refleksi big gotong.docx

2
REFLEKSI Alhamdilillah, akhirnya dapat juga saya melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada saya walaupun mempunyai kekangan-kekangan masa dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru. Persiapan awal yang telah dijalankan sebelum melaksanakan Program Kem Remaja Islam (KEMRIS) 2013 dengan membuat kertas kerja terlebih dahulu. Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dirancang khusus untuk pelajar yang sedang menjalani latihan Program Pensiswazahan Guru. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan pendidik yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bina Insan Guru yang diadakan pada semester ini ialah khidmat masyarakat dan ianya wajib ditempuhi oleh semua guru PPG. Berdasarkan program yang telah dianjurkan ini, Program ini untuk memenuhi kehendak dalam Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu ditempuhi oleh semua pelajar. Merupakan suatu aktiviti penting bagi merealisasikan kehendak Bahagian Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berdaya saing. Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program yang dijalankan ini melibatkan keterlibatan murid-murid dalam menjalankan khidmat sosial. Program ini berhasrat membina insan atau murid yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Upload: has-ismail

Post on 25-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI big gotong.docx

REFLEKSI

Alhamdilillah, akhirnya dapat juga saya melaksanakan tugasan yang

diamanahkan kepada saya walaupun mempunyai kekangan-kekangan masa dalam

menjalankan tugas sebagai seorang guru. Persiapan awal yang telah dijalankan

sebelum melaksanakan Program Kem Remaja Islam (KEMRIS) 2013 dengan

membuat kertas kerja terlebih dahulu.

Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dirancang khusus

untuk pelajar yang sedang menjalani latihan Program Pensiswazahan Guru. Ini

adalah bertujuan untuk melahirkan pendidik yang berkualiti dari segi jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial. Bina Insan Guru yang diadakan pada semester ini ialah

khidmat masyarakat dan ianya wajib ditempuhi oleh semua guru PPG. Berdasarkan

program yang telah dianjurkan ini, Program ini untuk memenuhi kehendak dalam

Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu ditempuhi oleh semua pelajar.

Merupakan suatu aktiviti penting bagi merealisasikan kehendak Bahagian

Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berdaya saing.

Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang

tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program yang dijalankan

ini melibatkan keterlibatan murid-murid dalam menjalankan khidmat sosial. Program

ini berhasrat membina insan atau murid yang berakhlak mulia, bersemangat juang

yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,

masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan murid-

murid yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan

dan pergaulan. Membentuk murid-murid menjadi seorang murid yang berdaya saing.

Memberi keyakinan kepada murid-murid dalam berhadapan dengan komuniti

sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat

program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan murid-murid akan

kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan

masyarakat sekolah.

Page 2: REFLEKSI big gotong.docx

Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan

manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap murid yang mengambil bahagian.

Saya berharap di masa yang akan datang, murid-murid yang lain pula dapat

menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.