refleksi big

4
REFLEKSI Saya dan rakan-rakan telah berjaya menyelesaikan program BIG Fasa 4 di Kuala Muda, Kedah. Tempoh program ini adalah selama tiga hari dan berlangsung pada tarikh 11/09/14 hingga 13/09/14. Pada hari pertama, kami semua telah berkumpul di garaj sejak pagi dan bertolak dari IPG ke destinasi dengan menaiki bus. Setelah sampai ke destinasi iaitu SK Kuala Muda, kami telah menerima taklimat daripada kem komander. Selepas itu, saya dan rakan-rakan bekerjasama mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Dalam proses mendiri khemah, saya tidak mengalami sebarang masalah kerana sudah mempunyai pengalaman dan juga mendapat kerjasama yang baik dari rakan-rakan. Aktiviti yang dijalankan seterusnya ialah slot motivasi bersama murid dan aktiviti LDK. Saya telah diaturkan sebagai fasilitator dalam aktiviti ini. Saya dan satu rakan lagi bertanggungjawab mengetuai salah satu kumpulan murid. Semasa aktiviti dijalankan, saya telah menghadapi sedikit masalah iaitu murid-murid kumpulan saya terlalu aktif dan berlari terus untuk mencari jalan penyelesaian tanpa mendengar arahan saya. Walaupun begitu, masalah ini dapat diselesaikan setelah saya dan rakan- rakan melarang perbuatan mereka. Sebagai fasilitator, saya juga ada melaksanakan kewajipan saya dengan merangsangkan murid-murid supaya mereka boleh berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Pada sebelah malam, majlis penyerahan kepada keluarga angkat diadakan dan tibalah masa saya

Upload: chai-yun-tiow

Post on 22-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Refleksi Big

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big

REFLEKSI

Saya dan rakan-rakan telah berjaya menyelesaikan program BIG Fasa 4 di

Kuala Muda, Kedah. Tempoh program ini adalah selama tiga hari dan berlangsung

pada tarikh 11/09/14 hingga 13/09/14.

Pada hari pertama, kami semua telah berkumpul di garaj sejak pagi dan bertolak

dari IPG ke destinasi dengan menaiki bus. Setelah sampai ke destinasi iaitu SK Kuala

Muda, kami telah menerima taklimat daripada kem komander. Selepas itu, saya dan

rakan-rakan bekerjasama mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Dalam proses

mendiri khemah, saya tidak mengalami sebarang masalah kerana sudah mempunyai

pengalaman dan juga mendapat kerjasama yang baik dari rakan-rakan.

Aktiviti yang dijalankan seterusnya ialah slot motivasi bersama murid dan aktiviti

LDK. Saya telah diaturkan sebagai fasilitator dalam aktiviti ini. Saya dan satu rakan lagi

bertanggungjawab mengetuai salah satu kumpulan murid. Semasa aktiviti dijalankan,

saya telah menghadapi sedikit masalah iaitu murid-murid kumpulan saya terlalu aktif

dan berlari terus untuk mencari jalan penyelesaian tanpa mendengar arahan saya.

Walaupun begitu, masalah ini dapat diselesaikan setelah saya dan rakan-rakan

melarang perbuatan mereka. Sebagai fasilitator, saya juga ada melaksanakan

kewajipan saya dengan merangsangkan murid-murid supaya mereka boleh berfikir

secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Pada sebelah

malam, majlis penyerahan kepada keluarga angkat diadakan dan tibalah masa saya

dan rakan-rakan berkenalan dengan keluarga angkat kami. Kami telah

memperkenalkan diri kepada keluarga angkat dan berkenalan bersama-sama.

Pada hari kedua, aktiviti program anak angkat dijalankan pada waktu pagi. Saya

dan rakan-rakan bersama-sama berjalan kaki ke rumah keluarga angkat. Kami telah

disambut oleh keluarga angkat dengan gembira. Seterusnya, kami dengan keluarga

angkat bersama-sama sambil makan sarapan dan sambil bersembang untuk

merapatkan lagi hubungan kami. Kemudian, ibu angkat bercadang membawa kami

semua pergi ke Pantai Merdeka untuk bersiar-bersiar. Namun, hujan lebat pada masa

itu dan aktiviti ini terpaksa dibatalkan. Oleh itu, kami tinggalkan di rumah dan belajar

Page 2: Refleksi Big

cara mengendalikan mesin menjahit dari ibu angkat. Saya berasa kagum dengan ibu

angkat saya kerana ibu angkat merupakan seorang tukang jahit yang sangat

berpengalaman. Saya juga mempunyai peluang diajar oleh ibu angkat untuk menyulam

nama sendiri dengan menggunakan mesin jahit di atas kain. Namun, pada

permulaannya, saya asyik tidak dapat mengendalikan mesin jahit itu dengan baik dan

menyebabkan benang dijahit salah. Selain itu, benang mesin jahit yang nipis itu juga

asyik putus semasa saya menggunakan mesin jahit. Nasib baiknya, dengan beberapa

kali latihan dan tunjuk ajar oleh ibu angkat, akhirnya saya telah berjaya menyulam

nama sendiri dengan menggunakan mesin jahit. Pada sebelah petang, hujan lebat telah

behenti dan ibu angkat pun membawa kami pergi ke pantai Merdeka dengan kereta.

Saya dengan keluarga angkat telah mewujudkan kenangan manis di situ. Kira-kira pada

pukul 5.00 petang, kami pun berpisah dengan keluarga angkat dan balik ke SK Kuala

Muda selepas habis makan makanan malam.

Pada hari ketiga, aktiviti yang dijalankan ialah khidmat masyarakat. Pelajar yang

bukan agama Islam telah ditugaskan untuk bergotong-royong di dewan kecil. Dalam

proses pembersihan tingkap, saya telah mengalami masalah iaitu kain penggelap perlu

dicuci dengan kerap sebab terdapat banyak kotoran pada cermin tingkap. Nasib baik,

rakan-rakan saya ada membantu saya mencuci kain penggelap itu dan kerja

pembersihan lebih cepat diselesaikan.

Dalam program BIG ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan. Pertama,

saya mendapati perkara akan lebih mudah diselesaikan jika kita bekerjasama dalam

menjalankan aktiviti. Kedua, saya juga mendapati bahawa bukan senang untuk menjadi

seorang fasilitator kerana fasilitator perlu memastikan semua ahli mendengar dan

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Dalam aktiviti bersama murid, saya dapat

meningkatkan kemahiran berinteraksi saya dengan murid-murid. Ketiga, saya juga

dapat belajar cara berkomunikasi dengan keluarga angkat saya. Selain dapat belajar

sedikit kemahiran mengendalikan mesin jahit, yang penting sekali ialah saya dapat

belajar untuk bersikap sabar tidak kira semasa menjahit atau membuat sebarang

perkara.

Page 3: Refleksi Big

Selepas menyertai program BIG ini, saya juga mendapati terdapat beberapa

kekuatan dan kelemahan pada diri saya. Kekuatan ialah saya dapat menjalinkan

hubungan yang mesra dengan keluarga angkat dalam masa yang singkat. Di samping

itu, saya juga ada bekerjasama dengan rakan-rakan semasa menjalankan setiap

aktiviti. Kelemahannya ialah saya tidak menepati masa semasa pulang balik dari rumah

keluarga angkat. Saya berharap saya tidak akan mengulangi kesalahan lagi.

Kesimpulannya, program BIG ini membolehkan saya belajar banyak perkara dan

menimba pengalaman yang baru. Saya berharap saya terus boleh menambahkan ilmu

pengetahuan melalui program Bina Insan Guru yang seterusnya.