gerko beruniform

68
GERKO UNIT BERUNIFORM Hj. Rekkeman bin Kusut Ketua Jabatan Kokurikulum dan Amalan Pendidikan KUIS

Upload: taufiq-ainoor

Post on 17-Aug-2015

153 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gerko beruniform

GERKO UNIT BERUNIFORM

Hj. Rekkeman bin Kusut

Ketua Jabatan

Kokurikulum dan Amalan Pendidikan

KUIS

Page 2: Gerko beruniform

PENUBUHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM Setiap pasukan unit beruniform perlu

mempunyai :o Perlembagaano Objektifo Kandungan aktivitio Pendekatano Penilaian

Page 3: Gerko beruniform

OBJEKTIF-OBJEKTIF PASUKAN UNIT BERUNIFORM Membina sahsiah murid. Memperkembangkan mental, fizikal,

sosial dan emosi murid. Memberi khidmat pada sekolah dan

masyarakat. Mengisikan masa lapang murid dengan

perkara yang berfaedah. Membentuk akhlak mulia seperti

menghormati ibu bapa, guru dan masyarakat.

Page 4: Gerko beruniform

PRINSIP-PRINSIP PENUBUHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM Penubuhan mengikut keperluan sekolah dan

bilangan murid serta berdasarkan tenaga pengajar yang ada.

Unit sokongan boleh diwujudkan mengikut keperluan.

Keperluan tenaga pengajar dan bantuan dari pertubuhan tempatan atau cawangan badan induk.

Kandungan aktiviti lengkap dan sesuai dengan tahap dan keperluan.

Aktiviti berdasarkan objektif dan matlamat bagi perkembangan sahsiah, mental, fizikal dan rohani murid.

Page 5: Gerko beruniform

PENGAKAP

Page 6: Gerko beruniform

Selepas dua tahun pengakap ditubuhkan oleh Lord Baden Powell di England, seorang pengasas pengakap dari London bernama F.C. Sand telah datang ke Singapura pada tahun 1910 dan menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-anak orang Inggeris di Singapura.

Pada tahun 1919 Kapten N.M Hashim dan A.Z. Alsagof telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura. 

Page 7: Gerko beruniform

Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang iaitu di Pekan.

Ditubuhkan oleh G.M. Laidlow. Selepas beliau meninggal dunia,

pergerakan pengakap di situ turut terkubur.

Pada tahun 1927 dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya dibantu pula oleh Wheeler dan Frisber dari Pejabat Pelajaran Pahang.

Page 8: Gerko beruniform

Di Pulau Pinang pergerakan pengakap telah di tubuhkan oleh seorang ahli pendidik iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada tahun 1915.

Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di Malaya, sebagai Penolong Persuruhjaya Pengakap Malaya.

Page 9: Gerko beruniform

Di Perak Pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu Kuala Kangsa oleh I.R. Wheeler.

Kemudian itu bayak lagi sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakap.

Page 10: Gerko beruniform

Di Kedah, Pergerakan pengakap bermula pada tahu 1922.

Peneroka pengakap di Kedah ialah E.C. Hicks, E.A.G. Stauart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.

Page 11: Gerko beruniform

Di Johor, pengakap di tubuhkan pada awal tahun 1928 oleh Cheesman dari Pulau Pinang.

Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bharu.

Page 12: Gerko beruniform

Di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1926 oleh Brunstone.

Page 13: Gerko beruniform

Di Selangor, pergerakan pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926 oleh Ameen Akhbar.

Diikuti oleh pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J. Gracie dan di Kelatan pada tahun 1927 oleh Y.M. Tengku Temenggong.

Page 14: Gerko beruniform

Negeri yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.

Page 15: Gerko beruniform

Negeri Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakap di Sandakan pada tahun 1915.

Sementara di Sarawak ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhenti pergerakan pengakap sehingga tahun 1930.

Page 16: Gerko beruniform

Sebelum merdeka Persatuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu diwujudkan meliputi semua negeri dengan tiap-tiap negeri sebagai satu daerah pengakap.

Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persatuan Pengakap Great Britain.

Selepas diadakan penyusulan semula, tiap-tiap negeri menjadi persekutuan yang terdiri dari beberapa daerah dengan persekutuan pengakapnya sendiri.

Page 17: Gerko beruniform

Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli sepenuhnya dalam persidangan pengakap dunia.

Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1965, namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan ahlinya menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya.

Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap Singapura berhenti menjadi cawangan Pesekutuan Pengakap Malaysia.

Page 18: Gerko beruniform

Pejabat Pengakap terletak di jalan Davidson (Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur ialah Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah di dirikan denga belanja $150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 5 Januari 1957, sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke 50 pengakap dunia.

Pejabat ini adalah nadi pergerakan pengakap seluruh Negara dan dari sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

Page 19: Gerko beruniform

KADET PANDU PUTERI

Page 20: Gerko beruniform

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India.

Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956.

Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia.

Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953.

Akta ini telah disemak pada tahun 1991.

Page 21: Gerko beruniform

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Page 22: Gerko beruniform

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.

Page 23: Gerko beruniform

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan bukan formal.

Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Page 24: Gerko beruniform

Matlamat Pendidikan Bukan Formal yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Page 25: Gerko beruniform

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

Page 26: Gerko beruniform

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli : Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang

lain Sentiasa bersopan santun Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam

sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Page 27: Gerko beruniform

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat.

Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Page 28: Gerko beruniform

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

Page 29: Gerko beruniform

Program Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan.

Seseorang ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang Pandu Puteri Remaja, manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat Mutiara Pemimpin.

Page 30: Gerko beruniform

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Kebangsaan.

Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian di cawangan serta Pemimpin.

Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di dalam Pasukan.

Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali.

Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya. Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai

85,000 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.

Page 31: Gerko beruniform

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Page 32: Gerko beruniform

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association of Girl Guides and Girl Scouts–WAGGGS).

Page 33: Gerko beruniform

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini dikenali sebagai“International Award Association”.

Page 34: Gerko beruniform

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

Page 35: Gerko beruniform

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain.

Page 36: Gerko beruniform

Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu.

Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Page 37: Gerko beruniform

Berikutan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia.

Akta ini dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965.

Page 38: Gerko beruniform

Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Page 39: Gerko beruniform

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Page 40: Gerko beruniform

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Page 41: Gerko beruniform

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 42: Gerko beruniform

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

Page 43: Gerko beruniform

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. 

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Page 44: Gerko beruniform

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Kokurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 

Page 45: Gerko beruniform

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. 

Page 46: Gerko beruniform

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood di Universiti Islam Antarabangsa. 

Pada awal tahun 2004, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin, ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri, K.Lumpur.

Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Page 47: Gerko beruniform

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007-2009.

Page 48: Gerko beruniform

KADET REMAJA SEKOLAH

Page 49: Gerko beruniform

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987.  

Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).

Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2.

Page 50: Gerko beruniform

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Page 51: Gerko beruniform

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam Sebagai Cara Kehidupan (Ad-deen).

Page 52: Gerko beruniform

Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM.

Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad.

Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Page 53: Gerko beruniform

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.

Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993.

Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan.

Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan  kertas kabinet.

Page 54: Gerko beruniform

Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM).

Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).

Page 55: Gerko beruniform

Semasa taklimat dan pendedahan kepada Pengarah -Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada  Kadet Remaja Sekolah (KRS)  yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan.

Page 56: Gerko beruniform

Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan  telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Page 57: Gerko beruniform
Page 58: Gerko beruniform
Page 59: Gerko beruniform
Page 60: Gerko beruniform

SEKIANTERIMA KASIH

Page 61: Gerko beruniform
Page 62: Gerko beruniform
Page 63: Gerko beruniform
Page 64: Gerko beruniform
Page 65: Gerko beruniform
Page 66: Gerko beruniform
Page 67: Gerko beruniform
Page 68: Gerko beruniform