refleksi big

3

Click here to load reader

Upload: anwar-nor

Post on 29-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Refleksi kembaraNama:Mohamad Hafizuddin Bin HassanKad pengenalan:920805-01-5763

Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya bersama rakan seperjuangan menyelesaikan dan menamatkan program kembara bagi tugasan persatuan WAJ3131. Segala persiapan sepanjang program ini dijalankan adalah hasil usaha kami bersama dalam merealisasikan kelancaran program ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Program ini telah dibimbing oleh En. Mohd Razali Bin Hashim dan hasil usaha sama bersama kelas TESL dan Pengajian Agama 2. Kami telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama sebelum program ini dijalankan. Hal ini bagi memastikan bahawa kami semua telah bersedia daripada aspek jasmani dan rohani serta kelengkapan yang cukup.Kami juga telah membahagikan bidang tugas bagi melibatkan semua peserta agar semua mampu memainkan peranan masing-masing bagi memenuhi segala rancangan yang telah disepakati. Pelbagai cabaran yang telah kami hadapi. Umpama pepatah ada menyatakan, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Secara luarannya semua Nampak cantik tetapi kami mempunyai konflik yang amat hebat tetapi kami cuba mengatasinya secara professional.Terdapat segelintir pihak yang bercanggah pendapat dan kekurangan tenaga kerja dan sebagainya. Segala masalah ini sebenarnya telah mematangkan kami semua bahawa segala perbincangan hendaklah disepakati bagi mengelakkan keputusan diluar bilik mesyuarat serta sikap saling memahami dan bekerjasama. Jika nilai ini diterapkan, insyaallah segala apa yang ingin kita lakukan akan Berjaya.Perjalanan kembara ini telah dipersetujui untuk ke tanjung Tohor,Muar. Pada pukul 8.30 pagi, kami bergerak dari IPG Kampus Tun Hussein Onn selepas mendengar taklimat daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Razali serta pensyarah yang lain. Kami telah menaiki bas ting-tong dari perhentian IPTHO ke stesen bas Batu Pahat. Kemudian, kami diberikan masa selama setengah jam untuk bersarapan sebelum mengambil bas untuk bergerak ke destinasi berikutnya dan sudah semestinya kami memilih gerai ABC Pah Oh untuk dijadikan tempat untuk kami bersarapan. Hakikatnya , sepanjang program ini berlangsung saya telah mendapat pelbagai pengalaman yang berguna. Program ini telah memberi suatu pengalaman yang baru kepada saya antaranya ialah kepentingan air dan elektrik dalam kehidupan seharian kita.kami telah belajar hidup besederhana dan boleh dianggap susah bagi kami kerana kami merupakan generasi yang dilahirkan pada zaman teknologi. Jadi wajarlah ianya menjadi cabaran bagi kami tetapi kami cuba mengatasinya dengan positif. Sesungguhnya kelak akmi pasti akan merasai kesusahan dan kegelapan ini sama ada pada masa akan datang ataupun semasa di alam kubur dan dunia setrusnya. Kami meminimakan penggunaan air semasa berada di sana kerana bimbang bekalan air tidak mencukupi. Saya juga dapat memahami perasaan orang yang tidak bernasib baik seperti di negara Somalia yang ketandusan bekalan air dan elektrik.Pengalaman kembara ke Tanjung Tohor ini juga memberikan kami peluang untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Kami telah merancang dan menjalankan aktiviti berkumpulan seperti permainan bola tampar dan permainan dadu. Kami berpeluang bermain bersama-sama dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin.Kesimpulannya, aktiviti kembara ini bukan sahaja menarik tetapi juga banyak membantu saya dalam menambah ilmu pengetahuan sedia ada serta mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti kembara ini. Secara tidak langsung, beberapa nilai murni dapat diserapkan dalam diri kami sebagai guru pelatih dapat dikukuhkan lagi sekali gus dapat melatih untuk membentuk guru yang berdedikasi serta berintegriti tinggi.