refleksi big

Upload: subasini

Post on 03-Mar-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

NAMA : SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY

KELAS : MATEMATIK 2

ANGKA GILIRAN : 2013272340056

LAPORAN REFLEKTIF

Program Bina Insan guru pada kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah menganjurkan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntuhkkan iaitu sepuluh jam ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan terbaharu. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya - budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kelak. Melalui perbincangan dengan setiap pelajar guru kelas matematik 2 serta persetujuan daripada pensyarah, kami telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Paya Besar di kulim kedah untuk dibuat Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking. BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 21 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Pengajian Matematik Ambilan Jun 2013. Lawatan ini juga telah diiringi oleh seorang pensyarah yang bernama En. Puspagaran. Lawatan ini diadakan pada hari Rabu, 30 september 2015. SJKT Jalan Paya Besar merupakan sebuah sekolah baharu yang dibina pada tahun 2007. Untuk makluman, sekolah ini merupakan sekolah tamil yang ke-524 yang baharu sahaja dibuka. 80 peratus murid di sekolah ini terdiri daripada murid lemah, 20 peratus muridnya boleh membaca, menulis dan mengira. Lawatan penanda aras ini mendedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Dalam Lawatan ini saya mendapati beberapa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.Kekuatan

Kekuatan yang kami dapat daripada lawatan ini adalah kerjasama / perpaduan. Tanpa kerjasama dan perpaduan, tentu sekali lawatan ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan. Walaupun banyak kerja yang perlu disiapkan pada saat - saat akhir, tetapi saya dan rakan-rakan saya tidak mengeluh untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Dengan ini, saya telah mempelajari bahawa kerjasama antara satu sama lain adalah sangat penting untuk menjayakan sesuatu lawatan. Ini merupakan kekuatan utama yang dikenal pasti daripada penganjuran lawatan ini. Seterusnya, dengan ini kami telah memahami bahawa penubuhan sebuah jawatankuasa yang sistematik adalah penting untuk menjayakan sesuatu lawatan. Tanpa kerjasama, sesuatu program yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Semua orang melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Tiada sesiapa pun yang mementingkan diri sendiri, ini adalah kerana walaupun tugasnya telah selesai, mereka sanggup membantu pihak lain yang memerlukan bantuan. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pensyarah En. PuspagaranKelemahan

Walaupun tidak terdapat banyak kelemahan, tetapi saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan semasa menganjurkan lawatan ini. Masa itu emas merupakan pepatah melayu yang kita semua perlu patuhi. Oleh kerana, penyediaan makanan mengambil masa yang lama menyebabkan kami terpaksa bertolak lambat daripada IPG ke sekolah tersebut iaitu pada pukul 6.45 pagi. Peluang

Seterusnya, saya mendapat banyak peluang semasa melibatkan diri dalam Lawatan tersebut. Peluang yang pertama, saya dapat belajar prosedur-prosedur sebelum menjalankan sesuatu Lawatan. Saya berpeluang untuk menjadi AJK Cenderamata. Di samping itu, saya juga dapat peluang melihat gambar bilik darjah abad ke 2020. Saya dapat mengetahui cara mengendalikan bilik darjah yang efektif. Dengan ini saya juga dapat mengetahui kepentingan infrastruktur di sekolah dan juga pengendalianya dengan lebih efisien. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan guru besar dan guruguru di sekolah tersebut. Ancaman

Ancaman yang kami hadapi semasa menjalankan lawatan ini ialah, cermin bus pecah disebabkan terkena batang pokok. Secara tuntasnya, melibatkan diri dalam Lawatan penanda aras tersebut memberi banyak faedah kepada saya. Ia juga menjadi satu teladan kepada saya untuk saya dapat mengurus bilik darjah serta sekolah dengan lebih efektif dan terancang.