refleksi big

2
REFLEKSI Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna. Selepas mengikuti program BIG Fasa 4 (Sayangi Kawasan Sekolah Anda) ianya telah mendedahkan dan mengajar saya tentang pengurusan masa yang tepat, kerjasama semua rakan, kekentalan semangat juang yang tinggi dan tabah menempuhi semua halangan dan rintangan. Program ini juga telah membentuk unsur-unsur kepimpinan, peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dan pengurusan aktiviti yang sistematik. Segala cabaran dalam aktiviti ini telah dihadapi dengan dengan semangat juang yang tinggi. Program BIG ini juga telah menginsafkan dan mengingatkan saya tentang erti kasih sayang yang lebih meluas. Kasih sayang dapat ditunjukkan dalam pelbagai cara dan keadaan. Tambahan lagi, program ini ingin memupuk semangat dan rasa cinta akan kawasan persekolahan yang menjadi tempat kerja saya dan juga tempat menimba ilmu bagi murid-murid yang mengikuti program ini.

Upload: hasma-rosli

Post on 02-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

refleksi big

TRANSCRIPT

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai model bina insan yang bermakna.

Selepas mengikuti program BIG Fasa 4 (Sayangi Kawasan Sekolah Anda) ianya telah mendedahkan dan mengajar saya tentang pengurusan masa yang tepat, kerjasama semua rakan, kekentalan semangat juang yang tinggi dan tabah menempuhi semua halangan dan rintangan. Program ini juga telah membentuk unsur-unsur kepimpinan, peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi dan pengurusan aktiviti yang sistematik. Segala cabaran dalam aktiviti ini telah dihadapi dengan dengan semangat juang yang tinggi.

Program BIG ini juga telah menginsafkan dan mengingatkan saya tentang erti kasih sayang yang lebih meluas. Kasih sayang dapat ditunjukkan dalam pelbagai cara dan keadaan. Tambahan lagi, program ini ingin memupuk semangat dan rasa cinta akan kawasan persekolahan yang menjadi tempat kerja saya dan juga tempat menimba ilmu bagi murid-murid yang mengikuti program ini.

Program BIG ini juga memberi peluang kepada murid-murid yang menjadi peserta untuk memperbaiki nilai, harga diri dan melihat bahawa semua komuniti sekolah adalah bertanggungjawab untuk memastikan kawasan sekolah berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan harmoni untuk kebaikan kesemua warganya. Selain itu, program ini juga dapat membentuk sikap kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dan semangat setiakawan antara rakan-rakan guru PPG BIG dalam menganjurkan sesuatu program secara bersama bagi kepentingan sekolah.. Ianya juga telah menjadi satu titik permulaan dalam membentuk dan membina sifat kerjasama yang erat sesama murid-murid. Akhirnya sekali, program BIG ini merupakan satu program yang meninggalkan kenangan yang bermakna dan satu pengalaman baharu kepada semua murid-murid. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar SK Sg Durin serta warga sekolahnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah banyak membantu dalam menjayakan Program Bina Insan Guru PPG tahun 2014.