refleksi big

5
REFLEKSI KESULURUHAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor, kem komandan, pensyarah-pensyarah, AJK program Bina Insan Guru (BIG), serta rakan- rakan peserta program BIG semester pertama tahun 2014 kerana telah bekerja keras dan sama-sama menjayakan program pada kali ini. Program BIG merupakan satu program yang mewajibkan setiap pelajar yang mengikuti kursus PISMP untuk melaluinya. Pada pandangan saya program BIG ini merupakan satu program yang wajar dilaksanakan kepada setiap bakal guru kerana mereka akan memperoleh banyak ilmu di samping meningkatkan potensi untuk menjadi guru kelak. Pada semester satu ini, saya dan rakan-rakan telah mengikuti program BIG yang telah berlangsung pada 17 Februari hingga 20 Februari 2014 yang telah berlangsung di Kem PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu yang telah melibatkan pelajar PISMP ambilan Januari 2014 dan KDPM (KDC) ambilan November 2013. Seterusnya saya akan membuat refleksi kendiri untuk menunjukkan dapatan saya sepanjang terlibat dalam program BIG siri 1/2014. Pertama sekali, kekuatan saya sepanjang program ini adalah saya dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang program termasuklah memberi kerjasama pada ketua, ahli kumpulan, peserta lain malah kepada pensyarah. Sebenarnya nilai kerjasama merupakan nilai yang amat penting dan sangat ditekankan di dalam setiap aktiviti di dalam program. Nilai kerjasama saya dengan rakan-rakan yang lain telah dipertingkatkan dari semasa ke semasa sepanjang program ini. Sebagai seorang guru yang baik, saya perlulah menjadi seorang yang dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak. Ini akan memudahkan saya untuk melakukan tugas saya sebagai seorang guru yang berkaliber. Jadi saya akan sentiasa engamalkan nilai ini sehinggalah saya menjadi guru kelak.

Upload: ikhwan

Post on 11-Dec-2015

270 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

program bina insan guru

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi big

REFLEKSI KESULURUHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali saya mengucapkan jutaan

terima kasih kepada mentor, kem komandan, pensyarah-pensyarah, AJK program Bina

Insan Guru (BIG), serta rakan-rakan peserta program BIG semester pertama tahun 2014

kerana telah bekerja keras dan sama-sama menjayakan program pada kali ini. Program BIG

merupakan satu program yang mewajibkan setiap pelajar yang mengikuti kursus PISMP

untuk melaluinya. Pada pandangan saya program BIG ini merupakan satu program yang

wajar dilaksanakan kepada setiap bakal guru kerana mereka akan memperoleh banyak ilmu

di samping meningkatkan potensi untuk menjadi guru kelak. Pada semester satu ini, saya

dan rakan-rakan telah mengikuti program BIG yang telah berlangsung pada 17 Februari

hingga 20 Februari 2014 yang telah berlangsung di Kem PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu

Bharu yang telah melibatkan pelajar PISMP ambilan Januari 2014 dan KDPM (KDC)

ambilan November 2013. Seterusnya saya akan membuat refleksi kendiri untuk

menunjukkan dapatan saya sepanjang terlibat dalam program BIG siri 1/2014.

Pertama sekali, kekuatan saya sepanjang program ini adalah saya dapat memberi

kerjasama yang baik sepanjang program termasuklah memberi kerjasama pada ketua, ahli

kumpulan, peserta lain malah kepada pensyarah. Sebenarnya nilai kerjasama merupakan

nilai yang amat penting dan sangat ditekankan di dalam setiap aktiviti di dalam program.

Nilai kerjasama saya dengan rakan-rakan yang lain telah dipertingkatkan dari semasa ke

semasa sepanjang program ini. Sebagai seorang guru yang baik, saya perlulah menjadi

seorang yang dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak. Ini akan memudahkan saya untuk

melakukan tugas saya sebagai seorang guru yang berkaliber. Jadi saya akan sentiasa

engamalkan nilai ini sehinggalah saya menjadi guru kelak.

Selain itu, saya juga menjadi seorang yang lebih berani dan yakin selepas mengikuti

program ini. Jika sebelum ini saya merupakan seorang yang fobia kepada lombong, namun

selepas saya mengikut aktiviti air iaitu aktiviti “water confident” dan aktiviti kayak, saya telah

dapat membina keberanian saya untuk mengikuti aktiviti tersebut dengan jayanya. Saya

juga dapat memberi tindak balas yang positif walaupun saya menghadapi keadaan yang

berbeza. Ini adalah kerana ini merupakan kali pertama saya mengikuti aktiviti air seperti ini

namun saya tetap mampu memberi komitmen yang baik di dalam aktiviti ini. Aktiviti meredah

sungai yang dijalankan bersama dengan aktiviti “jungle trekking” juga membantu saya

dalam membina keyakinan dan keberanian.

Tambahan pula saya telah menerima banyak ilmu dan pengetahuan yang sangat

berguna sepanjang program tanpa mengira aktiviti. Setiap aktiviti yang dijalankan di dalam

program ini sememangnya menyedikan ilmu baharu kepada saya. Bermula daripada aktiviti

Page 2: refleksi big

pada hari pertama sehinggalah pada hari terakhir semuanya telah memberikan ilmu yang

sangat berguna kepada saya. Ilmu yang saya peroleh ini dapat saya gunakan sepanjang

menjadi guru kelak.

Selain itu, program BIG ini juga dapat meningkatkan ketahanan fizikal dan mental di

dalam diri saya. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang diadakan sentiasa menguji ketahanan

mental dan fizikal peserta. Jadi apabila kita dapat melakukan sesuatu aktiviti, kita akan

menguji ketahanan fizikal dan mental diri kita sendiri. Sebagai contoh aktiviti waterconfident

sememangnya menguji ketahanan mental kerana jika kita mempunyai kekuatan mental yang

kuat maka kita akan mudah berasa panik dan susah untuk diri kita mengapungkan diri di

dalam air. Aktiviti kayak dan “jungle trekking” juga telah menguji ketahanan fizikal yang kuat.

Sekiranya kita tidak mempunyai kesihatan dan ketahanan fizikal yang kuat maka susah

untuk kita mengharungi cabaran di dalam aktiviti tersebut.

Saya juga telah menjadi seorang yang bertanggungjawab di dalam program ini. Saya

telah dilantik untuk menjadi AJK kerohanian dan akan bertugas sepenuhnya mengenai

kerohanian peserta muslim. Saya telah melakukan amanah yang telah diberikan kepada

saya dengan penuh rasa tanggungjawab. Saya telah berjumpa Ustaz Muaaz untuk

berbincang mengenai kuliah Subuh dan Maghrib dan saya juga telah menyediakan jadual

imam dan bilal sepanjang program. Selain itu, saya juga bertanggungjawab kepada ahli

kumpulan saya. Sewaktu kami bertugas untuk memasak, saya juga telah menolong ahli

kumpulan saya. Walaupun saya kurang berkemahiran dalam memasak, namun kerana sifat

tanggungjawab saya kepada tugasan yang diberikan saya tetap membantu sedaya upaya

saya untuk menyiapkan makanan kepada para peserta. Jadi jelas, program BIG ini

sememangnya telah melatih saya agar lebih bersikap tanggungjawab kepada tugasan yang

diberikan.

Kelemahan saya sepanjang program ini adalah saya kurang menepati masa. Saya

selalu terlewat untuk mengikuti aktiviti dalam program ini. Daripada inilah saya belajar

bahawa masa sememangnya satu perkara yang amat penting dan perlulah digunakan

sebaiknya dalam kehidupan kita. Benarlah kata pepatah arab masa adalah pedang,

sekiranya kita tidak menggunakannya sebaiknya maka ia akan memotong kita. Jadi,

program ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk lebih menghormati masa dan

menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Selain itu, saya juga kurang peka kepada arahan ketua. Perkara ini sangat jelas

terutamanya di dalam aktiviti kayak. Apabila saya telah menaiki kayak, saya dengan segera

mendayung kayak tersebut ke tengah lombong tanpa menunggu arahan daripada fasilitator

yang bertugas. Perbuatan saya sebenarnya adalah salah dan boleh membahayakan diri

Page 3: refleksi big

saya sendiri sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Saya sepatutnya lebih peka

kepada arahan ketua.

Saya juga merupakan seorang yang kurang berkemahiran untuk melakukan aktiviti.

Ini mungkin disebabkan saya kurang menyertai program seperti ini sepanjang persekolahan

dahulu. Sesetengah aktiviti di dalam program ini sebenarnya memerlukan kepada

kemahiran-kemahiran asas seperti berenang, mendaki bukit dan sebagainya. Walaupun

begitu saya tetap mampu dan berjaya untuk melakukan setiap aktiviti dengan jayanya tanpa

mengalami sebarang kecederaan walaupun saya kurang berkemahiran untuk melakukan

aktiviti.

Penambahbaikan yang perlu ada di dalam diri saya dalah saya perlu meningkatkan

disiplin di dalam diri saya sepanjang masa. Disiplin ini merupakan seuatu yang sangat

penting dan sememangnya perlu diamalkan supaya saya dapat menjadi seorang guru yang

baik dan berkualiti. Seseorang yang berdisiplin bukan sahaja seorang yang patuh kepada

masa namun sebenarnya perlulah mengikut setiap peraturan arahan yang diberi.

Selain itu, penambahbaikan yang perlu ada pada diri saya juga adalah saya perlu

menguasai kepimpinan unggul supaya saya mampu menjadi seorang guru yang berkaliber.

Jika di dalam program ini saya hanya bertanggungjawab sebagai AJK kerohanian namun

selepas ini saya perlulah mengambil peluang untuk menjadi pengerusi agar saya mampu

untuk menguasai kepimpinan yang terbilang. Saya juga perlu mengikuti kursus kepimpinan

yang dijalankan dalam usaha untuk mencapat matlamat ini.

Saya juga perlu membina kemahiran berfikir aras tinggi seperti mana yang diuar-

uarkan oleh kementerian pendidikan pada masa ini. Saya sebagai bakal guru seharusnya

menyahut cabaran ini agar saya mampu bersaing dengan guru-guru lain untuk menjadi

seorang guru yang berkualiti. Dengan membina kemahiran berfikir aras tinggi di dalam diri

saya ini, saya akan mampu menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat

keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif

untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

Sebagai kesimpulan, saya menyedari bahawa di dalam sesuatu program sudah

semestinya saya mempunyai kekutan dan kelemahan tersendiri namun sebagai seorang

yang professional, saya perlulah menggunakan kelebihan saya sebaiknya dan

menggunakan kelemahan sebagai satu platform untuk berubah ke arah lebih baik. Saya

juga perlulah melakukan penambaikan di dalam diri sepanjang masa agar sentiasa menjadi

lebih baik dari yang semalam. Kesimpulannya program BIG ini telah mengajar banyak

perkara baharu kepada saya dan telah memantapkan skil sedia ada di dalam diri saya.