laporan pendawaian 3 fasa (report)

21
DEFINISI PENDAWAIAN DOMESTIK Dalam sistem kehidupan manusia yang serba canggih ini, penggunaan alat elektrik dan elektronik semakin meluas. Di samping ia telah menjadi satu alat penting bagi melicinkan perjalanan kerja harian dan penggunaan tenaga elektrik tidak dapat dielakkan lagi. Untuk mengalirkan tenaga elektrik tersebut ia memerlukan suatu medium bagi membenarkan arus elektrik melaluinya. Jadi bagi penggunaan tenaga elektrik di rumah memerlukan suatu pendawaian yang bersistematik dan bersesuaian dengan keperluan di rumah dan pengguna. Pendawaian yang bersistematik diperlukan untuk memudahkan pengiraan kos bahan, merancang pendawaian, memudahkan pemilihan kaedah yang diperlukan dan memudahkan kaedah penyenggaraan. Di Malaysia khususnya, bekalan kuasa yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rumah kediaman adalah 240volt/50hz dan perbezaan toleransinya hanya adalah 0.25%. Semua perkakasan elektrik yang digunakan adalah ditetapkan oleh pihak berwajib iaitu JABATAN BEKALAN ELEKTRIK (JBE). Di mana bekalan masukan bagi setiap set adalah bernilai 240volt dan 50hz. Semua set peralatan elektrik yang dipasangkan di negara kita atau yang diimport dari luar hendaklah diselaraskan masukan voltannya supaya ia dapat memudahkan pihak pengguna. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Upload: mohd-taufik-bin-abd-rashid

Post on 12-May-2017

1.017 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

DEFINISI PENDAWAIAN DOMESTIK

Dalam sistem kehidupan manusia yang serba canggih ini, penggunaan alat

elektrik dan elektronik semakin meluas. Di samping ia telah menjadi satu alat penting

bagi melicinkan perjalanan kerja harian dan penggunaan tenaga elektrik tidak dapat

dielakkan lagi. Untuk mengalirkan tenaga elektrik tersebut ia memerlukan suatu medium

bagi membenarkan arus elektrik melaluinya. Jadi bagi penggunaan tenaga elektrik di

rumah memerlukan suatu pendawaian yang bersistematik dan bersesuaian dengan

keperluan di rumah dan pengguna. Pendawaian yang bersistematik diperlukan untuk

memudahkan pengiraan kos bahan, merancang pendawaian, memudahkan pemilihan

kaedah yang diperlukan dan memudahkan kaedah penyenggaraan.

Di Malaysia khususnya, bekalan kuasa yang disediakan oleh pihak berwajib

kepada rumah kediaman adalah 240volt/50hz dan perbezaan toleransinya hanya adalah

0.25%. Semua perkakasan elektrik yang digunakan adalah ditetapkan oleh pihak berwajib

iaitu JABATAN BEKALAN ELEKTRIK (JBE). Di mana bekalan masukan bagi setiap

set adalah bernilai 240volt dan 50hz. Semua set peralatan elektrik yang dipasangkan di

negara kita atau yang diimport dari luar hendaklah diselaraskan masukan voltannya

supaya ia dapat memudahkan pihak pengguna.

Proses penghantaran tenaga elektrik pula dikendalikan oleh Tenaga Nasional

Berhad (TNB). Ini adalah bagi menampung keperluan pengguna. Jadi, pendawaian

domestik iaitu melalui kaedah pembuluh PVC dan Kondiut adalah salah satu sistem

pendawaian yang bersistematik bagi memastikan sesuatu pendawaian itu memenuhi

spesifikasi yang dibenarkan. Ianya juga dijamin selamat.

Antara pendawaian domestik ialah pendawaian pembuluh logam dan pembuluh

bukan logam. Terdapat pelbagai jenis pembuluh logam antaranya termasuk keluli tolok

ringan, keluli boleh lentur, aluminium dan kuprum. Pendawaian pembuluh bukan logam

atau pendawaian pembuluh PVK ialah satu sistem yang menggunakan pembuluh PVK

bagi menyokong kabel pendawaian dan dipasang terus ke dinding atau secara

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 2: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

tersembunyi.Kabel PVK dimasukkan ke dalam pembuluh. Pembuluh digunakan sebagai

pelindung makanikal dan dicengkam menggunakan pelana (saddle) dan bar atau klip U

(U-clip). Pendawaian-pendawaian jenis ini juga menggunakan aksesori pendawaian dan

alat tambah.Pendawaian jenis ini biasanya digunakan di tempat-tempat yang mana tahap

kerosakan mekanikal tidak terlalu tinggi.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 3: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

LAPORAN AMALI PENDAWAIAN TIGA FASA

Tajuk: PENDAWAIAN TIGA FASA

Objektif :

Merancang kerja amali

Menyiapkan pendawaian litar kawalan aircond

Menguji litar pendawaian

Bahan :

Kabel 1.5 mm/1.25 mm

Kotak Agihan (Distrubution Board) – MCB,, RCCB dan isolator

Suis kawalan aircond.

Alatan / Kelengkapan :

Playar Muncung Tirus, Playar Muncung Panjang, dan Playar Gabung.

Pembaris meter

Pelucut Dawai.

Pena Ujian.

Gerudi Tanpa Kord.

Pemutar Skru Kepala Rata & Philips..

Kotak Alatan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 4: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Arahan Kerja :

Sediakan alatan dan bahan yang diperlukan untuk amali pendawaian tiga fasa.

Instructor membuat penerangan kepada pelajar lain tentang pendawaian tiga fasa.

Pelajar lain diminta untuk memahami litar , gambar rajah dan arahan yang

diberikan.

Tempat pendawaian dirancang terlebih dahulu sebelum memulakan kerja

pendawaian tiga fasa.

Setelah perancangan pendawaian selesai, wayar perlu dipotong mengikut ukuran

yang telah ditetapkan.

Pendawaian dilakukan mengikut gambarajah litar skematik pendawaian tiga fasa

yang disediakan.

Kemudian, wayar hendaklah disusun dengan kemas, teratur dan tegang.

Pengujian perlu dilakukan terhadap litar tersebut bagi memastikan keselamatan

kepada pengguna dan alatan yang akan digunakan antara pengujian yang perlu

dijalankan adalah pengujian keterusan litar akhir, keterusan pengalir pelindung,

penebatan, kekutuban, keberkesanan pembumian, dan pemeriksaan visual.

BAHAN YANG DIGUNAKAN

KABEL

Jumlah panjang kabel yang diperlukan untuk membuat pendawaian seperti yang

ditunjukkan dalam jadual dibawah :

Bil. Saiz kabel (mm) Warna Panjang (mm)

1. 1.25 mm (PVC) Hijau 2900 mm

2. 1.25 mm (PVC) Biru 2900 mm

3. 1.25 mm (PVC) Hitam 2900 mm

5. 1.25 mm (PVC) Kuning 2900mm

6 1.25 mm (PVC) Merah 2900mm

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 5: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Saiz kabel yang digunakan adalah bersesuaian dengan had kendalian arus atau beban

yang akan digunakan.

GAMBARAJAH

Gambarajah litar pendawaian 3 FASA

http://tangkapgambar.blogspot.com/

ISOLATOR RCCB MCBLITAR

KAWALAN SUIS

N R Y B

Page 6: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

PERBINCANGAN

1. Terdapat 4 dawai utama dalam pendawaian 3 fasa iaitu:

a) Dawai Merah (Live)

b) Dawai Kuning (Live)

c) Dawai Biru (Live)

d) Dawai Hitam (Neutral)

2. Ketiga-tiga fasa iaitu fasa merah, fasa biru dan fasa kuning membawa voltan

bernilai 415V dan voltan ini hanya dapat diturunkan kepada 240V apabila ada

pengulang iaitu yang dawai neutral yang akan melengkapkan litar pendawaian

3 fasa tersebut.

3. Penggunaan pendawaian 3 fasa akan dapat menjimatkan tenaga elektrik

di mana kuasa lesapan pada kabel pada sesuatu jarak yang tertentu dapat

dikurangkan kerana pendawaian 3 fasa melibatkan voltan yang tinggi iaitu

11kV dan 33kV.

4 Terdapat dua jenis sambungan yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian

3 fasa iaitu:-

a. Sambungan delta - digunakan bila memerlukan voltan yang tinggi.

(Industri).

b. Sambungan bintang atau Y – Digunakan pada pendawaian domestik biasa.

(Rumah Kediaman / Pengguna Voltan Rendah)

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 7: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

SOALAN BERKAITAN

1) Apakah kegunaan sambungan delta?

Sambungan delta digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian

adalah menggunakan voltan tinggi. Sebagai contohnya mesin-mesin yang

digunakan di industri. Dan sambungan delta biasanya digunakan di

industri. Dan nilai rintangan pada setiap beban adalah sama.

2) Apakah kegunaan sambungan bintang?

Sambungan bintang digunakan apabila litar akhir pada sesuatu

pendawaian adalah menggunakan voltan sederhana. Sebagai contohnya

rumah-rumah kediaman. Dan kadaran arus yang diperolehi adalah sama.

3) Nyatakan jenis warna kabel yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian

3 fasa.?

a) Dawai merah – dinamakan sebagai fasa merah dan dawai hidup.

b) Dawai kuning – dinamakan sebagai fasa kuning dan dawai hidup.

c) Dawai biru – dinamakan sebagai fasa biru dan dawai hidup.

d) Dawai hitam – dawai neutral.

4) Nyatakan satu kelebihan motor 3 fasa berbanding motor 1 fasa?

Motor 3 fasa lebih cekap.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 8: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

TEORI BERKAITAN

1. Pendawaian 3 fasa biasanya dilakukan dengan empat dawai utama dawai merah,

dawai kuning, dawai biru dan dawai neutral.

2. Komponen-komponen dalam pendawaian 3 fasa litar akhir unit penyaman udara

adalah seperti:-

a) Isolator

b) Pemutus litar arus baki (RCCB)

c) Pemutus litar jenis kenit (MCB)

d) Litar akhir aircond

3. Huraian terperinci fungsi setiap komponen-komponen dalam proses kerja pendawaian

3 fasa bagi litar akhir aircond :-

A. Isolator

Isolator adalah digunakan sebagai kawalan utama masukan punca tenaga elektrik

bagi sesebuah rumah kediaman. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk bagi

menyesuaikan keadaan dan penggunaan suis mengikut keperluan.

B. Pemutus litar arus baki (RCCB)

Pemutus litar arus baki (ELCB) digunakan untuk mematikan litar jika berlaku

kebocoran arus ke casisi alatan elektrik.

Ia mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian iaitu pemutus litar jenis isian

minyak, pemutus litar jenis hembusan gas (SF6), pemutus litar jenis hembusan

udara, dan pemutus litar jenis miniatur.

C. Pemutus litar jenis kenit

Ia digunakan untuk mengawal lebihan arus bagi sejumlah beban mengikut

kadaran arus untuk mengelakkan litar pintas daripada berlaku.Ia mempunyai

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 9: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

beberapa jenis mengikut kadaran arus yang telah ditetapkan iaitu

6A/10A/16A/20A/32A.

.

D. Litar akhir aircond

Sebagai pengujian pada litar.

ALATAN DAN KELENGKAPAN

Pembaris Meter

Saiz yang biasa digunakan ialah 100cm.

Fungsi-fungsinya ialah skala untuk

menentukan ukuran pada alat-alat,membuat

garisan lurus,dan mengukur keratan

permukaan . Pembaris keluli hendaklah

dijaga dengan cermat untuk mengelak

tepinya menjadi sumbing dan senggatannya

menjadi cepat haus.

Pemutar Skru Kepala Rata

Pemutar skru kepala

rata digunakan untuk

memutarkan skru yang

mempunyai kepala

rata. Pemutar skru yang

digunakan

hendaklah mempunyai

bilah yang sama

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 10: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

lebar dan tebal

dengan alur kepala skru.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Page 11: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Pemutar Skru Philips

Pemutar skru Philips digunakan untuk

memutarkan skru yang mempunyai kepala

berbentuk Philips. Pemutar skru yang

digunakan hendaklah mempunyai bilah yang

sama lebar dan tebal dengan alur kepala

skru.

Pena Ujian

Tukul Warrington

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pena ujian fungsinya adalah untuk mengesan

kehadiran arus elektrik pada sesuatu jasad. Pena ujian

boleh digunakan untuk mengetat dan melonggarkan

skru yang kecil yang terdapat dalam peralatan

elektronik. Batang pena ujian berpenebat. Bahagian

mata pena ujian berbentuk seperti skru mata bilah.

Pena ujian selamat dan sesuai digunakan untuk

mengesan voltan antara julat 50 V hingga 500 V.

Tukul Warrington digunakan untuk menukul

paku kecil. Tukul Warrington mempunyai kepala

melintang. Berat tukul Warrington yang biasa

digunakan ialah 200g hingga 350g. Bahagian

kepala melintang tukul Warrington digunakan

untuk menukul paku di ruang yang sempit.

Page 12: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Playar Gabung

Playar Pemotong Sisi

Playar Muncung Panja ng

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Playar gabung berfungsi untuk memegang bahan,

memotong dan memintal dawai atu kabel elektrik.

Playar gabung mempunyai dua rahang bergigi untuk

menyepit atau mencengkam batang bulat.

Playar pemotong sisi digunakan untuk

memotong dawai atau kabel sahaja. Rahangnya

yang pendek dan tajam sesuai untuk memotong

dawai dan kabel dengan mudah.

Playar muncung panjang digunakan untuk

memegang dan membentuk benda kecil,

memotong dawai elektrik dan melakukan kerja

di ruang sempit.

Page 13: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Pelucut Dawai

Gerimit

Gerudi Tanpa Kord

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pelucut dawai berfungsi untuk melucut penebat

kabel elektrik. Pelucut dawai juga boleh

digunakan untuk memotong dawai.

Gerimit dibuat daripada besi. Mata gerimit

berbentuk seperti skru. Gerimit digunakan

untuk membuat lubang pada kayu bagi

memandu skru.

Gerudi tanpa kord menggunakan bateri. Ia

digunakan untuk kerja ringan seperti

menggerudi papan litar bercetak, dan

memasang skru pada wiring bay.

Page 14: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Meter Pelbagai

Multimeter atau meter pelbagai boleh

berfungsi sebagai meter volt, meter ampere,

atau meter ohm. Tombol kawalan yang biasa

terdapat pada multimeter ialah suis pemilih

berfungsi dan julat, pelaras sifar rintangan dan

skru pelaras sifar penunjuk

Pita Pengukur

Kotak Alatan

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Alat ini digunakan untuk mengukur

panjang wayar mengikut ukuran yang

diberikan.

Ia digunakan sebagai tempat menyimpan pelbagai

alatan bagi kerja pendawaian. Ia diperbuat daripada

besi. Strukturnya yang fleksibel juga memudahkan

wireman ataupun pengguna untuk menggunakan

kotak alat semasa kerja menyimpan.

Page 15: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Pemutus litar arus baki (ELCB) digunakan

untuk mematikan litar jika berlaku kebocoran

arus ke casisi alatan elektrik. Ia mempunyai

beberapa jenis mengikut kesesuaian iaitu

pemutus litar jenis isian minyak, pemutus

litar jenis hembusan gas (SF6), pemutus litar

jenis hembusan udara, dan pemutus litar jenis

miniatur.

KOMPONEN / BAHAN

Isolator

Pemutus Litar Arus Baki (ELCB)

Pemutus Litar Jenis Kenit (MCB)

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Isolator adalah digunakan sebagai kawalan

utama masukan punca tenaga elektrik bagi

sesebuah rumah kediaman. Ia mempunyai

pelbagai jenis dan bentuk bagi menyesuaikan

keadaan dan penggunaan suis mengikut

keperluan.

Ia digunakan untuk mengawal lebihan arus bagi

sejumlah beban mengikut kadaran arus untuk

mengelakkan litar pintas daripada berlaku.Ia

mempunyai beberapa jenis mengikut kadaran

arus yang telah ditetapkan iaitu

6A/10A/16A/20A/32A.

Page 16: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

Wayar

Tangga

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Kabel adalah media yang amat penting dalam

pemasangan elektrik. Ia menjadi perantaraan

sambungan bagi membekalkan tenaga

eletkrik kepada peralatan elektrik. Oleh

sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan

alat dan tempat yang berbeza-beza, kabel-

kabel yang dibaut berbagai-bagai jenis dan

saiz bagi menyesuaikan dengan keperluan

tersebut.

Tangga digunakan untuk memudahkan

kerja ketika kerja pemasangan di

lakukan.

Page 17: Laporan Pendawaian 3 Fasa (Report)

KESIMPULAN

Amali ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bahagian-bahagian utama di

dalam kerja pendawaian 3 fasa iaitu isolator, pemutus litar arus baki, pemutus litar jenis

kenit dan litar akhir.

Penggunaan warna yang berbeza pada setiap dawai adalah bagi memudahkan

seseorang wireman dapat membuat pendawaian dengan tepat dan cepat untuk

mengelakan sebarang kesilapan yang memungkinkan letupan ataupun kematian.

Alatan utama yang diperlukan untuk amali ini ialah pemutar skru kepala rata dan

Philips, pena ujian, kotak alatan, playar gabung, pemotong sisi, playar muncung panjang,

dan gerudi tanpa kord sebagai alat Bantu bagi mempercepatkan lagi kerja pendawaian

dapat dijalankan.

Kerosakan biasa yang berlaku pada komponen, contohnya pada pemutus litar arus

baki (RCCB) adalah disebabkan kesilapan penyambungan dawai-dawai pada bahan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/