refleksi big s1

9
NAMA : WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN AZMI NO K/P : 950405-11-5180 Kursus perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta melatih guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 1 untuk menimba seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai prosedur untuk merancang dan menguruskan perkhemahan dengan baik serta memahami peraturan-peraturan perkhemahan bagi memperlengkapkan diri dengan pengendalian perkhemahan pada masa hadapan kelak. Selain itu, kursus perkhemahan ini juga adalah bertujuan memenuhi syarat yang terkandung dalam kursus Kokurikulum PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2014. Seramai 50 orang guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1 telah menjadi ahli jawatankuasa bagi tujuan melaksanakan kursus perkhemahan ini dengan bantuan para pensyarah dari unit GERKO. Kursus ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam pada 19 hingga 22 Noveber 2014 sebaik sahaja kami selesai menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar iaitu menduduki peperiksaan akhir tahun. Jelas sekali terpancar wajah kegembiraan para guru pelatih setelah habis peperiksaan untuk pulang ke rumah, namun BIG kali ini telah membantut kegembiraan kami. Namun begitu, perasaan keterujaan untuk berkhemah juga tersemat dalam hati kami. Sudah lama kami tidak merasai alam perkhemahan yang mempunyai pelbagai jerit perih liku kehidupan. Sebelum hari kejadian, satu perjumpaan telah diadakan untuk membincangkan peralatan yang perlu dibawa dan mengagihkan kumpulan. Saya mendapat kumpulan yang kelima yang terdiri daripada 8 orang ahli. Pada 19 November 2014, tepat jam 12.00 tengah hari, kami berkumpul di astaka Khalid Al-Walid untuk mendengar taklimat perkhemahan sebelum 1

Upload: wan-nur-syamimi

Post on 11-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

qwertyui

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big s1

NAMA : WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN AZMI

NO K/P : 950405-11-5180

Kursus perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) ini adalah bertujuan untuk memberi

pendedahan serta melatih guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Semester 1 untuk menimba seberapa banyak mungkin ilmu pengetahuan mengenai prosedur

untuk merancang dan menguruskan perkhemahan dengan baik serta memahami peraturan-

peraturan perkhemahan bagi memperlengkapkan diri dengan pengendalian perkhemahan pada

masa hadapan kelak. Selain itu, kursus perkhemahan ini juga adalah bertujuan memenuhi

syarat yang terkandung dalam kursus Kokurikulum PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2014.

Seramai 50 orang guru pelatih daripada kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(PISMP) semester 1 telah menjadi ahli jawatankuasa bagi tujuan melaksanakan kursus

perkhemahan ini dengan bantuan para pensyarah dari unit GERKO. Kursus ini telah diadakan

selama 4 hari 3 malam pada 19 hingga 22 Noveber 2014 sebaik sahaja kami selesai

menjalankan tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar iaitu menduduki peperiksaan akhir

tahun. Jelas sekali terpancar wajah kegembiraan para guru pelatih setelah habis peperiksaan

untuk pulang ke rumah, namun BIG kali ini telah membantut kegembiraan kami. Namun begitu,

perasaan keterujaan untuk berkhemah juga tersemat dalam hati kami. Sudah lama kami tidak

merasai alam perkhemahan yang mempunyai pelbagai jerit perih liku kehidupan.

Sebelum hari kejadian, satu perjumpaan telah diadakan untuk membincangkan

peralatan yang perlu dibawa dan mengagihkan kumpulan. Saya mendapat kumpulan yang

kelima yang terdiri daripada 8 orang ahli. Pada 19 November 2014, tepat jam 12.00 tengah hari,

kami berkumpul di astaka Khalid Al-Walid untuk mendengar taklimat perkhemahan sebelum

masuk ke tapak perkhemahan iaitu di PULAKO IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Di sana,

kami diberi taklimat tentang perjalanan semasa berkursus dan apa yang kami perlu lakukan

sebelum ke tapak perkhemahan. Kami bekerjasama mengangkut peralatan memasak dan

khemah ke tapak perkhemahan. Kerjasama yang diberikan menyebabkan urusan kami cepat

selesai. Inilah yang dikatakan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Setibanya di tapak

perkhemahan, aktiviti mendirikan khemah, khemah tempat memasak, dan gajet dimulakan.

Setiap khemah, hanya diduduki oleh 4 orang walhal keluasan khemah itu mencukupi untuk 6

orang tinggal. Keselesaan yang teramat sangat bagi kami. Kami telah membina dua biji gajet

1

Page 2: Refleksi Big s1

dan menaikkkan 4 biji khemah untuk tempat memasak. Gajet tersebut digunakan untuk

meletakkan pinggan mangkuk yang selesai dibasuh.

Tepat jam 4 petang, aktiviti ‘ice breaking’ atau dipanggil pecahkan ais dimulakan dan

dikendalikan oleh Encik A.Jailani bin Che Abas. Tema KITA menjadi perkataan tema bagi

aktiviti tersebut. Betapa pentingnya untuk mengenali antara satu sama lain dan menjadi KITA

dikenali oleh orang lain. Dalam perkenalan tersebut juga, kami diagihkan mengikut bulan

kelahiran,dan warna baju yang kami pakai. Pada masa tersebut, saya memakai baju warna

merah jambu yang menjadi warna kegemaran saya. Encik Jailani memberitahu satu karakter

tentang peminat warna merah jambu bahawa psikologi ada mengatakan bahawa penggemar

warna ini suka menyidai pakaian secara terbalik dan itu bertepatan dengan saya. Saya

berpendapat bahawa kajian psokologi ini kebiasaannya hampir betul. Pada hari ini, saya juga

dapat mengutip satu pengajaran yang sangat bermakna iaitu bersosial dengan masyarakat

akan memudahkan kerja kita dalam masyarakat. Hal ini kerana, kita sebagai manusia tidak

dapat hidup tanpa kawan memandangkan manusia ialah golongan yang hidup berkumpulan

atau dipanggil berjemaah, berorganisasi dan besosial. Sebagai contoh, dalam sesuatu kelab.

Tidak ada dalam satu kelab hanya ada seorang ahlinya, tetapi ia mempunyai ramai ahli.

Sebagai contoh, dalam BIG kali ini, encik telah mengarahkan kami untuk membuat satu ‘cheer

song’ untuk semester kami iaitu PISMP Semester 1. Pada mulanya, tepukan kami tidak

diterima. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk berbincang mengikut kumpulan dan memilih

tepukan yang terbaik. Itulah cara yang terbaik untuk membuat perbincangan. Saya begitu

gembira kerana kumpulan saya mendapat pilihan ramai dan dijadikan sebagai tepukan

semester kami. Hal ini membuat saya terfikir bahawa sesuatu yang terbaik, akan menjadi ikutan

kepada orang lain. Hal ini bertepatan dengan kerjaya sebagai seorang guru yang harus menjadi

‘role model’ kepada anak murid. Jadi, sikap yang terbaik harus ditunjukkan agar menjadi

teladan kepada anak didik nanti. Hal ini kerana, segala tindak tanduk yang dilakukan bakal

menjadi model. Anak-anak ini ibarat kain putih, jadi kita sebagai seorang guru haruslah

mencorakannya. Jika corak itu cantik, maka cantiklah anak itu, jika sebaliknya terjadi, maka

sebaliknya yang akan berlaku.

Saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala

aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dalam masa yang ditentukan. Hal ini

penting kerana jika sesuatu aktiviti itu dijalankan secara tertangguh, maka ia akan menjejaskan

aktiviti yang seterusnya dan terpaksa melaksanakan aktiviti dengan cara tergesa-gesa tanpa

penghayatan yang baik. Hal ini akan menyebabkan kurangnya penghayatan dalam diri dan

2

Page 3: Refleksi Big s1

impak yang kurang berkesan. Oleh yang demikian, pada kesokkan harinya, kami mulakan hari

kami seawal jam 5.00 pagi dengan persiapan untuk solat subuh dan aktiviti seterusnya. Kami

mulakan hari ini dengan solat subuh secara berjemaah dan tazkirah subuh. Seterusnya, aktiviti

senaman pagi yang diketuai oleh beberapa orang guru pelatih. Pendek kata, saya berpendapat

bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan

sesuatu aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Aktiviti utama kami pada hari ini ialah Bantu Mula Air iaitu berenang di dalam Tasik

Terenggun dengan pemakaian Jaket Keselamatan. Pada aktiviti kali ini, saya dapat menambah

ilmu pengetahuan. Pada sebelum ini, saya tidak tahu cara pemakaian dan fungsi-fungsi yang

berada pada jaket keselamatan itu. Namun, setelah diberi pendedahan, saya dapat

mengetahuinya dengan lebih lanjut. Saya dapat simpulkan bahawa mematuhi peraturan dan

undang-undang yang telah ditetapkan amat penting. Hal ini demikian kerana untuk memastikan

keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku

seperti lemas dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya pelajari bahawa kita haruslah

mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan kerana pasti ada sebab

dan rasionalnya kita harus berbuat demikian. Tiada peraturan dan undang-undang yang direka

hanya untuk omongan kosong atau sia-sia. Sebagai contoh, sebelum kami memulakan aktiviti,

kami diberi taklimat ringkas dan peraturan yang kami perlu patuhi oleh Encik Abdul Ramit bin

Sulaiman, Ketua Unit GERKO tentang aktiviti hari ini. Dalam taklimatnya, beliau telah

menegaskan tentang pemakaian jaket keselamatan dan tatacara ketika berada di dalam air

seperti jangan terlampau galak dan tidak celupar. Oleh itu, saya bersyukur kerana dengan

arahan jelas yang diberi, saya dapat selamat menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Di samping itu, ia dapat melatih sikap-sikap yang positif dalam diri saya seperti jangan

cepat berasa cemas apabila berada dalam sesuatu situasi. Hadapilah dengan tenang dan sabar

mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini dapat diaplikasikan dalam menjadi seorang guru.

Contohnya, kita mendapat pelajar yang bermasalah. Jangan cepat menghukum seorang pelajar

itu, tetapi berusahalah dengan sabar untuk mendidik murid tersebut. Hal ini kerana, mereka

inginkan perhatian dan kasih sayang yang sebenarnya. Bersabarlah dalam mendidik anak

bangsa kerana pasti ada keindahan yang wujud diakhirnya. Ia juga dapat dikaitkan dengan

aktiviti air ini, apabila saya tidak cepat melatah dan bersabar, saya dapat aplikasikan aksi-aksi

yang ditunjukkan oleh pensyarah dengan baik dan dapat merentasi tasik Terenggun itu. Selain

itu, saya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri saya sendiri. Sebelum saya menjalani aktiviti

ini, hati saya sentiasa terdetik menanyakan tentang kemampuan saya. Adakah aku mampu

3

Page 4: Refleksi Big s1

merentasi tasik ini, adakah aku mampu terapung dan sebagainya. Oleh itu, saya dapat

meningkatkan keyakinan dalam diri saya dan kini saya berani untuk tempuhi pelbagai lagi

cabaran dan dugaan pada masa hadapan dengan baik, insyaa-Allah.

Tambahan pula, saya dapat meningkatkan semangat dan memahamkan saya tentang

kerjaya dan pengorbanan seorang guru dengan lebih lanjut setelah menyertai LDK 2 bersama

Encik Khazali bin Ismail. Beliau menyatakan bahawa guru merupakan seorang yang berilmu

tinggi dan dipandang mulia. Betapa tingginya pengorbanan yang ada dalam diri seorang guru.

Saya paling ingat satu tayangan video yang ditayangkan oleh beliau yang mengisahkan

seorang guru yang dihantar untuk mengajar di sebuah kawasan pedalaman yang jaraknya 200

km lebih daripada pekan dan terpaksa menjalani pelbagai cabaran dalam perjalanan untuk

sampai ke sekolah. Situasi ini begitu mencabar diri saya dan menaikkan semangat saya untuk

menjadi seorang guru yang berjiwa kental dan lebih bersemangat.

Seterusnya, BIG kali ini juga telah memberi pengetahuan tentang keindahan flora dan

fauna yang terdapat di atas bumi ini. Hal ini kerana, kami telah dibawa untuk melakukan aktiviti

kembara Flora dan Fauna di Hutan Simpan Terenggun. Oleh itu, saya berpeluang untuk melihat

banyak tumbuhan yang tidak pernah saya lihat selama ini dan kami juga beruntung kerana

dapat melihat binatang siamang bermain di dalam hutan. Pada kali ini, saya dapat

menyarapkan sikap tidak berputus asa. Perjalanan di dalam hutan memakan masa 2 jam dan

memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana jaraknya agak jauh dan berbukit bukau. Aktiviti

ini dapat diaplikasikan dalam karier sebagai seorang guru iaitu guru tidak boleh cepat berputus

asa dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi manusia yang berguna. Saya percaya dan

berpegang kuat kepada prinsip kita haruslah berani mencuba sesuatu yang baharu dan tidak

mengalah kalah sehingga kita mencuba dengan sedaya upaya.  Selain itu, saya dapat

menyerapkan sikap berhati-hati. Memandangkan sekarang merupakan musim hujan, jadi

terdapat sedikit kesukaran ketika berjalan kerana tanahnya licin. Jadi, kami dikehendaki berhati-

hati ketika berjalan agar tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Hal ini juga dapat

dikaitkan dalam karier perguruan, bahawa guru hendaklah berhati-hati dalam menyampaikan

ilmu kepada anak bangsa. Pepatah ada mengatakan, jika seorang doktor salah mengubati,

hanya seorang sahaja yang akan mati, tetapi jika seorang guru salah mendidik, satu generasi

akan hancur. Maka, guru hendaklah berhati-hati dalam mendidik anak bangsa.

Kursus BIG juga dapat mencugkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri

seseorang, sebagai contoh, saya baru tersedar bahawa saya juga boleh berlakon memberi

4

Page 5: Refleksi Big s1

idea-idea yang baik untuk memastikan kumpulan saya merupakan kumpulan yang terbaik dan

dapat menghiburkan ramai orang. Akhirnya, saya dan ahli kumpulan saya dapat menyampaikan

sebuah persembahan yang menarik perhatian ramai dan saya tidak lagi gementar ketika

menyampaikan persembahan. Selain itu, bakat memasak juga dapat dicungkil dalam diri setiap

pelajar. Hal ini kerana, kami diminta untuk memasak sendiri menggunakan bahan-bahan yang

telah diberikan. Saya juga sudah mahir memasak nasi secara manual. Jadi, saya berpendapat

bahawa BIG dapat mencungkil bakat dan kebolehan yang sudah lama terpendam dalam diri

setiap orang tetapi tidak tahu cara untuk mengembangkan potensi tersebut. Jadi, kita sebagai

seorang guru hendaklah memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi,

bakat, dan kebolehan mereka agar ia boleh dikembangkan dan menjadi modal insan yang

berguna kepada bangsa, masyarakat dan negara.

Saya juga sedar, kita haruslah bertanggugjawab dalam semua perkara yang telah

diamanahkan untuk kita. Sepanjang kursus ini dijalankan, saya dilantik menjadi penolong ketua

kumpulan, jadi saya hendaklah memastikan kumpulan saya adalah yang terbaik. Selain itu,

setiap kumpulan juga diamanahkan untuk menjadi ‘police centri’ untuk memastikan keadaan

tempat kursus terkawal dan selamat. Jadi, jika kita seorang yang beramanat, kita akan

menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam diri saya sepanjang dalam kursus ini

iaitu saya kurang mempunyai keyakinan dalam diri saya. Namun, dengan motivasi daripada

sahabat- sahabat dan para pensyarah, saya menjadi berani dan mempunyai keyakinan diri

yang tinggi. Sebagai contoh, ketika melakukan aktiviti air. Pada mulanya, saya tidak yakin dan

selalu ingin berpaut pada kawan-kawan saya. Namun setelah mendapat sokongan dan

saranan, saya menjadi berani dan berasa gembira dengan aktiviti air ini sehinggakan tidak

mahu berhenti untuk melakukan aktiviti ini. Selain itu, saya tidak mahir dalam memasak. Saya

hanya mengikut apa yang disuruh oleh rakan-rakan seperti apa yang perlu dimasukkan ke

dalam ramuan tersebut, memotong bawang dan sewaktu dengannya. Namun demikian, saya

telah tahu beberapa resepi yang mudah untuk digunakan ketika memasak.

Bagi cara-cara penambahbaikkan pula, saya berpendapat bahawa, slot-slot yang

mencabar IQ harus dilaksanakan seperti permainan stesen, main peranan dan sebagainya.

Dalam permainan stesen, setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan tugasan mengikut

stesen yang telah diberikan. Oleh itu, semangat kerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan

dengan lebih baik, lantas dapat menguji ketabahan peserta menyelesaikan masalah dalam

5

Page 6: Refleksi Big s1

tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, masa yang diperuntukkan agak sedikit.

Sememangnya peruntukan 4 hari 3 malam bagi kusus BIG tidak mencukupi kerana banyak ilmu

yang dapat diperolehi melalui kursus ini. Alangkah baiknya jika kursus ini ditambah sehari lagi

menjadi 5 hari 4 malam supaya masa untuk setiap aktiviti yang dirancang mencukupi dan

mendapat kesan yang semaksimum mungkin.

Akhir sekali, jutaan setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak IPGKTAA kerana

memberi peluang kepada kami untuk menyertai Bina Insan Guru ini terutamanya kepada unit

GERKO yang bertungkus-lumus menjayakan BIG pada kali ini. Tidak lupa juga kepada mentor

kami, Puan Norziana binti Jasman yang sudi meluangkan masa bersama kami sepanjang

kursus ini dilaksanakan. Sesungguhnya, kursus ini memberi seribu manfaat yang bermakna

untuk menjadi seorang guru yang berjiwa kental dan tabah menghadapi segala cabaran dan

situasi yang berlaku. Ini bermakna, kita dapat melatih diri dengan pelbagai situasi dan dapat

menyesuaikannya dengan pelbagai situasi. Jadi, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk

menjalankan amanah sebagai seorang guru.

Kesimpulannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah mencapai

matlamat untuk membentuk insan guru yang sempurna dan seimbang dari pelbagai aspek.

Ternyata, banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa

BIG ini. Saya akan gunakan pengalaman dan pengetahuan ini dengan sebaik mungkin agar

dapat menjadi guru yang berdedikasi dan cemerlang pada masa hadapan. Saya berharap, saya

masih berpeluang untuk menyertai kursus seperti ini pada masa akan datang. Saya berasa

amat seronok dan teruja sepanjang kursus BIG ini dilaksanakan. Terima kasih kerana

memberikan peluang kepada saya untuk menyertai kursus BIG ini.

6