llm jalin kerjasama dengan ump dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan...

20
LEBUH RAYA BULETIN EDISI 1 JANUARI - JUN 2018 LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA | LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP

Upload: builien

Post on 29-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

LEBUH RAYABULE

TIN

EDISI 1 JANUARI - JUN 2018LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA |

LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP

Page 2: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

DARI MEJA PENGARANGASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Segala puji bagi Allah SWT atas rahmat dan nikmatNya kerana berpeluang meneruskan penerbitan Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia, Edisi Pertama bagi tahun 2018.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menerima pengiktirafan Persijilan ISO 39001:2012 bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Jalan Raya daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. berkuatkuasa mulai 21 Jun 2018. Pengiktirafan persijilan ini membuktikan komitmen LLM terhadap pengurusan kenderaan jabatan bagi memastikan keselamatan warga kerjanya. Maklumat ringkas mengenai persijilan tersebut turut dimuatkan dalam edisi kali ini.

Edisi ini juga memaparkan usaha menambahnilai pengendalian lebuhraya yang telah dijalankan sehingga pertengahan tahun 2018, antaranya Program Kesedaran dan Pelancaran Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) untuk Projek Penswastaan Lebuh Raya dan menandatangani Memorandum Persefahaman LLM bersama Universiti Malaysia Pahang. LLM juga telah menerima Certificate of Merit daripada The Chartered Institution of Highways & Transportation United Kingdom (CIHT UK) sempena lawatan CIHT UK ke LLM.

Sebagai penutup kata, diharap pengisian dan maklumat dalam edisi kali ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada warga LLM ke arah mencapai pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

PENGARANG

SIDANG REDAKSIPENAUNG:YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh

PENASIHAT:Pn. Zuraida Binti Shaharudin

KETUA EDITOR:Pn. Haslina Binti Hashim

EDITOR:Cik Shuhana binti HashimCik Nithiyaa a/p MoorthyPn. Jamalliah Binti Md. SaripCik Noor Syahierah Binti Abdul Aziz

FOTOGRAFI:En. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri

2 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

ISI KANDUNGAN

3JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA

4 #RESPEKLABRO

5 LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP

6PERSIMPANGAN BERTINGKAT PACU PERTUMBUHAN SOUTHVILLE CITY

7

MESYUARAT DAN SESI DIALOG 2017/2018

LAWATAN KERJA DAN PEMBUKAAN JALAN SUSUR MASUK ECO ARDENCE

8PROGRAM CSR BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

9 BUILDING INFORMATION MODELLING

10-12SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN JALAN RAYA (RTS) (39001:2012)

13 CSR BERSAMA KIDS

14LALUAN SUSUR BAHARU PERSIMPANGAN BERTINGKAT SEREMBAN KINI DIBUKA

15PENYERAHAN ASET PERABOT KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA POMSON

16 SELAMAT BERSARA KETUA PENGARAH LLM

17-19 SUDUT LENSA

20IKATAN JANJI

PERMATA HATI

Page 3: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 3

SHAH ALAM 8 JANUARI

Lawatan tapak dan pembukaan Jalan Keluar Masuk Persimpangan Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk. Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM.

Persimpangan Elimina yang terletak di Exit 3504, GCE dibina oleh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. berfungsi sebagai pemangkin bagi pertumbuhan bandar dan komuniti serta meningkatkan akses bagi pengguna GCE serta penduduk ke City of Elmina dan kawasan persekitarannya dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik.

JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA

DIBUKA

Page 4: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

#RESPEKLABRO

4 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

KUALA LUMPUR

6 FEBRUARI

Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya menjelang perayaan Tahun Baru Cina telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Ker ja Raya Malays ia (KKR) , LLM, Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hentian Sebelah Ayer Hitam, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) . Kempen Advokas i in i bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya akan pentingnya mengamalkan etika pemanduan berhemah dan bertimbang rasa di lebuh raya. Ianya juga sebahagian daripada usaha murni untuk mengurangkan kadar kemalangan yang kian meningkat saban tahun.

Page 5: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 5

LLM menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai rakan strategik terbaharu dalam usaha memberikan nilai tambah kepada Pendidikan dan Penyelidikan khususnya terhadap bidang kejuruteraan lebuh raya, pengendalian trafik dan pengurusan infrastruktur yang dapat memanfaatkan rakyat di negara ini. Selaras dengan itu, Memorandum Persefahaman telah ditandatangani antara LLM dengan UMP yang bakal memberi impak positif terhadap penyelidikan berprofil tinggi serta sumbangan besar bagi penambahbaikan sistem lebuh raya di Malaysia.

KAJANG 8 MAc

LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP

Page 6: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Persimpangan Bertingkat Southville City, Lebuhraya Utara-Selatan telah dibuka secara rasmi pada 11 April 2018. Lawatan kerja dan pengoperasian persimpangan bertingkat tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM.

Persimpangan Bertingkat yang terletak di antara susur keluar Bangi ke Putra Mahkota ini, bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna, malah bakal memacu aktiviti dan pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

KAJANG 11 APRIL

PERSIMPANGAN BERTINGKAT PACU PERTUMBUHAN SOUTHVILLE CITY

6 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

Page 7: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 7

LAWATAN KERJA DAN PEMBUKAAN JALAN SUSUR MASUK ECO ARDENCE

Majlis Pembukaan Jalan Susur Eco Ardence, Lebuhraya Baru Lembah Klang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Ismail Md Salleh, Ketua Pengarah LLM.

Jalan Susur Masuk ini merupakan jalan penghubung yang merentasi pembangunan Eco Ardence dan bersambung terus ke Persiaran Setia Damai yang berdekatan dengan Jalan Meru. Laluan ini akan berfungsi sebagai laluan alternatif untuk kemudahan penduduk kawasan sekitarnya termasuk Bandar Setia Alam, Bandar Bukit Raja, Meru dan lain-lain.

SHAH ALAM 18 APRIL

Mesyuarat dan Sesi Dialog di antara LLM dan PSKLM 2017/2018 telah berlangsung pada 4 hingga 5 April 2018. Mesyuarat dan Sesi Dialog ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu operasi dan penyenggaraan lebuh raya. YBhg. Datuk. Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM telah mempengerusikan mesyuarat dan sesi dialog yang dihadiri Pengarah Bahagian di bawah Sektor Bisnes dan wakil-wakil daripada syarikat konsesi.

PULAU PINANG 4 APRIL

MESYUARAT DAN SESI DIALOG 2017/2018

Page 8: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

PROGRAM CSR BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

BENTONG 2 MEI

8 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

LLM dengan kerjasama PSKLM telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Dan Korporat (CSR) bersama penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Miak, Bentong, Pahang. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam inisiatif mendekati, beramah mesra dan membantu masyarakat Orang Asli.

Penduduk telah menerima sumbangan barangan keperluan harian disamping pemasangan penghawa dingin dan landskap di balai raya kampung berkenaan. Diharapkan bantuan tersebut akan meringankan beban mereka sekali gus dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

Page 9: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 9

BUILDING INFORMATION MODELLING

KAJANG 4 MEI

LLM telah menganjurkan Program Kesedaran dan Pelancaran Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) untuk Projek Penswastaan Lebuh Raya sebagai langkah awal menyahut cabaran melaksanakan penggunaan BIM dalam industri lebuh raya. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha KKR di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat LLM.

BIM merupakan sebuah model digital 3D sesuatu bangunan atau struktur yang mengandungi pelbagai maklumat geometri dan parameter yang dihasilkan melalui beberapa perisian. Sejajar dengan Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP), penggunaan BIM di dalam projek-projek pembinaan sebagai salah satu inisiatif penting untuk meningkatkan kadar produktiviti sektor ini secara keseluruhannya.

Page 10: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

10 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai sebuah organisasi yang komited dalam menyediakan kemudahan kenderaan jabatan kepada warga kerja dengan sasaran sifar kematian dan kecederaan parah akibat kemalangan, akan memastikan;

Memastikan sifar kematian atau kecederaan akibat kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jabatan

Memastikan 100% pemandu melakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk memastikan pemandu berada dalam keadaan sihat untuk melakukan tugas pemanduan.

Memastikan 100% kenderaan jabatan diperiksa dan diselenggara secara berkala bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan

Memastikan 100% pematuhan terhadap peraturan dan perundangan berkaitan keselamatan jalan raya

Memastikan sifar kerosakan kenderaan jabatan akibat kemalangan jalan raya.

Kenderaan jabatan yang disediakan untuk warga kerjanya berada dalam keadaan baik dan selamat

Pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan dijadikan keutamaaan dan dilaksanakan setiap masa

Pembudayaan aspek pemanduan selamat diterapkan dalam pelaksanaan tugasan pemanduan harian

Pemandu terlatih dan sihat untuk menjalankan tugasan-tugasan pemanduan kenderaan jabatan bagi kemudahan warga kerja

Penambahbaikan berterusan bagi memastikan matlamat dan sasaran RTS dicapai.

Objektif RtS

SiStem penguruSan KeSelamatan Jalan raya (rtS) iSO 39001:2012

DaSaR RtS

Page 11: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

SISTEM PENGURUSANKESELAMATAN

JALAN RAYAISO 39001: 2012

2 Memastikan

pemandu sentiasa berada dalam

keadaan sihat dan berupaya untuk melaksanakan

tugasan pemanduan dengan selamat

4 Memastikan

pematuhan terhadap peraturan dan perundangan

berkaitan keselamatan

jalan raya

5

Memastikan tiada kerosakan kenderaan

jabatan akibat kemalangan

jalan raya

3Memastikan

kenderaan jabatan sentiasa diperiksa dan

diselenggara secara berkala bagi memastikan kenderaan berada dalam

keadaan baik dan selamat untuk

digunakan

1 Memastikan tiada

kematian dan/atau kecederaan parah

akibat kemalangan jalan raya melibatkan

kenderaan jabatan

SKOP PERSIJILAN ISO 39001:2012 PENGURUSAN

PEMANTAUAN DAN OPERASI KENDERAAN

PEJABAT LLM (KECUALI BAS

DAN LORI)

2017 (JAN-DIS)

0

2018 (JAN-MAC)

0

10 SAMAN

2 SAMAN

2017 (JAN-DIS)

2018(JAN-MAC)

2017 (JAN-DIS)

2018(JAN-MAC)

1 orang

2 orang

2017 (JAN-DIS) 5 KES

2018 (JAN-MAC) 1 KES

2017 (JAN-DIS)

2018 (JAN-MAC)

154

KALI PENYENGGARAAN

21

KALI PENYENGGARAAN

Perjalanan selamat warga kerja

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 11

Page 12: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

12 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

Page 13: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Sempena bulan Ramadhan, LLM telah melaksanakan Program CSR menerusi sumbangan kepada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) Hospital Kuala Lumpur. Program berkenaan turut mendapat kerjasama PSKLM. Adalah diharapkan program ini dapat menyuntik semangat mereka untuk tabah serta cekal hati dan mewujudkan suasana ceria bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

CSR BERSAMA KIDSKUALA LUMPUR 5 JUN

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 13

Page 14: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Laluan susur yang baharu untuk ke arah utara sepanjang 1.3 kilometer di Persimpangan Bertingkat Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan telah dibuka secara rasmi oleh Tuan Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kira-kira 18,000 pengguna harian akan menerima manfaat dari projek pembinaan jalan susur baharu yang merupakan persimpangan alternatif ke arah Nilai dan Kuala Lumpur. Laluan susur baharu ini yang dibina bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Persimpangan Bertingkat Seremban sedia ada.

LALUAN SUSUR BAHARU PERSIMPANGAN BERTINGKAT SEREMBAN KINI DIBUKA

SEREMBAN 7 JUN

14 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

Page 15: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 15

Program CSR anjuran LLM telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pomson, Hulu Langat, Selangor. Sumbangan berupa peralatan pejabat dan perabot terpakai melalui pemberian pelupusan secara hadiah telah disampaikan kepada pihak sekolah berkenaan oleh YBhg. Datuk. Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM.

8 JUN HULU LANGAT

Penyerahan Aset Perabot Kepada SEKOLAh KEBANGSAAN KUALA POMSON

Page 16: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Seluruh warga LLM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. Datuk. Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM yang telah bersara wajib dari perkhidmatan awam bermula pada 24 Jun 2018. Sepanjang perkhidmatan beliau, selama 36 tahun di LLM banyak idea dan pandangan bernilai serta komitmen jitu diberikan dalam pembangunan industri lebuh raya.

Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman demi kepentingan masyarakat dan negara.

SELAMAT BERSARA KETUA PENGARAh LLM KAJANG 22 JUN

16 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

Page 17: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

11 Januari 2018

Lawatan Wanita Industri Binaan Malaysia

(WIM) Ke LLM

sudut lensa

6 MaC 2018

Lawatan Kerja Ke Hentian Sebelah (Layby) Plaza Tol

Sentul Pasar

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 17

Page 18: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

15 MaC 2018

Pertandingan Tilawah Al Quran

sudut lensa

18 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

16 MaC 2018

Program Gotong-Royong Perdana Eksa

Page 19: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

Program Gotong-Royong Bubur Lambuk PERNITA Dengan Kerjasama BKSS

6 Jun 2018

28 MEi 2018

Lawatan Daripada Presiden The Chartered Institution Of Highways & Transportation United

Kingdom (CIHT UK)

Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018 19

sudut lensa

Page 20: LLM JALIN KERJASAMA DENGAN UMP dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak dengan meningkatkan penyebaran trafik. JALAN KELUAR MASUK PERSIMPANGAN ELMINA DIBUKA #RESPEKLABRO

20 Buletin Lebuh Raya | Edisi 1 • Januari - Jun 2018

• Ikatan JanJI •

❥Permata Hati ❥

SItI nORaIn MOHD nORMUHaMMaD aZRaI BIn ROSLan

18 maC 2018

nUR SUHaILa FaSIHa BIntI aRIPEn

MUHaMMaD aRIF BIn MD SaIDOn

28 april 2018

nIk nURUL aZIan IBRaHIMaMInUDDIn BIn MOHaMaD

28 april 2018

HaSRUL HISHaM BIn HUSaIn @HaSHIM

SItI atIkaa HanOM BIntI HaDIE17 maC 2018

Siti muniraH Binti Zalaini & muHammaD SyaHmi Bin naSri

nama anaK: muHammaD SaiF arDHani Bin muHammaD SyaHmi

tariKH laHir: 17 Januari 2018

muHamaD aSlam Bin termiZan & nOOrSHaHeela iSra Bin minHaJnama anaK: SHaeZiF aQeeF Bin

muHamaD aSlamtariKH laHir: 23 mei 2018

nur HiDayaH Binti aBDul raHman & muHammaD aZeryn Bin iSmail

nama anaK: nur aQilaH aZWani Binti muHammaD aZeryn

tariKH laHir: 23 Jun 2018