refleksi big1

Upload: lumycee

Post on 04-Mar-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDU:-

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.Objektifnya ialah,

i) Memupuk kesediaan berbakti secara sukarela kepada komuniti.ii) Memupuk kerjasama dan kerja sepasukan.iii) Membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat.iv) Mendedahkan para guru kepada pelbagai persekitaran komunitiv) Melatih para guru menjadi peka kepada komuniti, persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti.

Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi pendedahan kepada guru-guru tentang situasi-situasi yang berlaku di persekitaran komuniti dan sekitar kawasan sekolah terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap guru perlulah memenuhi mengisi ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa bersedia dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara.

Saya sebagai seorang guru dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelbagai program yang telah dijalankan.Semasa menjalankan aktivitikhidmat masyarakat bina insan guru siri 2.ia telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar saya selain dari menjadi sebagai seorang guru yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi segala aspek sama ada luar atau dalam kelas termasuk aspek kebersihan.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri serta rakan-rakan guru yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan sekolah tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di tapak yang akan kami bersihkan.Sebagai seorang guru , saya perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan kurang yakin untuk berkomunikasi dengan dengan masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama guru dan pembantu sekolah untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah tersebut.

Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa yang ada hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga membersihkan tandas, mengelap tingkap, memotong rumput danmengemop lantai. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Pada pendapat saya, sayarasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini.

Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru dalam era pendidikan yang penuh cabaran. Melalui program ini saya dapatbelajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial. . Saya berharap segala penambahan ilmu yang diperolehi akan dapat saya aplikasi sepenuhnya di sekolah.Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian dalam sekolah tersebut, saya turut membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengangkat tanah. Walaupun sangat penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh sekali. Kami bersama-sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas itu, kami makan bersama-sama. Seorang pelajar telah membaca doa dan kami makan. Saya sangat berterima kasih kepada tutor banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang berguna pada masa hadapan. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untukmeningkatkan keupayaan berinteraksi dengan mereka. PENUTUPSaya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat sepanjang saya berada di lokasi-lokasi aktiviti.Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas kalian.MOHD FAZLEY BIN ZAINON

780613-02-5463

PJM/PJK2/SEM4