refleksi fahmi.docx

3
Refleksi Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan kerja kursus ini seperti yang diinginkan. Segala permasalahan dapat saya atasi dengan bantuan pensyarah subjek serta kawan-kawan. Melalui kerja kursus ini, banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat saya perolehi di samping memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada. Dalam melaksanakan tugasan kali ini, saya diminta membuat carian maklumat berkaitan dua kaum asli di malaysia, membuat laporan projek lawatan ke kampung orang asli dan membuat perbandingan antara orang asli Batek dengan satu kaum asli lain. Tugasan ini banyak memberikan pengalaman serta input-input yang berguna kepada saya. Pada awalnya, saya tidak begitu faham mengenai tugasan projek ini. Namun begitu, setelah En Adnan memberikan sedikit penerangan mengenai perkara tersebut, barulah saya memahaminya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing. Antara perkara berguna yang saya dapat di awal tugasan ini ialah pengalaman berkomunikasi dengan pensyarah dan juga rakan –rakan dalam menyiapkan tugasan berkaitan tajuk tugasan. Oleh hal demikian, ucapan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada pensyarah pembimbing, En. Adnan juga tidak saya lupakan para sahabat yang masih lagi tidak lokek ilmu untuk dikongsi bersama. Walaupun terdapat kekangan masa pada dasarnya kerana perlu menyiapkan tugasan lain, tetapi dengan semangat yang utuh, dapat saya siapkan kerja kursus ini dengan lancar. Apa yang saya dapat sepanjang proses menyiapakan tugasan ini ialah mengetahui secara mendalam tentang pembelajaran berasaskan projek dengan betul. Perkara ini sangat penting dalam usaha menarik minat murid menumpukan perhatian kepada proses P&P. Melalui kajian terhadap perkara ini saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk menyediakan set pengajaran berasaskan projek yang mana akan membantu murid memahami dan mengalami sendiri sesuatu topik yang ingin diajar.

Upload: muhd-fahmi

Post on 29-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan kerja kursus ini seperti yang diinginkan. Segala permasalahan dapat saya atasi dengan bantuan pensyarah subjek serta kawan-kawan. Melalui kerja kursus ini, banyak ilmu pengetahuan baru yang dapat saya perolehi di samping memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada. Dalam melaksanakan tugasan kali ini, saya diminta membuat carian maklumat berkaitan dua kaum asli di malaysia, membuat laporan projek lawatan ke kampung orang asli dan membuat perbandingan antara orang asli Batek dengan satu kaum asli lain. Tugasan ini banyak memberikan pengalaman serta input-input yang berguna kepada saya. Pada awalnya, saya tidak begitu faham mengenai tugasan projek ini. Namun begitu, setelah En Adnan memberikan sedikit penerangan mengenai perkara tersebut, barulah saya memahaminya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing. Antara perkara berguna yang saya dapat di awal tugasan ini ialah pengalaman berkomunikasi dengan pensyarah dan juga rakan rakan dalam menyiapkan tugasan berkaitan tajuk tugasan. Oleh hal demikian, ucapan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada pensyarah pembimbing, En. Adnan juga tidak saya lupakan para sahabat yang masih lagi tidak lokek ilmu untuk dikongsi bersama. Walaupun terdapat kekangan masa pada dasarnya kerana perlu menyiapkan tugasan lain, tetapi dengan semangat yang utuh, dapat saya siapkan kerja kursus ini dengan lancar.

Apa yang saya dapat sepanjang proses menyiapakan tugasan ini ialah mengetahui secara mendalam tentang pembelajaran berasaskan projek dengan betul. Perkara ini sangat penting dalam usaha menarik minat murid menumpukan perhatian kepada proses P&P. Melalui kajian terhadap perkara ini saya dapat mengetahui bagaimana cara untuk menyediakan set pengajaran berasaskan projek yang mana akan membantu murid memahami dan mengalami sendiri sesuatu topik yang ingin diajar. Oleh itu, kita akan terhindar daripada melakukan pengajaran membosankan dalam pengajaran seterusnya memantapkan proses pengajaran. Saya juga dapat mengetahui atau dapat menjawab persoalan mengapa sesuatu projek itu tidak dapat berjalan lancar dan tergangu ketika proses projek berlangsung. Contohnya, seseorang guru itu mungkin tidak membuat persiapan sebelum projek berlangsung maka proses P&P akan terganggu. Selain itu, saya juga perlu menjalankan tugasan ini dengan membuat perbandingan antara kaum asli Batek dengan kaum asli lain. Semasa menjalankan tugasan ini, saya menjadi lebih peka terhadap perbezaan yang ada antara kaum-kaum asli di Malaysia. Hal ini demikian kerana, perbezaan antara kaum-kaum asli di Malaysia . Tambahan pula, semasa menjalankan tugasan ini saya menjadi lebih rajin membaca serta mendalami buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Hasilnya, saya dapat mengetahui bahawa terdapat banyak kebaikan kepada negara jika kaum asli dijaga dan dipelihara. Hal ini demikian kerana melalui cara tersebut, generasi baru akan sempat bersemuka dengan kaum-kaum asli di Malaysia. Tambahan pula, saya dapat mengambil banyak pengajaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di dalam tugasan yang diberikan kepada saya. Saya telah mempelajari banyak sifat mahmudah seperti sifat kesabaran dalam menyempurnakan tugasan ini. Hal ini demikian kerana tugasan ini merupakan satu tamparan yang hebat bagi saya kerana selama ini saya sendiri tidak mempunyai ilmu yang banyak mengenai cara membuat laporan lawatan. Semasa mencari maklumat, saya juga telah merujuk beberapa jenis buku sebagai rujukan iaitu bagi mengetahui semua maklumat tentang cara membuat laporan lawatan. Selain itu, saya turut menerima maklumat-maklumat dan fakta-fakta daripada buku yang dimiliki oleh rakan-rakan saya yang lain dalam memahami cara membuat laporan lawatan ini.Ilmu tentang pembelajaran berasaskan projek yang telah saya dapat dalam melaksanakan tugasan ini boleh dipraktikkan selama saya menuntut di maktab ini seterusnya yang lebih penting lagi pada alam di mana saya di sekolah selepas tamat menuntut di sini. Hal ini demikian kerana di sekolah nanti sudah tentu saya ditugaskan mengajar dan yang paling penting perlu membuat pengajaran yang menarik untuk mendidik murid seperti yang diingini oleh agama, bangsa dan negara. Oleh itu, jika saya sudah mengkaji tentang semua ilmu berkaitan tugasan ini maka saya tidak lagi kekok apabila saya ditugaskan menjadi guru sejarah yang mana akan dirujuk oleh guru-guru lain jika timbulnya masalah. Kesimpulannya, sepanjang menyempurnakan tugasan ini, saya telah menimba banyak ilmu dan pengalaman yang tidak ternilai. Selain itu, daripada pengalaman atau kerja kursus ini, secara tidak langsung ia dapat membantu membentuk sahsiah diri saya sebagai bakal seorang guru. InsyaALLAH, saya akan cuba mengaplikasinya dan menjadi seorang guru yang cemerlang dan terbilang di masa hadapan. Amin. Akhir kata, saya amat berbangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan memperoleh ilmu pengetahuan serta pengalaman yang banyak. Saya berharap agar tugasan sebegini diberikan lagi pada masa akan datang kerana perkara ini sangat penting untuk bakal guru yang akan mencorak masa depan gemilang negara.