refleksi edu 3109

3
REFLEKSI NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHMAN NO MATRIK : 123484 Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dan ahli kumpulan saya Muhammad Farhan Iqbal Faiz Bin Johar dan Nor Hasni Bt Sidek dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing bagi subjek EDU3109 Guru dan Cabaran Semasa, En Hammadah Bin Abdul Rahman yang telah banyak memberi tunjuk ajar selama ini. Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengalaman, kekangan dan ilmu yang saya dapat pelajari. Melalui tugasan ini saya perlu mengumpul maklumat tentang jenis-jenis dan simptom-simptom gangguan emosi dalam kalangan murid dan membincangkan bagaimanakah gangguan emosi boleh memberi kesan kepada murid dan peranan saya sebagai seorang guru dalam menangani gangguan emosi yang dihadapi oleh murid. Melalui bahan yang diperoleh, saya dikehendaki membuat satu penulisan esei reflektif, kreatif dan kritis. Saya juga perlu menghasilkan esei yang menghuraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh seorang guru bagi menangani gangguan emosi yang mungkin akan dihadapi oleh murid-murid saya kelak. Penulisan esei ini adalah secara individu. Bagi tugasan kumpulan pula, kami dikehendaki membina satu Bahan Bantu Belajar (BBB) yang menekankan aspek perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Kami telah berbincang

Upload: daus

Post on 22-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sebuah kerja kursus yang dilengkapi dengan refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi EDU 3109

REFLEKSI

NAMA : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD RAHMAN

NO MATRIK : 123484

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dan

ahli kumpulan saya Muhammad Farhan Iqbal Faiz Bin Johar dan Nor Hasni Bt Sidek

dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing bagi subjek EDU3109 Guru dan

Cabaran Semasa, En Hammadah Bin Abdul Rahman yang telah banyak memberi

tunjuk ajar selama ini. Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, banyak pengalaman,

kekangan dan ilmu yang saya dapat pelajari.

Melalui tugasan ini saya perlu mengumpul maklumat tentang jenis-jenis dan

simptom-simptom gangguan emosi dalam kalangan murid dan membincangkan bagaimanakah

gangguan emosi boleh memberi kesan kepada murid dan peranan saya sebagai seorang guru

dalam menangani gangguan emosi yang dihadapi oleh murid. Melalui bahan yang diperoleh,

saya dikehendaki membuat satu penulisan esei reflektif, kreatif dan kritis. Saya juga

perlu menghasilkan esei yang menghuraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan

oleh seorang guru bagi menangani gangguan emosi yang mungkin akan dihadapi oleh

murid-murid saya kelak. Penulisan esei ini adalah secara individu. Bagi tugasan

kumpulan pula, kami dikehendaki membina satu Bahan Bantu Belajar (BBB) yang

menekankan aspek perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Kami telah berbincang

dan bersetuju untuk membina BBB yang menyeronokkan untuk murid-murid iaitu

‘puppet’ pakaian di Malaysia iaitu ‘puppet’ bagi baju melayu, baju kurung, sari dan

cheongsam. Penggunaan puppet ini boleh diaplikasikan semasa mengajar

matapelajaran Pengurusan Diri (PD) di bawah subtajuk jenis-jenis pakaian.

Untuk melancarkan penghasilan tugasan ini, kami telah membuat pembahagian

tugasan agar ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa mencari

bahan bacaan tersebut, kesabaran yang sangat tinggi diperlukan kerana pemilihan

bahan tersebut perlu dilakukan secara berhati-hati dan terperinci agar tidak terpesong

Page 2: Refleksi EDU 3109

daripada tajuk yang diberi. Saya memerlukan masa yang lama semasa membuat

pencarian. Saya telah meminjam buku di perpustakaan dan telah mencari bahan dalam

internet. Melalui pencarian dalam internet juga memerlukan sifat sabar dan tidak mudah

melatah serta putus asa. Saya perlu mencarinya secara satu persatu mengikut

kehendak soalan agar ia tidak terpesong. Saya juga memilih masa yang sesuai dan

perlu berkorban waktu petang dan malam untuk membuat perbincangan bersama ahli

kumpulan dan kami perlu memberi komitmen yang tinggi dalam menyiapkan tugasan ini

terutamanya dalam bahagian penghasilan BBB. Masalah-masalah seperti ini sangat

membantu kami dalam mempelajari cara untuk mengurus masa serta meningkatkan

sifat kepimpinan dalam diri kami dalam mengurus tugasan yang diberikan. Setelah

mendapat bahan-bahan tersebut, saya dikehendaki membaca dan membuat penulisan

esei berdasarkan bahan tersebut. Saya perlu memastikan ayat yang saya guna untuk

penulisan esei adalah betul dan tepat.

Kesimpulannya, saya memperoleh banyak pengalaman sepanjang proses

menyiapkan tugasan ini. Saya juga dapat menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan

nilai keguruan secara berterusan semasa menyiapkan tugasan ini. Saya mempelajari

cara-cara untuk meningkatkan nilai dan kualiti seseorang guru di mana saya juga bakal

menjadi guru tidak lama lagi dan maklumat ini sangat membantu saya. Ilmu kemahiran

sebegini amat membantu terutamanya semasa berada di sekolah kelak.