pbs fasa 3 sjkc chung hwa

17
1.0 ERGONOMIK (TABIAT DAN GAYA BADAN) MURID Taha p Ergonomik (tabiat dan gaya badan) Ulasan 1 Duduk di kerusi Kaedah duduk yang betul Berdiri Kaedah berdiri yang betul. Mengangkat barang Mampu mengangkat barang dengan betul namun keadaan badan semasa berdiri masih menggunakan kaedah yang salah. 2 Duduk di kerusi Kaedah duduk yang betul Berdiri Kaedah berdiri yang betul. Mengangkat barang Mampu mengangkat barang dan berdiri semula denga kaedah yang betul * Rujuk gambar/ video di dalam disc. 2.0 SEMASA AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 2.1 BENTUK AKTIVITI PEMANASAN DAN MENYEJUKKAN BADAN YANG DIAMALKAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI 2.2 TEKNIK LARIAN MURID DENGAN KAEDAH BETUL Tahap Perkara Catatan 1 Pelajar yang Tiada

Upload: jesse-owens

Post on 13-Dec-2015

261 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hi

TRANSCRIPT

1.0 ERGONOMIK (TABIAT DAN GAYA BADAN) MURIDTahapErgonomik (tabiat dan gaya badan)Ulasan

1Duduk di kerusiKaedah duduk yang betul

Berdiri Kaedah berdiri yang betul.

Mengangkat barangMampu mengangkat barang dengan betul namun keadaan badan semasa berdiri masih menggunakan kaedah yang salah.

2Duduk di kerusiKaedah duduk yang betul

Berdiri Kaedah berdiri yang betul.

Mengangkat barangMampu mengangkat barang dan berdiri semula denga kaedah yang betul

* Rujuk gambar/ video di dalam disc.

2.0SEMASA AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI2.1BENTUK AKTIVITI PEMANASAN DAN MENYEJUKKAN BADAN YANG DIAMALKAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI2.2TEKNIK LARIAN MURID DENGAN KAEDAH BETULTahapPerkaraCatatan

1

Tahun 1-3Pelajar yang berjalan/ berlari secara flat-footedTiada

Hayunan tangan semasa larianKebanyakkan murid menggunakan kaedah hayunan yang salah semasa larian.

Teknik larian pecut dan larian joging (Memanaskan badan)Kebanyakkan murid menggunakan teknik larian pecut dan larian joging yang salah semasa memanaskan badan.

2

Tahun 4-6Pelajar yang berjalan/ berlari secara flat-footedTiada

Hayunan tangan semasa larianBetul

Teknik larian pecut dan larian joging (Memanaskan badan)Masih terdapat sebilangan murid menggunakan teknik yang salah talam larian pecut dan larian joging semasa memanaskan badan.

* Rujuk gambar/ video di dalam disc.(Tajuk video: teknik larian murid, teknik larian murid 2, aktiviti pemanasan badan, aktiviti pemanasan badan 2, aktiviti pemanasan badan 3, aktiviti menyejukkan badan)

2.3TEKNIK MANIPULASI ALATANTahap PerkaraCatatan

1Melambung bolaKebanyakkan murid dapat melambung bola

Menyambut bolaKebanyakkan murid tidak dapat menyambut bola

2Melambung bolaMurid dapat melambung dan menyambut bola

Menyambut bola

* Rujuk gambar/ video di dalam disc.(Tajuk video: teknik memanipulasi alatan, teknik memanipulasi alatan 2)

3.0PERALATAN DAN KEMUDAHAN YANG BERKAITANPerkaraAda/ TiadaCatatan

Dewan/ padang untuk aktiviti pendidikan JasmaniAda (dewan) Tidak ada padang sekolah

Kemudahan tempat letak alatan seperti beg, fail, buku di tempat aktiviti pendidikan JasmaniAda Tidak ada tempat khas untuk meletakkan alatan. Murid hanya meletakkan botol air di bahagian pentas manakala beg, fail dan buku diletakkan di dalam kelas.

Jenis kerusi dan meja murid Meja kayu Kerusi plastik

Bentuk susunan meja dan kerusi murid Bentuk susunan meja dan kerusi murid adalah secara berkumpulan.

Kuantiti dan kualiti peralatan untuk aktviti pendidikan Jasmani Lengkap.

* Rujuk gambar/ video di dalam disc.(Tajuk video: keadaan bilik darjah, keadaan bilik darjah 2)

4.0SEJAUH MANAKAH PENGAJARAN ANATOMI DAN FISIOLOGI DITERAPKAN PADA PELAJAR SEMASA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN.Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) merupakan mata pelajaran yang penting untuk kebaikan murid dari segi fizikal dan mental. Dalam pengajaran mata pelajaran PJK, pengajaran Anatomi dan Fisiologi (AF) juga telah diterapkan sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.

Sebelum aktiviti PJK bermula, guru telah menjalankan aktiviti pemanasan badan di mana ianya banyak berkaitan dengan tubuh badan manusia. Semasa pemanasan badan, guru akan menerangkan tujuan-tujuan setiap pergerakan dilakukan dan kebaikannya untuk tubuh badan. Contohnya semasa pemanasan badan, guru akan menjelaskan tujuan bagi memanaskan badan sebelum menjalankan aktiviti iaitu untuk merengangkan otot-otot badan supaya tidak berlaku kecederaan-kecederaan seperti kekejangan otot berlaku. Begitu juga semasa aktiviti menyejukkan badan, berlari, melompat dan lain-lain. Guru akan menerangkan setiap tujuan aktiviti dijalankan dan dari situlah pengajaran AF diterapkan.

Guru juga ada mengajar berkaitan dengan sistem rangka apabila dewan sekolah digunakan untuk aktiviti lain. PdP mata pelajaran PJK diajar secara teori di dalam kelas apabila dewan tidak dapat digunakan kerana terdapat aktiviti lain. Justeru, guru telah mengajar berkaitan dengan sistem rangka yang terdapat dalam badan manusia. Guru mengajar menggunakan bantuan gambar yang memaparkan tulang-tulang di dalam badan manusia. Dari situ, guru telah menerapkan pengajaran AF dalam mata pelajaran PJK dengan menerangkan sistem rangka dalam badan dan kesan serta akibat penyakit-penyakit tertentu terhadap tulang.

Selain itu, guru juga mengajar cara-cara untuk melakukan pergerakan dengan betul. Ini kerana teknik-teknik melakukan pergerakan yang betul penting bagi seseorang individu supaya mereka mampu menjalankan aktiviti dengan lebih lancar. Semasa mata pelajaran PJK berlangsung, guru akan memantau murid-muridnya melakukan aktiviti contohnya seperti melompat dan mendarat. Terdapat sebilangan murid yang mendarat dengan teknik yang salah seperti tidak mendarat dengan kedua-dua kaki. Sekiranya teknik mendarat salah tidak diperbetulkan, murid akan menghadapi risiko seperti terjatuh dan boleh menyebabkan kecederaan. Justeru, guru akan membetulkan teknik mendarat dengan menunjukkan cara mendarat dengan kedua belah kaki. Selain daripada melompat dan mendarat, guru juga menunjukkan teknik larian yang betul seperti pergerakan tangan semasa berlari untuk melawan arus angin supaya larian lebih lancar. Guru sebenarnya telah menerapkan pengajaran AF dalam mata pelajaran PJK dengan menunjukkan teknik melakukan pergerakan yang betul.

Kesimpulannya, guru PJK di SJK (C) Chung Hwa sememangnya banyak menerapkan pengajaran AF dalam mata pelajaran PJK. Penerapan seperti ini banyak membantu murid bukan sahaja dari segi pengetahuan malahan dari segi kesihatan fizikal dan mental.

Rujuk gambar/ video dalam disc.

5.0SETAKAT MANAKAH PIHAK SEKOLAH MEMENTINGKAN GAYA HIDUP SIHAT KEPADA PELAJARNYA MELALUI AKTIVITI SENAMAN, RANCANGAN DIET, PEMAKANAN SEIMBANG, RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROGRAM KEBERSIHANSekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Kota Belud, Sabah telah menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah. Penerapan gaya hidup sihat adalah melalui beberapa aktiviti seperti aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan seimbang, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kebersihan.Pihak sekolah mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan dengan melaksanakan Program Kantin Sihat di sekolah. Di kantin, pihak sekolah ada menyediakan satu papan kenyatan berkaitan dengan kadar kalori bagi makanan yang dijual seperti nasi (kosong) 130 kalori. Apabila papan kenyataan seperti itu dipamerkan, maka murid akan mempelajari untuk mengira kadar kalori bagi makanan yang mereka makan dan belajar untuk mengawal pemakanan mengikut keperluan. Selain itu, piramid makanan juga diletakkan di kawasan kantin sekolah. Piramid makanan ini menunjukkan jumlah makanan seimbang yang perlu diambil untuk menjamin tubuh badan sihat. Oleh itu, pihak sekolah sebenarnya amat mementingkan kesihatan tubuh badan murid dengan menyediakan pengetahuan-pengetahuan berkaitan dengan pemakanan di kawasan sekolah.

Papan kenyataan Program Kantin Sihat

Piramid makanan

Selain itu, pihak sekolah juga telah menguatkuasakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) seperti yang disarankan oleh pihak Kerajaan. Pihak sekolah telah mempamerkan senarai nama murid yang layak mendapat RMT di kantin. Dengan itu, pihak kantin akan senang mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan RMT. Pihak sekolah juga telah menyediakan menu harian RMT di kantin untuk rujukan pihak kantin dan juga murid. Menu yang disediakan adalah mengikut kadar pemakanan yang diperlukan oleh murid setiap hari supaya mereka bertenaga untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Justeru, pihak sekolah amat mementingkan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dengan menitikberat pemakanan melalui RMT.

Sukatan makanan dan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Senarai nama murid yang layak mendapat RMTPihak sekolah juga mengamalkan kepentingan kebersihan di sekolah dengan menjalankan program Sekolah Tanpa Sampah. Program Sekolah Tanpa Sampah (Litter Free School) telah dilaksanakan di SJK (C) Chung Hwa. Slogan Kalau Nampak Sampah, Kutip Sendiri amat bersesuaian untuk melatih murid supaya tidak membuang sampah merata tempat dan memungut sampah untuk memastikan kawasan sekolah bersih. Selain itu, pihak sekolah juga menyediakan tong sampah di setiap sudut sekolah dan juga menyediakan tong sampah kitar semula di kawasan sekolah. Penyediaan tong sampah di kawasan sekolah akan memudahkan murid-murid untuk membuang sampah. Di samping itu, papan tanda seperti Jangan Merokok, Jangan membuang sampah di merata tempat dan Sila pam selepas guna tandas juga disediakan. Pihak sekolah juga mementingkan kebersihan dengan mengambil pekerja-pekerja swasta untuk membersihkan kawasan sekolah. Amalan seperti ini penting kerana amalan gaya hidup sihat bukan sahaja dilihat dari segi pemakanan malahan juga dari segi kebersihan untuk mengelakkan jangkitan-jangkitan kuman.

Banner program Sekolah Tanpa Sampah

Bunting program Sekolah Tanpa Sampah yang diletakkan di kawasan sekolah.

Tong sampah biasa dan tong sampah kitar semula yang disediakan di sekolah.

Papan Jangan Merokok, Jangan Buang Sampah di Merata Tempat dan Sila Pam Selepas Guna Tandas.

Pekerja swasta yang membersihkan kawasan sekolah.* Rujuk gambar/ video di dalam disc.