan tugasan kali ini. Berbekalkan semangat dan bantuan daripada pensyarah dan rakan- rakan yang lain, saya mampu untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Kursus Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5. Subjek ini merupakan salah satu komponen penting dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ 3112), saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi subjek ini juga secara berkumupulan dan dinilai secara individu. Pertama sekali, ingin saya nyatakan bahawa saya berasa sungguh gembira kerana dengan penyempurnaan tugasan ini, saya telah menimba ilmu baru yang mampu untuk memberi manfaat kepada saya apabila bergelar guru sebenar kelak. Semasa proses menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi di samping banyak pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru yang dapat saya perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada saya.

Upload: wawan-popit

Post on 22-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

utk rujukan guru pelatih

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi gerko

REFLEKSI INDIVIDU

(MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT)

Sesungguhnya, tugasan bagi subjek WAJ 3112 kali ini merupakan satu

tugasan yang memberi seribu manfaat kepada saya. Alhamdulillah, saya bersyukur

kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya melaksanakan tugasan kali

ini. Berbekalkan semangat dan bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan yang

lain, saya mampu untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Kursus

Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-

pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5. Subjek ini

merupakan salah satu komponen penting dalam Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan. Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ

3112), saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi subjek ini juga secara

berkumupulan dan dinilai secara individu.

Pertama sekali, ingin saya nyatakan bahawa saya berasa sungguh gembira kerana

dengan penyempurnaan tugasan ini, saya telah menimba ilmu baru yang mampu

untuk memberi manfaat kepada saya apabila bergelar guru sebenar kelak. Semasa

proses menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi di

samping banyak pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru yang dapat saya

perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada saya.

Antara masalah yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini

ialah kekurangan buku rujukan. Jadi, saya telah pergi ke perpustakaan untuk

mencari buku yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Walaubagaimanapun, tidak

banyak buku yang berkaitan dengan tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Selain daripada itu, saya turut mendapatkan buku rujukan bagi acara lompat tinggi

daripada senior-senior yang lain. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya untuk

mendapatkan maklumat yang benar-benar menepati kehendak tugasan.

Page 2: refleksi gerko

Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang olahraga

terutamanya acara lompat tinggi yang mana pengetahuan saya hanyalah

berdasarkan pengalaman semasa di sekolah serta melalui media massa serta media

cetak seperti televisyen dan surat khabar. Oleh itu, saya berasa sukar untuk

menyiapkan tugasan ini memandangkan saya kekurangan ilmu yang dapat

membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik.

Sebenarnya, mula-mula saya keliru tentang bagaimanakah dapat menyiapkan

tugasan ini, namun dorongan dan tunjuk ajar pensyarah olahraga saya telah

menjayakan usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat saya elakkan dalam menyiapkan

tugasan olahraga ini. Pertamanya, saya telah amat menyedari peribahasa ‘masa itu

emas’; dimana saya terpaksa mengejar masa dalam pembahagian tugas. Satu lagi

masalah yang telah saya hadapi dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah kurang

kemahiran dalam melaksanakan aktiviti lompat tiggi. Sebagai contoh, prosedur

menjalankan lompatan, iaitu penggunaan otot-otot yang terlibat, penggunaan alatan

dan aktiviti regangan khusus untuk lompat tinggi.

Terdapat beberapa peluang yang telah saya pelajari hasil daripada tugasan

olahraga ini. Pertamanya, saya telah berpeluang untuk mempelajari lebih mendalam

tentang cara menjadi jurulatih lompat tinggi. Acara lompat tinggi sebenarnya banyak

memupuk nilai-nilai bekerjasama, berkeyakinan dan berdisiplin diri serta

bertanggungjawab. Tidak semua orang boleh melakukan lompatan yang baik. Saya

sendiri daripada kecil hinggalah sekarang, masih takut-takut untuk melakukan

lompatan bagi melepasi palang lompat tinggi tersebut. Justeru, peluang yang ada ini

telah saya manfaatkan sebaik yang mungkin untuk merasai sendiri bagaimana cara

untuk membuat lompatan yang betul dan sempurna.

Page 3: refleksi gerko

Walaupun mengalami beberapa masalah semasa dalam proses menyiapkan

tugasan ini, saya dapat banyak pengetahuan baru yang sangat berguna sebagai

seorang guru. Saya dapat belajar bagaimana cara untuk merangka jawatankuasa

kerja di samping dapat mengetahui bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang

mana saya tidak pernah tahu sebelum ini. Jika dilihat secara positif, tugasan kali ini

telah memberi persediaan kepada saya untuk melatih murid-murid di sekolah kelak

khususnya dalam acara lompat tinggi. Saban tahun, sekolah mengadakan sukan

tahunan dan dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapat saya aplikasikannya semasa

sukan sekolah berlangsung kelak. Siapa tahu, suatu hari nanti saya dapat melatih

murid hingga berjaya ke peringkat kebangsaan dan dunia? Mudah-mudahan.

Keseluruhannya, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini kerana

sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun. Dengan

adanya kursus ini, saya diterangkan dengan terperinci dari sejarah, pengenalan

sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap sukan

olahraga, peraturan-peraturan sukan olahraga, cara borang penilaiaan dan cara

pemarkahan. Ia diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini

saya tidak jelas tentang setiap sukan olahraga yang dijalankan. Dengan adanya

kursus ini, saya tidak teragak-agak lagi apabila nanti diarahkan untuk menjadi

jurulatih mahupun pegawai penilai untuk aktiviti di mana-mana kejohanan yang

dianjurkan oleh sekolah mahupun daerah.

Salah satu cadangan bagi olahraga ini adalah supaya menambahkan masa

pengajaran bagi aktiviti di padang dan di dalam kelas supaya dapat melakukan amali

dan praktikal dalam olahraga demi menambahkan minat dan pengetahuan dalam

sukan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang menolong memberi

idea terutamanya pensyarah saya yang berdedikasi dalam memastikan guru

pelatihnya menyiapkan kerja kursus olahraga dengan baik. Akhir sekali, tugasan

kerja kursus ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai seorang guru yang mana

banyak ilmu baru mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam menguruskan

sesuatu kejohanan sukan yang dapat saya perolehi dan samping ianya dapat

dipraktiskan di sekolah kelak.