refleksi big

Upload: gan-teck-wai

Post on 04-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi bina insan guru

TRANSCRIPT

REFLEKSI BIG: SEMINAR ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL

Pada 24 Oktober 2014, saya telah terlibat dengan Program Bina Insan Guru(BIG) iaitu Seminar Etiket Sosial dan Protokol. Seminar ini diadakan di Dewan dan Kafeteria IPGK Gaya. Seminar ini bertujuan untuk melatih para guru pelatih dalam soal etika samaada cara berpakaian mahupun tatatertib semasa makan. Selain itu, seminar ini juga mendedahkan kepada guru pelatih mengenai adab semasa duduk, makanan yang sesuai dihidangkan semasa makan seperti pencuci mulut dan sebagainya. Seminar ini telah memberikan saya impak positif yang besar dalam diri sayasebagai seorang bakal guru dalam etika sosial dan protokol yang merangkumi banyak aspek, contohnya tatacara semasa makan. Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang bagaimana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Selain itu,saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol. Misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya. Malahan, saya dapati bahawa, tempat seminar yang disediakan juga begituselesa dan kondusif, serta layanan para pekerja di hotel tersebut juga amat baik dan peramah. Cara pengambilan makan iaitu dalam meja bulat juga amat sesuai kerana ianya akan menjimatkan masa dan saya tidak perlu berebut untuk mengambil makanan.Tambahan pula, seminar etiket sosial dan protokol yang disampaikan oleh En. Ladius amat menarik dan memberi kesan kepada saya untuk saya mengubah etika saya kepada yang lebih baik. Isi yang disampaikan juga amat baik dan jelas.Apabila adanya kekuatan sudah pasti ada juga kelemahan. Selepas belajar tata cara makan yang betul, maka saya berasa agak malau keraa, pada masa itu baru saya sedar, yang sebelum ni , saya telah melakukan banyak kesalahan, dan kesalahan-kesalahan ini mungkin akan memburukan nama baik saya sendiri dan yang lebih serius ia mungkin juga akan menjatuhkan maruah warga pendidik. Maka saya telahpun abil keputusana akan mencari lebih banyak maklumat di laman web dan mengkaji tata cara makana dengan lebih teliti lagi.