refleksi arizna elmina arzi binti arbi ppismp psv ambilan jun2015

6
REFLEKSI INDIVIDU NAMA : ARIZNA ELMINA ARZI BINTI ARBI OPSYEN : PPISMP PSV AMBILAN JUN 2015 Pada 2 hingga 6hb Mac 2016 yang lepas, kelas PISMP PSV & PPISMP PSV telah mengadakan lawatan dan lawatan itu telah diberi nama Kembara Seni Digital KL 2016 di Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai seramai 34 orang pelajar dan 3 orang pensyarah iaitu Encik Amjah bin Yunus yang merupakan Ketua Jabatan Seni Visual dan Muzik , Encik Ahmad bin Yasin yang merupakan pensyarah bagi matapelajaran PSV1064 bagi pelajar PPISMP PSV dan Encik Albert yang merupakan pensyarah yang mengajar pelajar PISMP PSV. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bersempena dengan kursus yang telah diambil tahun ini iaitu Pengenalan Asas Seni Digital dan Seni 3 Dimensi iaitu berkaitan dengan bidang penggambaran dan cara pembuatan komik. Pada 2 Mac 2016, saya bersama pelajar dan pensyarah- pensyarah telah bertolak dari IPG Kampus Keningau pada jam 6.00 pagi menuju ke Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dengan menaiki bas IPG Kampus Keningau. Dalam jam 0430 petang kamu telah bertolak ke tempat penginapan dengan menaiki bas IPG Kampus Raja Melewar dan menetap di Seremban. Masa yang diambil untuk sampai ke tempat penginapan adalah 1 jam 30 minit. Pada 3 Mac 2016, lawatan pertama bermula di Gempak Starz Sdn. Bhd. Pelbagai pengetahuan baharu yang saya peroleh ketika berada di sini. Antaranya dapat melihat cara pembuatan komik

Upload: annabee

Post on 14-Jul-2016

42 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

REFLEKSI ARIZNA ELMINA ARZI BINTI ARBI

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Arizna Elmina Arzi Binti Arbi Ppismp Psv Ambilan Jun2015

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : ARIZNA ELMINA ARZI BINTI ARBI

OPSYEN : PPISMP PSV AMBILAN JUN 2015

Pada 2 hingga 6hb Mac 2016 yang lepas, kelas PISMP PSV & PPISMP PSV

telah mengadakan lawatan dan lawatan itu telah diberi nama Kembara Seni Digital KL

2016 di Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai seramai 34 orang pelajar dan 3 orang

pensyarah iaitu Encik Amjah bin Yunus yang merupakan Ketua Jabatan Seni Visual

dan Muzik , Encik Ahmad bin Yasin yang merupakan pensyarah bagi matapelajaran

PSV1064 bagi pelajar PPISMP PSV dan Encik Albert yang merupakan pensyarah yang

mengajar pelajar PISMP PSV. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi

pendedahan kepada pelajar bersempena dengan kursus yang telah diambil tahun ini

iaitu Pengenalan Asas Seni Digital dan Seni 3 Dimensi iaitu berkaitan dengan bidang

penggambaran dan cara pembuatan komik.

Pada 2 Mac 2016, saya bersama pelajar dan pensyarah-pensyarah telah

bertolak dari IPG Kampus Keningau pada jam 6.00 pagi menuju ke Lapangan

Antarabangsa Kota Kinabalu dengan menaiki bas IPG Kampus Keningau. Dalam jam

0430 petang kamu telah bertolak ke tempat penginapan dengan menaiki bas IPG

Kampus Raja Melewar dan menetap di Seremban. Masa yang diambil untuk sampai ke

tempat penginapan adalah 1 jam 30 minit.

Pada 3 Mac 2016, lawatan pertama bermula di Gempak Starz Sdn. Bhd.

Pelbagai pengetahuan baharu yang saya peroleh ketika berada di sini. Antaranya dapat

melihat cara pembuatan komik secara bersemuka. Dalam pada itu, saya turut

berkesempatan bergambar dengan salah seorang pembuat komik yang tidak asing lagi

iaitu Kaoru. Tambahan itu, saya dapat membeli pelbagai barangan seperti komik,baju,

cenderahati dan sebagainya dengan mendapat diskaun yang berpatutan. Lawatan

seterusnya adalah ke Galeri Petronas di Suria KLCC. Di Galeri Petronas, saya telah

diberi peluang untuk menjelajah sendiri. Dengan kumpulan yang telah diagihkan,saya

dan ahli kumpulan iaitu Michelle Chai dan Sarino diberi tugasan untuk mencari sebuah

karya dan membuat apreasiasi tentang karya tersebut. Setelah meneroka dalam Galeri

Page 2: Refleksi Arizna Elmina Arzi Binti Arbi Ppismp Psv Ambilan Jun2015

Petronas tersebut rupa-rupanya banyak karya yang memang menarik perhatian dan

cara pembuatan bukan calang-calang sahaja.

Pada hari ketiga iaitu 4 Mac 2016, ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh

peminat fotografi. Pada ketika ini, saya berserta rakan seperjuangan yang lainnya telah

membuat lawatan ke White Studio. Tanpa disangka, saya dapat berjumpa dengan

jurugambar model no.1 Malaysia iaitu Bustamam Mokhtar. Saya telah mendapat

pelbagai tips baru untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik. Dalam pada itu,

Bustamam Mokhtar telah membuat tutorial bagaimana hendak mengambil gambar

ketika berada di bilik asrama. Perkongsian bersama beliau amat menarik dan mampu

untuk dijadikan sebagai ilmu baharu. Seterusnya, diteruskan dengan Lawatan ke

Nanyang Art Supplies Sdn. Bhd. Ketika berada disini, saya dapat melihat pelbagai alat

seni.

Pada 5 Mac 2016, sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur saya dan rakan seperjuangan telah mengadakan sesi bergambar

bersama Tuan Baharom Md. Nor iaitu bekas timbalan pengarah dan telah menjadi

pengarah di IPG Kampus Raja Melewar bersama tenaga kerja yang lainnya. Di

samping itu, lawatan terakhir telah dijalankan iaitu melawat ke I-City Selangor. Pada

ketika ini, terjadi sedikit komplikasi iaitu saya dan rakan seperjuangan bersama

pensyarah telah tersesat jalan. Dalam masa yang sama terpaksa menaiki tangga

pekerja yang ada di sana pada masa itu hanya untuk sampai ke I-City. Setelah tiba di I-

City, saya dan rakan seperjuangan telah diberi arahan untuk melunaskan tugas yang

belum habis.

6 Mac 2016 , merupakan hari terakhir kami di Kuala Lumpur. Banyak kenangan

yang telah saya peroleh dan pelbagai ilmu baharu telah tersemat di dada saya dan

rakan seperjuangan. Pada pagi itu, saya dan rakan seperjuangan berlepas secara

berkumpulan balik ke Sabah.

Page 3: Refleksi Arizna Elmina Arzi Binti Arbi Ppismp Psv Ambilan Jun2015

KEKUATAN:

Berdasarkan kepada lawatan Kembara Seni Digital KL 2016, banyak perkara

yang saya perolehi yang sangat berguna pada masa akan datang. Melalui hasil lawatan

ke Gempak Starz, saya telah mendapat tahu bagaimana proses komik itu dihasilkan.

Melalui lakaran, lukisan, dan proses menggunakan komputer. Seterusnya, mendapat

ilmu baru ketika berada di White Studio. Pada ketika masuk, saya berfikir hanya studio

biasa namun setelah mendapati adanya kewujudan jurugambar no.1 Malaysia baru

saya bahawa jangan menilai sesuatu hanya dari luaran. Ketika berada disini, ilmu

dalam bidang fotografi telah mampu saya cedok dengan perkongsian beliau iaitu

Bustamam Mokhtar. Disamping itu, perancangan sebelum melaksanakan lawatan

adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran sesuatu program. Dalam hal ini,

saya dan rakan seperjuangan dari ahli jawatankuasa program telah diberikan masa

yang secukupnya untuk merancang aktiviti dan tempat yang ingin dilawati oleh pelajar

dan pensyarah. Perancangan ini haruslah teliti dan bersifat menyeluruh. Untuk

memastikan perkara ini dapat berjalan dengan lancar, ketua program lawatan ini telah

menetapkan jawatankuasa bertugas dan memberikan laporan dari semasa ke semasa

sebelum, semasa dan selepas program lawatan ini dijalankan. Melalui jawatankuasa ini,

saya mendapati, banyak perkara yang harus di ambil perhatian supaya semuanya

berjalan dengan lancar. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di Kampus Institut

Perguruan, tetapi itu tidak menghalang saya dan rakan seperjuangan untuk

mengadakan lawatan di tempat- tempat yang telah ditetapkan.

Page 4: Refleksi Arizna Elmina Arzi Binti Arbi Ppismp Psv Ambilan Jun2015

KELEMAHAN:

Terdapat banyak kekurangan sepanjang lawatan ini diadakan. Pertama adalah

lawatan ke tempat-tempat yang ada berkaitan dengan kursus saya dan rakan

seperjuangan adalah terhad. Tambahanitu, perubahan jadual secara mendadak dan

aktiviti yang padat menyebabkan banyak aktiviti ataupun lawatan tidak dapat dijalankan

walaupun telah dirancang begitu lama. Selain itu, masa yang terhad juga menyebabkan

perjalanan lawatan terlalu padat menyebabkan pelajar tidak dapat rehat yang

secukupnya ketika masa lawatan. Disamping itu, lawatan ini menghadapi masalah

peruntukan daripada sistem pengurusan Kampus Institut Perguruan dan kurang

mendapat sokongan untuk mendapat bantuan daripada IPG yang lain terutama

berkaitan pengangkutan.

LANGKAH PENAMBAHBAIKAN PADA MASA AKAN DATANG:

Untuk penambahbaikan pada masa akan datang, tempat lawatan haruslah

dirancang dengan lebih teliti dan teratur supaya segala program ataupun aktiviti dapat

dirancang dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, haruslah juga menyediakan “

backup Plan “ supaya sekiranya aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan

kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan , aktiviti atau tempat lawatan

tersebut dapat diubah. Disamping itu, sebelum bergerak ke tempat lawatan , pastikan

segala keperluan seperti pengangkutan, tempat tinggal dan peruntukan daripada sistem

pengurusan IPG diperolehi dan disahkan oleh pengarah supaya segala program yang

telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Seterusnya adalah rancang aktiviti

ketika melawati sesuatu tempat. Ini sangat penting bagi mengelakkan pelajar berasa

bosan. Dalam pada itu, setiap pelajar hendaklah mendengar arahan supaya tidak

berlaku permasalahan. Tambahan itu, kerjasama amat penting serta menepati masa

supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Akhir sekali, semoga aktiviti sebegini

akan terus dijalankan pada masa akan datang.

.