refleksi betul

Upload: nor-hayati

Post on 03-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Bersyukur kepada tuhan kerana segala tugasan ringkas WAJ 3112 Olahraga telah dapat saya siapkan. Tugasan ini memerlukan saya dan ahli kumpulan mengumpul maklumat dan menyediakan satu nota tentang sejarah olahraga yang di pilih, kertas kerja Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah dan laporan kejohanan. Guru-guru PPG diberi pendedahan dalam WAJ 3112 ( olahraga ) bertujuan membantu guru menguasai kemahiran-kemahiran asas dan mengenali beberapa acara yang biasa dilakukan dalam sekolah khususnya Hari Sukan. Antaranya lari pecut, lari berganti-ganti, lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh. Walaupun kejohanan ini selalu dijalankan di sekolah-sekolah tetapi tidak semua guru-guru mengetahui secara keseluruhannya.Berdasarkan konteks tugasan, saya perlu mengumpul beberapa jenis maklumat yang berkaitan sejarah olahraga dan cara melaksanakannya. Oleh itu, tugasan ini membawa banyak manfaat kepada saya untuk bersedia menjadi seorang guru yang mahir di sekolah pada masa hadapan. Selama saya menjadi seorang guru, tugas ini biasanya diberi kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta guru-guru lelaki sahaja. Tugasan ini memang berat, jika seseorang itu kurang berminat dengan sukan. Tetapi bagi orang yang berminat, ia tidak menjadi masalah.

Dalam menyediakan tugasan ini, saya dapat mempelajari dan mengenali kemahiran-kemahiran asas yang terdapat dalam beberapa acara seperti lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui acara-acara tersebut dari segi beberapa aspek utama. Misalnya, pakaian, padang, alatan yang diguna, sejarah acara dan sebagainya. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik-teknik yang digunakan untuk menjalani sesuatu aktiviti sukan. Umpamanya, terdapat beberapa jenis teknik boleh digunakan semasa menjalani aktiviti lompat tinggi seperti teknik gaya gunting, teknik western roll, teknik gaya pana dan sebagainya. Teknik-teknik yang diamalkan bergantung kesesuaian diri sendiri. Pengajaran oleh pensyarah yang melatih saya telah banyak membantu saya untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh saya semasa melatih kemahiran-kemahiran asas tersebut. Kandungan yang dimasukkan dalam nota-nota bukan sahaja dalam bentuk tulisan, tetapi juga bentuk gambar-gambar yang jelas. Maka, saya dapat meneliti fasa-fasa sesuatu acara berpandukan gambar. Tambahan pula, saya juga dapat mengesan kesilapan yang lakukan apabila melihat gaya yang terdapat dalam gambar tersebut. Justeru, saya dapat memahami proses menjalani sesuatu acara dan mempelajari gaya yang betul.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui format penulisan kertas kerja Kejohanan Olahraga Tahunan. Saya dapat mengetahui beberapa ahli jawatankuasa yang penting bagi program tersebut. Misalnya, jawatankuasa teknikal, jawatankuasa pertandingan, jawatankuasa kepegawaian, jawatankuasa siaraya dan sebagainya. Di samping itu, terdapat aspek-aspek yang lain juga perlu diperhatikan seperti susunan AJK yang teratur, pembahagian ahli-ahli Jawatankuasa, penentuan tarikh dan objektifnya yang ingin dicapai. Maka, saya dapat belajar menulis satu kertas kerja yang bersistematik dengan mahir. Di samping itu, saya juga memperolehi pengalaman yang berharga dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan. Anjuran ini penting sebagai kemahiran dan pengalaman untuk menjalani pertandingan sukan di sekolah-sekolah pada masa hadapan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan telah dihadapi oleh saya untuk melaksanakan tugasan ini. Kelemahan tersebut seperti penggunaan masa untuk menghasilkan tugasan ini adalah terhad. Hal ini disebabkan kesibukan tugasan-tugasan lain serta penglibatan aktiviti yang banyak. Kelemahan yang seterusnya adalah bilangan sumber rujukan yang terhad. Walaupun, pelbagai maklumat telah dikumpul dan diperoleh, tetapi kebanyakannya berasal daripada laman web. Justeru, saya berusaha mencari sumber buku yang berkaitan di pusat sumber ataupun artikel-artikel yang sesuai dimasukkan dalam nota-nota yang hendak dihasilkan. Di samping itu, masalah penapisan dan pemilihan maklumat juga dihadapi oleh saya. Hal ini disebabkan maklumat yang diperolehi dalam jumlah yang banyak, maka, saya sukar menapiskannya dalam jangka masa yang pendek kerana skopnya agak luas. Seterusnya, skop tugasan yang luas terutamanya penjelasan acara-acara olahraga seperti lompat tinggi telah menyukarkan saya. Hal ini disebabkan maklumat bagi setiap acara meliputi beberapa aspek seperti padang, alatan, pakaian, peraturan, teknik bermain, fasa-fasa acara dan sebagainya. Maka, proses penapisan maklumat adalah sukar dan mengelakkan isi-isi penting tidak berulang-ulang. Oleh itu, saya berbincang dengan ahli kumpulan dan seterusnya membahagikan tugasan kepada beberapa bahagian bagi mempercepatkan pelaksanaan tugasan serta mengurangkan bebanan masing-masing.

Akhir sekali, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas dalam olahraga ini. Tugasan ini juga, telah memberi peluang kepada saya untuk menguasai teknik-teknik yang betul serta mengetahui fasa-fasa bagi setiap acara. Di samping itu, semangat kesukanan juga dapat dirasai dengan menyediakan program Kejohanan Olahraga Tahunan dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, hubungan antara ahli-ahli kumpulan juga dapat dieratkan lagi bagi mempertingkatkan kualiti tugasan yang dilaksanakan. Akhirnya, hasil tugasan ini dapat disimpan dan digunakan sebagai bahan nota yang berkualiti kepada saya.NAMA

: NORHAYATTI BT MOHD JOHOR

I/C

: 740712-08-5676