refleksi b.i.g fasa 3

5
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib disempurnakan oleh semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan etika keguruan kepada semua guru pelatih. Guru pelatih dapat membina pemikiran positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Justeru itu, fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sikap-sikap yang harus dimiliki oleh seorang guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memupuk semangat keguruan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal pembentuk penjana negara masa hadapan. Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti program B.I.G ceramah dan juga Khidmat Masyarakat yang bertempat di Pusat Jagaan OKU (Tolumis), Tuaran. Program B. I.G ceramah ini telah disampaikan oleh Datu Raiman, dari Jabatan Pendidikan Ilmu Pengetahuan. Beliau telah memberi banyak input tentang Pengendalian Majlis Rasmi. Sebagai guru, kami akan mengendalikan banyak majlis-majlis di sekolah atau di luar sekolah. Kami sebagai guru haruslah bersiap sedia and mengetahui peraturan-peraturan dalam majlis rasmi. Terdapat beberapa majlis rasmi iaitu Majlis Rasmi, Majlis Tidak Rasmi, Majlis Penuh Istiadat, Majlis Rasmi dan Formal, Majlis Rasmi Tidak Formal, Majlis Tidak Rasmi Tidak Formal. Dalam satu majlis, protokolnya sangat penting untuk memastikan kelancaran satu majlis. Protokol majlis itu bermaksud peraturan sama ada secara tersurat atau tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalkan dalam memenuhi agenda kehidupan bermasyarakat. Ini amat penting kerana ia amat berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradaban yang perlu diikuti demi mengekalkan keharmonian acara itu.

Upload: low

Post on 16-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

IPG

TRANSCRIPT

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib disempurnakan oleh semua guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman dan penghayatan nilai dan etika keguruan kepada semua guru pelatih. Guru pelatih dapat membina pemikiran positif dan memiliki motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Justeru itu, fokus utama program ini dilaksanakan adalah untuk membentuk sikap-sikap yang harus dimiliki oleh seorang guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memupuk semangat keguruan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai bakal pembentuk penjana negara masa hadapan.Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti program B.I.G ceramah dan juga Khidmat Masyarakat yang bertempat di Pusat Jagaan OKU (Tolumis), Tuaran. Program B. I.G ceramah ini telah disampaikan oleh Datu Raiman, dari Jabatan Pendidikan Ilmu Pengetahuan. Beliau telah memberi banyak input tentang Pengendalian Majlis Rasmi. Sebagai guru, kami akan mengendalikan banyak majlis-majlis di sekolah atau di luar sekolah. Kami sebagai guru haruslah bersiap sedia and mengetahui peraturan-peraturan dalam majlis rasmi. Terdapat beberapa majlis rasmi iaitu Majlis Rasmi, Majlis Tidak Rasmi, Majlis Penuh Istiadat, Majlis Rasmi dan Formal, Majlis Rasmi Tidak Formal, Majlis Tidak Rasmi Tidak Formal. Dalam satu majlis, protokolnya sangat penting untuk memastikan kelancaran satu majlis. Protokol majlis itu bermaksud peraturan sama ada secara tersurat atau tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalkan dalam memenuhi agenda kehidupan bermasyarakat. Ini amat penting kerana ia amat berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradaban yang perlu diikuti demi mengekalkan keharmonian acara itu. Protokol majlis juga menjadi lambang ketinggian adat dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya mesyarakat berbilang kaum. Pengetahuan protokol juga boleh membawa kepada suatu tahap hidup yang sempurna dalam sesuatu kelompok keluarga. Dalam majlis, ia dapat menyesuaikan diri jika ia tahu protokol sama dari segi pergualan, perbualan, tingkah laku, pakaian dan sebagainya. Majlis rasmi perlu diurus secara professional untuk memastikan ia berlangsung tanpa apa-apa gangguan dan kecacatan serta berada dalam suasana yang dihasratkan. Berikut adalaha tatacara mengendalikan majlis rasmi, pelantikan jawatankuasa, menentukan tarikh, masa dan tempat, menentukan tetamu khas ( VVIP/ VIP/ Utama). Seterusnya, menyediakan teks ucapan, dan menyediakan buku program. Selepas itu, menentukan senarai jemputan, menentukan atur cara majlis, kesesuaian pakaian, jamuan, menentukan susunan tempat duduk (pentas dan bawah pentas), menyediakan kad jemputan, menentukan juru acara dan teks, atur cara pentadbiran, penyambut tetamu dan akhirnya raptai. Pada sesi ceramah yang kedua, Puan Juliana dari Jabatan ___ telah memberi ceramah yang bertajuk kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid-murid. Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran mendengara adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan Bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran Bahasa yang lain iaitu betutur, membaca dan menulis.Keduanya, mendengar alah kemahiran Bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Puan Juliana juga membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku. Kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu. Kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun. Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menintikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis sahaja. Melalui ceramah tersebut, saya telah mempelajari tentang kepentingan kemahiran mendengar. Seseorang itu boleh memperoleh idea daripada mendengar, mencari isi-isi penting, melakukan arahan/tindak balas, mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan, mengenal pasti isi-isi yang tersirat, metafsir makna-makna yang tersirat, mengenal pasti mood penutur, suasana dan keadaan konteks, dan mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logic atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama-nama orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Kedua-dua penceramah ini telah menpengaruhi kita sebagai guru pelatih bersedia untuk mengajar di sekolah nanti. Mereka telah memberi keyakinan and dorongan yang kuat terutamanya dalam aspek pengurusan. Ini dapat meningkatkan imej saya sebagai guru semasa mengurus majlis atau tingkah laku murid-murid di dalam kelas. Seterusnya, saya juga telah mengikuti Khidmat Masyarakt di Pusat Jagaan OKU (Tolumis) di Tuaran. Ini merupakan pengalaman pertama saya bersama orang tua-tua. Tempat ini banyak berbeza dengan tempat yang lain yang saya pernah membantu. Ini juga merupakan cabaran saya untuk bertutur dan membantu orang tua-tua. Selepas saya sampai di Pusat tersebut, saya telah diagihkan untuk mengecat logam. Melalui mengecat, saya telah belajar bahawa mengecat itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesabaran adalah sangat penting dalam menjadi seorang guru. Guru hendaklah memiliki kesabaran yang tinggi semasa mengajar kerana setiap murid mempunyai sikap-sikap yang berbeza, terdapat murid yang lebih lambat, dan juga terdapat murid yang lebih cepat belajar. Guru hendaklah sabar dengan murid yang lebih lambat belajar dan memberi lebih banyak pengajaran dan idea kepada mereka supaya mereka dapat mengejar pangajaran. Kesabaran itu juga adalah daripada separuh iman kita. Selepas itu, saya juga diberi peluang untuk interaksi bersama orang tua-tua di pusat tersebut. Saya telah mengambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan antara saya dengan orang tua-tua. Mereka telah menyambut saya dengan gembira. Mereka juga berterima kasih kepada sekelas saya kerana sudi untuk membantu dan menjaga mereka. Saya juga sangat sabar semasa berucap dan mendengar percakapan mereka. Saya sangat simpati atas kehidupan dan saya ada keinginan untuk membantu mereka dalam segi kewangan dan makanan tetapi saya masih seorang pelajar. Saya berhasrat pada masa yang akan datang, saya dapat memberi dan membantu mereka mengatasi semua masalah dengan seberapa daya upaya saya. Saya juga berasa amat syukur kerana saya masih ada keluarga saya yang sayangi saya. Kehidupan saya amat berbeza dengan kehidupan mereka. Kehidupan saya baik daripada mereka dan saya berasa adalah tanggungjawab saya untuk menggembirakan mereka dengan kemampuan saya. Saya telah membantu mereka membaiki kayu yang patah di katil mereka. Walaupun perkara itu kecil, tetapi saya rasa itu adalah ikhlas daripada hati saya. Rakan sekelas saya juga membuat perkara yang mantap dan menarik perhatian saya. Mereka telah menyanyi bersama orang-orang tua sekali. Orang tua tersebut amat gembira dan seronok dan bernyanyi sekali bersama mereka. Ini merupakan perkara yang harus dibuat setiap kali. Melalui khidmat masayarakat ini, saya telah menjadi seorang guru yang lebih berkaliber dari segi mental, emosi dan fizikal. Saya akan lebih siap sedia untuk mengharungi segala masalah dalam sekolah atau di kelas. Saya rasa Bina Insan Guru ini amat bermakna dan harus dijalankan sepanjang masa.