refleksi big

3
Refleksi Saya telah berjaya melalui Bina Insan Guru (BIG) sesi pertama bagi tahun 2011 dimana BIG kali ini telah dilaksanakan di Teluk Gorek, Mersing. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan pada masa hadapan. BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel, berkeyakinan tinggi dan bersedia mengharungi cabaran hidup. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak, water confident , sesi menyelamat dalam air, jungle trecking iaitu mendaki Gunung Arong, masakan rimba, latihan dalam kumpulan(LDK), ceramah pertolongan cemas, dan malam persembahan kebudayaan. Pada mata kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti. BIG ini telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika aktiviti jungle trecking , saya terpaksa

Upload: elena-lee

Post on 30-Jun-2015

233 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG

Refleksi

Saya telah berjaya melalui Bina Insan Guru (BIG) sesi pertama bagi tahun

2011 dimana BIG kali ini telah dilaksanakan di Teluk Gorek, Mersing. BIG yang

mengambil masa selama 4 hari 3 malam ini benar-benar telah memberi banyak

input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan

seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan pada masa

hadapan.

BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu

pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini

tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat

bertuah kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai

keupayaan diri saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang

proaktif, fleksibel, berkeyakinan tinggi dan bersedia mengharungi cabaran hidup.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak,

“water confident”, sesi menyelamat dalam air, “jungle trecking” iaitu mendaki

Gunung Arong, masakan rimba, latihan dalam kumpulan(LDK), ceramah

pertolongan cemas, dan malam persembahan kebudayaan. Pada mata kasar,

boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti untuk

berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif

tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.

BIG ini telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin

kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika

aktiviti “jungle trecking”, saya terpaksa mendaki Gunung Arong yang

Page 2: Refleksi BIG

ketinggiannya mencecah 880 meter. Walaupun saya tidak pandai mendaki dan

takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga

semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya akhirnya berjaya melakukannya

juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk melakukan sesuatu kerana bagi

sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara yang mungkin sukar dilakukan

pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar

dari orang lain. 

Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam diri seorang

guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya telah dilatih untuk menjadi

seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam menghadapi sesuatu perkara.

Ketika melakukan persiapan bagi persembahan malam kebudayaan, kami

semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran yang meriah dan bertepatan

dengan malam persembahan. Masa yang singkat yang diberikan untuk

melakukan persiapan itu menyebabkan kami semua lebih kreatif memberi idea

bernas dan fleksibel dengan suasana pantai tanpa kemudahan-kemudahan yang

ada seperti di institut. 

Antara kelemahan yang terdapat pada program BIG pada kali ini adalah

jadual waktu pelaksanaan aktiviti yang tidak teratur. Masalah ini telah

menyebabkan kami sentiasa berasa keliru dengan aktiviti yang akan dijalankan

dan tidak dapat bersedia dengan lebih awal. Selain itu, kami juga mendapat

arahan yang berbeza-beza daripada para pensyarah dan jurulatih pada masa

yang sama tentang aktiviti yang bakal dijialankan. Hal ini telah menyebabkan

kami bingung dan tidak tahu mana arahan yang perlu diikuti.

Page 3: Refleksi BIG

Saya berharap program BIG pada masa hadapan dapat diberi

penambahbaikan dengan mengedarkan tentatif aktiviti kepada para peserta agar

panggunaan masa untuk aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dan

para pensyarah serta jurulatih dapat berbincang untuk mencapai persefahaman

sebelum memberi sebarang arahan kepada para peserta. Akhir sekali, saya ingin

mengucapkan terima kasih dan taniah kepada Jawatankuasa yang telah

menjayakan Program BIG ini. Saya sangat bersyukur kerana telah melalui

program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental

dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi

membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. 

Lee Hui Jia