refleksi big zulakamal.docx

4
LAPORAN REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 6 2013 Pada 8 Julai yang lepas, kelas kami telah berjaya menyempurnakan program Bina Insan Guru (BIG) kali ke-6 di Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu, Terengganu. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan seperti sedia kala. Program Bina Insan Guru untuk kali ini adalah lawatan penanda aras bagi guru cemerlang (GC). Kami telah memilih sekolah ini kerana telah bersepakat untuk bertemu dengan Guru Cemerlang Pendidikan Islam iaitu Puan Hamisah Binti Abdul Wahab. Setibanya di sana, kami di sambut dengan meriah oleh guru sekolah di sana. Barisan pentadbir yang paling atas juga menyambut baik kedatangan kami ke sekolah tersebut. Kami di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi pengenalan terlebih dahulu. Usai sesi taaruf, kami diberi taklimat ringkas serba sedikit mengenai latar belakang sekolah serta pencapaian sekolah tersebut. Sekolah ini nyata berlaku peningkatan setiap tahun melalui pencapaian dalam UPSR. Selain tu juga, banyak maklumat yang kami dapat terutamanya dalam bidang pengajian kami iaitu pengajian Islam. Kami banyak bersoal jawab tentang PAFA, j- QAF, pencapaian murid dalam membaca al-Quran dan sebagainya. Ternyata sekolah ini bukan sahaja dari segi bidang akademik, bahkan dalam hal agama seperti membaca al-Quran dan bidang pendidikan Islam.Selesai taklimat ringkas serta ucapan dari pihak pentadbir, kami diberi rehat sebelum sesi seterusnya.

Upload: ibnu-mustafa

Post on 23-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan big sem 7

TRANSCRIPT

LAPORAN REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 6 2013

Pada 8 Julai yang lepas, kelas kami telah berjaya menyempurnakan program Bina Insan Guru (BIG) kali ke-6 di Sekolah Kebangsaan Banggol, Setiu, Terengganu. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan seperti sedia kala. Program Bina Insan Guru untuk kali ini adalah lawatan penanda aras bagi guru cemerlang (GC). Kami telah memilih sekolah ini kerana telah bersepakat untuk bertemu dengan Guru Cemerlang Pendidikan Islam iaitu Puan Hamisah Binti Abdul Wahab. Setibanya di sana, kami di sambut dengan meriah oleh guru sekolah di sana. Barisan pentadbir yang paling atas juga menyambut baik kedatangan kami ke sekolah tersebut. Kami di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi pengenalan terlebih dahulu. Usai sesi taaruf, kami diberi taklimat ringkas serba sedikit mengenai latar belakang sekolah serta pencapaian sekolah tersebut. Sekolah ini nyata berlaku peningkatan setiap tahun melalui pencapaian dalam UPSR. Selain tu juga, banyak maklumat yang kami dapat terutamanya dalam bidang pengajian kami iaitu pengajian Islam. Kami banyak bersoal jawab tentang PAFA, j-QAF, pencapaian murid dalam membaca al-Quran dan sebagainya. Ternyata sekolah ini bukan sahaja dari segi bidang akademik, bahkan dalam hal agama seperti membaca al-Quran dan bidang pendidikan Islam.Selesai taklimat ringkas serta ucapan dari pihak pentadbir, kami diberi rehat sebelum sesi seterusnya. Tibalah sesi seterusnya yang dinantikan oleh kami, iaitu sesi dialog bersama Guru Cemerlang, Ustazah Hamisah. Beliau memberi taaruf terlebih dahulu mengenai diri beliau. Kemudian, kami bersoal jawab dengan sesi interaksi dua hala di mana kami banyak menumpukan pada sumbangan beliau pada sekolah yang menjadikan beliau terpilih menjadi seorang Guru cemerlang. Sepanjang interaksi tersebut, saya melihat beliau ialah seorang yang bersifat merendah diri, ringan tulang dan tidak lokek dalam berkongsi. Sifat tersebut juga meyakinkan lagi kami bahawa beliau memang layak untuk menyandang Guru Cemerlang tersebut.Selain daripada itu, beliau juga pernah menggariskan kata-kata kepada kami iaitu buat sesuatu itu biar kerana Allah Taala. Kata-kata yang keluar dari mulut beliau itu membuatkan saya lebih yakin bahawa beliau sememngnya seorang guru yang bagus baik dari segi kerjanya mahupun akhlaknya. Jika tidak, beliau tidak mampu untuk menyandang Guru Cemerlang itu. Ustazah Hamisah juga aktif dalam segenap hal Kokurikulum di sekolah. Tambahan pula, satu kredit buat beliau kerana beliau juga aktif dalam kegiatan luar yang terbabit dengan NGO iaiatu Badan Bukan Kerajaan. Di akhir proses perbincangan di bilik mesyuarat, kami sudahinya dengan pembahagian cenderamata oleh kedua-dua pihak iaitu pihak kami dan juga pihak sekolah.Selesai majlis tersebut, kami dijemput oleh pihak sekolah untuk menjamu selera di kantin. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana layanan yang sangat baik dan mesra oleh pihak mereka. Berikut adalah gam,bar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang keberadaan kami di program tersebut.

Disediakan oleh,

___________________(MUHAMMAD ZULFADHLI AKMAL BIN MUZZAFAR)GURU PELATIH PENGAJIAN ISLAM 1,IPG KAMPUS SULTAN MIZAN,BESUT, TERENGGANU.