penggunaan hiis dalam pengajaran dan...

15
Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015 26 PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KADAZANDUSUN DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun sama ada dalam bidang sejarah, budaya atau sastera Kadazan Dusun. Penggunaan Hiis dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun adalah berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah pengajaran ini merangsang penglibatan aktif pelajar dengan lebih berkesan seterusnya memandu pelajar untuk berhibur, mentafsir dan menilai kehidupan dan fenomena nya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk memperoleh data-data utama melalui proses temu bual dan pemerhatian terhadap beberapa pelajar terpilih. Analisis transkripsi terhadap respon 3 orang pelajar: PPISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2012 dan 3 orang pelajar PPISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2013 tentang keberkesanan penggunaan Hiis ini menunjukkan bahawa Hiis telah berjaya memudahkan pembelajaran mereka terhadap fitrah dan sistem bahasa, nilai dan norma budaya serta elemen-elemen kesusasteraan warisan masyarakat Kadazan Dusun. Melalui pemerhatian terhadap pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, penggunaan Hiis juga ketara memberi impak positif dalam aspek penyertaan aktif, pengurusan masa, memperkayakan aktiviti, meningkatkan keseronokan pelajar dan meningkatkan daya kreatif. Secara keseluruhannya, penggunaan Hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun memberi kesan yang besar terhadap kefahaman dan penguasaan pelajar khususnya dalam aspek sejarah, budaya dan sastera masyarakat Kadazan Dusun. Kata Kunci: Hiis Kadazandusun, pengajaran dan pembelajaran, fitrah dan sistem bahasa, nilai dan norma budaya, elemen-elemen kesusasteraan warisan masyarakat Kadazan Dusun. PENDAHULUAN Pelaksanaan pengajaran Bahasa Kadazandusun dalam latihan keguruan di Malaysia merupakan satu langkah pendemokrasian pendidikan yang didorong oleh reformasi pendidikan untuk meningkatkan peluang kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, batas sosial, ekonomi, politik mahupun perbezaan geografi. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993): .....ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasian pendidikan dengan makna Bahawa setiap anak bangsa kita, kjususnya anak-anak daripada keluarga miskin

Upload: leliem

Post on 17-Mar-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

26

PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA KADAZANDUSUN DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS

KENT, TUARAN

Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun sama ada dalam bidang sejarah, budaya atau sastera Kadazan Dusun. Penggunaan Hiis dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun adalah berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah pengajaran ini merangsang penglibatan aktif pelajar dengan lebih berkesan seterusnya memandu pelajar untuk berhibur, mentafsir dan menilai kehidupan dan fenomena nya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk memperoleh data-data utama melalui proses temu bual dan pemerhatian terhadap beberapa pelajar terpilih. Analisis transkripsi terhadap respon 3 orang pelajar: PPISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2012 dan 3 orang pelajar PPISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2013 tentang keberkesanan penggunaan Hiis ini menunjukkan bahawa Hiis telah berjaya memudahkan pembelajaran mereka terhadap fitrah dan sistem bahasa, nilai dan norma budaya serta elemen-elemen kesusasteraan warisan masyarakat Kadazan Dusun. Melalui pemerhatian terhadap pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, penggunaan Hiis juga ketara memberi impak positif dalam aspek penyertaan aktif, pengurusan masa, memperkayakan aktiviti, meningkatkan keseronokan pelajar dan meningkatkan daya kreatif. Secara keseluruhannya, penggunaan Hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun memberi kesan yang besar terhadap kefahaman dan penguasaan pelajar khususnya dalam aspek sejarah, budaya dan sastera masyarakat Kadazan Dusun.

Kata Kunci: Hiis Kadazandusun, pengajaran dan pembelajaran, fitrah dan sistem bahasa, nilai dan norma budaya, elemen-elemen kesusasteraan warisan masyarakat Kadazan Dusun.

PENDAHULUAN

Pelaksanaan pengajaran Bahasa Kadazandusun dalam latihan keguruan di Malaysia merupakan satu langkah pendemokrasian pendidikan yang didorong oleh reformasi pendidikan untuk meningkatkan peluang kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, batas sosial, ekonomi, politik mahupun perbezaan geografi. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993): ”.....ruang untuk kita melaksanakan pendemokrasian pendidikan dengan

makna Bahawa setiap anak bangsa kita, kjususnya anak-anak daripada keluarga

miskin

Page 2: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

27

Dan berpendapatan rendah, anak-anak di luar bandar dan pendalaman, memper-

Olehi pendidikan berkualiti.”

(Pendidikan Profesional, 1993, ms. 2)

Dalam kontek sejarah, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah di Sabah telah bermula sejak tahun 1994 secara sendirian oleh komunitinya. Jabatan Pendidikan Sabah (JPN) dengan kerjasama Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (kini dikenali sebagai Bahagian Perkembangan Kurikulum) mengadakan beberapa mesyuarat untuk merancang dan menggubal Sukatan Pelajaran Bahasa Kadazandusun sebagai persediaan pelaksanaan pengajaran bahasa tersebut secara formal bermula di sekolah rendah. Pada 10 – 13 April 1995, mesyuarat pertama peringkat kebangsaan menggubal Sukatan Pelajaran Bahasa Kadazandusun anjuran PPK, Kementerian Pendidikan Kuala Lumpur dengan kerjasama JPN Sabah. Pada masa yang sama dokumen Pengisytiharan Persetujuan di antara Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) tentang pemiawaian dan pembakuan Bahasa Kadazandusun telah dimeterai iaitu pada 11 April 1995. Usaha berterusan pihak JPN Sabah dengan sokongan komuniti Kadazan dan Dusun ini akhirnya membuahkan hasil apabila pada 17 Februari 1997, hari pertama pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dilaksanakan di 15 buah sekolah percubaan di seluruh negeri Sabah. Di antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah SRK. St. Anthony, Penampang, SK. Babagon, Penampang, SK. Bukit Padang, Kota Kinabalu, SK. Bawang Tamparuli, SK. Masalog Kota Marudu, SK. Tinamgol Kudat, SK. Kundasang Ranau, SK. Ulu Dusun Sandakan, SK. Batu 4 Telupid, SK. Nambayan Tambunan, SRK. Holy Trinity Tawau, SK. Menunggang Kuala Penyu, SK. Padang Berempah Sipitang, SK. Narinang Kota Belud dan SK. Kampung Baru Keningau (JPN, Sabah).

Program latihan guru Bahasa Kadazandusun melalui program PPISMP telah ditawarkan Di IPG mulai ambilan Jun 2012 bagi melahirkan guru-guru yang kompeten dalam penguasaan bahasa Kadazandusun dan sekaligus mampu mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Kadazandusun dengan cemerlang. Sehingga kini, belum ada lagi satu kajian terhadap keberkesanan program ini dilakukan dan diterbitkan khususnya berkaitan dengan penggunaan strategi atau kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun. Oleh yang demikian, selaras dengan pernyataan Kementerian Kewangan Malaysia (2012), kajian terhadap isu ini sangat vital untuk dijalankan bagi mengkaji strategi atau kaeah pengajaran Bahasa Kadazandusun di Intitut Pendidikan Guru di Malaysia.

Perjanjian Perisytiharan Bahasa Kadazandusun Sebagai Bahasa Rasmi Di antara Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) yang dibuat pada 24 Januari 1995 menjelaskan bahawa dengan penuh sedar dan keinsafan telah bersetuju mengenai perkara-perkara yang tertera di dalam Perjanjian Perisytiharan seperti di bawah:

(i) Bahasa Kadazandusun adalah bahasa rasmi bagi kedua-dua

pertubuhan KDCA dan USDA;

Page 3: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

28

(ii) Bahasa Kadazandusun adalah bahasa yang dipakai dalam penulisan

dan pertuturan di dalam pengajaan dan pembelajaran bahasa ibunda

(POL) tersebut, dan;

(iii) Bahasa Kadazandusun adalah bahasa yang dipakai oleh semua etnk

Kadazan Dusun tanpa menyekat penggunaan dialek-dialek tempatan

yang lain;

(iv) Bahasa Kadazandusun dipelihara dan dikembangkan bersama untuk

manfaat semua kaum di Malaysia yang berminat mempelajari Bahasa

Kadazandusun;

(v) Tanggungjawab bersama untuk mengembangkan Bahasa

Kadazandusun di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa,

khususnya kepada mereka yang ingin mempelajari dan mengkaji

Bahasa kadazandusun.

Ekoran daripada perjanjian perisytiharan tersebut, bermulalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah rendah di Sabah sebagai Bahasa Ibunda Pelajar (POL). Kejayaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah sebagai Bahasa Ibunda Pelajar adalah bergantung kepada banyaknya permohonan (tidak kurang lima belas ibubapa pelajar) supaya bahasa itu diajar di sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, penggunaan dan pertuturan dialek BUNDULIWAN yang lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain dalam rumpun bahasa Kadazandusunik dan Paitanik, sekurang-kurangnya akan dapat membantu menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa kadazandusun (Dokumen Asal Perisytiharan Persetujuan Dialek Bundu-Liwan Sebagai Dialek Asas Pemiawaian dan Pembakuan Bahasa Kadazandusun di antara Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) pada 11 April 1995).

PERNYATAAN MASALAH Meskipun pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di Sabah bermula selepas Dokumen Pengisytiharan Persetujuan di antara KDCA dan USDA tentang pemiawaian dan pembakuan Bahasa Kadazandusun dimeterai pada 11 April 1995 iaitu dengan menggunakan dialek Bundu-Liwan sebagai bahasa piawai, masih banyak kekangan dan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar khususnya masalah mendapatkan buku atau bahan rujukan yang ditulis dalam Bahasa Kadazandusun. Kekurangan buku dan bahan rujukan memberi kesan terhadap keupayaan pelajar-pelajar memberi maklumat atau hujah yang berkaitan dengan fitrah dan sistem bahasa, sejarah, nilai dan norma budaya serta elemen-elemen kesusasteraan warisan masyarakat Kadazan Dusun. Pelajar-pelajar menjadi kurang aktif dan tidak kreatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun

Page 4: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

29

Bahasa merupakan salah satu cara penting untuk sesuatu masyarakat atau budaya itu dapat menyalurkan serta mewariskan nilainya daripada satu kumpulan kepada kumpulan lain dan daripada satu generasi kepada generasi lain. Bahasa dapat memperlihatkan sikap dan pemikiran penuturnya. Bahasa, melalui ungkapan-ungkapan yang dilafazkan oleh para penuturnya, dapat memperlihatkan juga secara jelas ataupun tersirat cara para penuturnya itu menilai sesuatu perkara. Di antara perkara penting yang perlu diutamakan dalam Bahasa Kadazandusun adalah keupayaan seseorang mentafsir dan menilai kehidupan dan fenomenanya. Mengikut 4 tonggak pendidikan yang digariskan oleh UNESCO (Report to UNESCO of the International Commission on Education for the Twenty-First Century Learning: The Treasure Within, 1996) pendidikan bertujuan mengajar pelajar: belajar untuk mengetahui; belajar untuk membuat; belajar untuk hidup bersama; dan belajar menjadi insan bersama. Maksudnya, pendidikan perlu memberi pendedahan yang menyeluruh kepada pelajar supaya yang dihasilkan adalah insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani seperti yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Karya sastera yang baik dan indah dapat meluaskan pandangan dan tinjauan di samping membina dan menyuburkan „rasa ingin tahu‟ terhadap sesuatu fenomena (Mohd. Kassim Ismail, 1994).

Komponen kesusasteraan boleh dijadikan alat mengajar bahasa dengan berkesan dan bermakna kepada pelajar kerana kesusasteraan merupakan wahana yang menghubungkan pelajar dengan dunia luarnya. Wahana ini boleh dijadikan wacana yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Mengikut Langar (1995), „...literature is considered as a way to guide students into the cultural knowledge (construed broadly or narrowly), aesthetic judgements, and high culture of society). Oleh itu penggunaan hiis sebagai satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa kadazandusun sangat sesuai kerana terbukti berjaya mewujudkan ruang kepada pelajar untuk mempelajari fitrah dan sistem bahasa, nilai dan norma budaya serta elemen-elemen kesusasteraan warisan masyarakatnya secara berpraktikal melalui kerjasama dan semangat bersatu padu (misompuru). Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara interaktif dan berkolaboratif di samping meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Kadazandusun.

Hiis merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan di dalam dan di luar bilik kuliah. Melalui kaedah menggunakan hiis, karya sastera dalam bentuk puisi-puisi tradisional dipilih dan digunakan sebagai salah satu kaedah alternatif untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun lebih kreatif, aktif dan efektif berdasarkan model The Learning Pyramid. Kaedah menggunakan hiis juga sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 iaitu memberi penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan Negara di abad ke-21. Pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan menjadi pemangkin kepada agenda transformasi Negara. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Huraian keempat Anjakan 2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) juga menggalakkan setiap murid

Page 5: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

30

mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Bahasa tambahan di sini merujuk kepada Bahasa Kadazandusun.

TUJUAN KAJIAN

Objektif sesuatu penyelidikan merupakan sasaran sebenar yang boleh dicerap (Mohd. Majid Konting, 2004). Dalam kajian ini, pengkaji menyatakan objektif atau tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dengan memfokus kepada kelebihan-kelebihan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun, kesan-kesan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun serta meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Kadazandusun dengan lebih aktif dan kreatif melalui penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Apakah kelebihan penggunaan Hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun?

2. Apakah kesan penggunaan Hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun?

3. Adakah minat pelajar meningkat untuk mempelajari Bahasa Kadazandusun dengan lebih aktif dan kreatif selepas penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran?

KEPENTINGAN KAJIAN

Dasar kualiti IPG Kementerian Pelajaran Malaysia ialah menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) secara profesional, cekap dan berkesan untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemantauan keberkesanan kurikulum dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh satu pusingan pertama pelaksanaan berdasarkan program ditawarkan (Manual Kualiti IPG, 2011). Menyedari tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak pendidik adalah berat, maka satu kajian perlu dijalankan dengan memberi fokus utama kepada penelitian terhadap proses pelaksanaan pengajaran Bahasa Kadazandusun di IPG Malaysia. Kajian seperti ini adalah perlu supaya cita-cita murni dan unggul dalam matlamat pengajaran Bahasa Kadazandusun dapat dicapai. Kajian ini dapat digunakan sebagai refleksi dan panduan kepada pensyarah untuk mengubahsuai strategi dan kaedah mengajar atau menggunakan pendekatan baru bagi mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti pencapaian pelajar. Manakala pihak pihak IPG dan pihak Kementerian Pendidikan serta Bahagian Perkembangan Kurikulum (PPK) bermanfaat daripada kajian ini dari aspek panduan untuk merancang dan mempelbagaikan inisiatif bagi meningkatkan

Page 6: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

31

kemahiran untuk mengajar Bahasa Kadazandusun. Yayasan Bahasa Bahasa Kadazandusun juga mendapat manfaat dari hasil kajian ini dengan menjadikannya sebagai panduan dalam memainkan peranan penting dalam membantu melaksanakan latihan kepada pensyarah Bahasa Kadazandusun.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di kalangan pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2012 dan Ambilan Jun 2013 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran sahaja dengan memilih 3 orang pelajar sebagai sampel kajian bagi setiap ambilan. Dapatan maklumat tidak menggambarkan keseluruhan populasi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun. Maklumat yang diperolehi juga adalah berkaitan dengan kelebihan dan kesan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun serta peningkatan minat untuk mempelajari aspek-aspek fitrah dan sisitem bahasa, sejarah, elemen-elemen budaya dan kesusasteraan Bahasa Kadazandusun sahaja. Maknanya kaian ini tidak berniat untuk mendapatkan maklumat secara menyeluruh dan mendalam dalam pelbagai aspek dan di luar skop kajian ini.

KAJIAN LITERATUR

Bagi membicarakan penggunaan hiis sebagai salah satu bahan sastera dalam aspek kemahiran bahasa, Dr Sharifah Maimunah Syed Zin (2000:22) menjelaskan, Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air, berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar dari segi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Dalam usaha memasukkan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kamaruzaman Abdullah menyatakan pendapatnya iaitu, Pelaksanaan komponen sastera ini diharap dapat melahirkan pelajar yang mengenali, menghayati serta menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan kemahiran dan meningkatkan keterampilan berbahasa di kalangan pelajar.

( Kamaruzaman Abdullah, 2000:20)

Penggunaan bahan puisi dalam pendidikan bahasa antara lain adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam menghasilkan bahan sastera di samping dapat menguatkan lagi penguasaan bahasa yang kreatif dan kritis. Penggunaan bahan puisi sebagai bahan pendidikan ini dapat menambah minat pelajar terhadap pelajaran mereka. Robert C. Pooley menjelaskan: Orang yang menutup telinga terhadap puisi akan terpencil dari suatu wilayah yang penuh harta kekayaan berupa pengertian manusia, pandangan perseorangan sensitiviti yang menonjol, oleh itu upaya yang dituntut

Page 7: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

32

untuk memahami serta menghayati puisi menjadi sama pentingnya dengan upaya yang dituntut oleh setiap bentuk kehidupan manusiawi lainnya.

Berhubung dengan penggunaan puisi dalam pengajaran, Awang Had Salleh (1968) telah merangka senarai ringkas tentang tujuan pengajaran puisi di sekolah-sekolah, antaranya termasuklah:

i Untuk menjamin deria pelajar terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa.

Ii Untuk menambahkan perbendaharaan kata dan struktur bahasa pelajar. Iii Untuk melatih pelajar supaya memahami apa yang dibaca. Iv Untuk melatih pelajar menikmati sesebuah karya sastera sepenuhnya

dengan membuat penilaian, pertimbangan dan kritik.

METODOLOGI KAJIAN Bahagian ini membentangkan penerangan terperinci mengenai kaedah yang digunakan bagi menjalan kajian ini dan dirangka dalam lima bahagian yang berstruktur. Bahagian dua menerangkan tentang reka bentuk kajian penyelidikan. Bahagian ketiga dan keempat bab ini ada menyediakan maklumat mengenai sampel dan instrumen kajian manakala bahagian kelima dan keenam menjelaskankan tentang prosedur pengumpulan data dan analisis data yang digunakan.

REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan jenis penyelidikan deskriptif yang berbentuk jenis tinjauan yang mana tinjauan sampel dilakukan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan maklum balas pelajar-pelajar terpilih terhadap penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di IPG. Menurut Blake dan Champion (1976), kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan populasi. Maklumat-maklumat diperoleh berdasarkan kepada jawapan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian menggunakan senarai semak yang berkaitan. Menurut Majid (1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Reka bentuk bagi kajian ini juga berbentuk exploratory research atau kajian berbentuk penerokaan (penjelajahan) yang melibatkan pemeriksaan persoalan-persoalan yang dikemukakan dalam bentuk temu bual. Cara kajiannya adalah dengan memeriksa setiap persoalan dan permasalahan yang berupa isu, konsep dan gagasan, kemudiannya dikembangkan menjadi sesuatu yang baru dengan harapan menemukan sesuatu yang berguna (Philips & Pugh, 1993). Temu bual dengan pelajar-pelajar terpilih berkaitan jenis-jenis hiis yang paling digemari, kelebihan serta kesan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dilaksanakan.

Page 8: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

33

SAMPEL KAJIAN Sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian (Webster, 1985). Manakala menurut Portney dan Walkin (1993), sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Untuk kaedah kualitatif, kajian ini menggunakan kaedah rawak bagi meningkatkan kefahaman mengenai fenomena yang ingin diselidik dalam pemilihan sampel untuk memperoleh data. Seramai 6 orang pelajar Bahasa Kadazandusun dipilih iaitu 3 orang sampel Ambilan Jun 2012 dan 3 orang sampel Ambilan Jun 2013 sebagai sampel kajian.

INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian terdiri daripada satu set soalan temu bual separa berstruktur dan senarai semak pemerhatian. Sebanyak lapan soalan separa berstruktur telah disediakan dan dikemukakan kepada enam orang pelajar yang terpilih secara rawak. Soalan temu bual merangkumi aspek jenis-jenis hiis yang digemari, kelebihan-kelebihan dan kesan-kesan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun serta bagaimana hiis meningkatkan minat pelajaran untuk mempelajari aspek-aspek fitrah dan sistem bahasa, sejarah, elemen-elemen budaya dan kesusasteraan dalam Bahasa Kadazandusun dengan lebih aktif dan kreatif. Maklumat yang diperoleh daripada temu bual dan pemerhatian dianalisis supaya dapat memberi maklumat bagi setiap aspek soalan kajian yang dikemukakan.

PROSES PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data dilakukan dalam kajian kualitatif dengan menggunakan cara komunikasi yang selesa dan ramah dalam keadaan yang biasa dan rasa selamat iaitu rappo bagi menggalakkan responden menerangkan seberapa banyak maklumat berkaitan soalan kajian yang dibina untuk mengurangkan kebimbangan dan pembinaan kepercayaan mereka terhadap jawapan dan pandangan yang diberikan (Glesne, 1999) dan mendapatkan maklumat yang secukupnya dalam menentukan kejayaan penyelidikan ini. Temu bual bersemuka dilakukan dan perbualan antara pihak penyelidik dan responden dirakam dengan menggunakan pita rakaman dan nota catatan yang mana sesi ini dimulai dengan mengajukan soalan-soalan asas secara berperingkat dan menjurus kepada fokus soalan bagi mendapatkan penjelasan pelajar tentang penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di Instiut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

ANALISIS DATA Analisis data kualitatif dilakukan dengan meneliti semula jawapan-jawapan soalan temu bual yang diberi kepada responden kajian iaitu pelajar-pelajar yang terpilih . Seterusnya pengkaji memilih pernyataan-pernyataan yang dapat memberikan maklumat mengikut soalan-soalan temu bual yang dikemukakan kepada responden iaitu maklum balas mereka terhadap penggunaan hiis dalam

Page 9: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

34

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian mengikut soalan temubual adalah seperti berikut: Apakah 3 jenis hiis Kadazandusun yang paling kamu gemari? Keenam-enam pelajar PPISMP Ambilan Jun 2012 dan Ambilan Jun 2013 telah memilih Tudodoi, Sudawil dan Taal-ala sebagai pilihan jenis hiis yang paling digemari seperti dalam transkrip temu bual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 1: Jenis Hiis yang digemari

Pelajar Pernyataan

A1 Tudodoi, Sudawil, Taala-ala B2 Sisindiron, Sudawil, Tudodoi C3 Tododoi, Sudawil, Kiaton A2 Tudodoi, Sudawil, Taala-ala B2 Taala-ala, Sudawil, Tudodoi B2 Tododoi, Sudawil, Sisindiron

Apakah kelebihan penggunaan hiis dalam pengajaran Bahasa Kadazandusun?

Hampir keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa kelebihan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun adalah indah, mempunyai unsur kesenian dan menerangkan kehidupan masyarakat Dusun dan Kadazan, mempunyai nada dan melodi yang menarik serta makna tersirat tentang kehidupan manusia seperti yang ditunjukkan dalam pernyataan-pernyataan mereka seperti berikut:

Jadual 2: Kelebihan Penggunaan Hiis

Pelajar Pernyataan

A1 Hiis indah, penuh kesenian dan realiti kehidupan manusia B2 Hiis berirama dan mempunyai kata-kata yang menarik C3 Hiis menerangkan kehidupan orang Dusun dan Kadazan A2 Hiis mempunyai makna yang ingin disampaikan B2 Hiis mempunyai nada dan melodi yang menarik B2 Hiis mempunyai makna tersirat tentang kehidupan

manusia

Apakah kesan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dalam aspek bahasa? Keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa penggunaan hiis telah memberikan

Page 10: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

35

mereka pengetahuan dan kemahiran baru dalam aspek bahasa Kadazandusun seperti dalam transkrip temu bual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 3: Kesan Penggunaan Hiis Aspek Bahasa

Pelajar Pernyataan

A1 Dapat belajar bahasa yang tidak pernah diketahui B2 Dapat mempelajari bahasa orang dulu-dulu C3 Mempelajari kesantunan bahasa pelbagai dialek Dusunik A2 Belajar sistem susunan perkataan dan ayat B2 Menambahkan pengetahuan tentang sistem bahasa KD B2 Mempelajari jenis-jenis kata seperti kata nama dan lain-

lain

Apakah kesan pengunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dalam aspek sejarah?

Keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa penggunaan hiis telah memberikan mereka pengetahuan tentang sejarah dan asal usul orang Dusun, Pesta Kaamatan, Bambarayon dan Huminodun serta kegunaan hiis dalam kehidupan seperti dalam transkrip temu bual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 4: Kesan Penggunaan Hiis Aspek Sejarah

Pelajar Pernyataan

A1 Mengetahui sejarah hiis Kadazandusun B2 Dapat mempelajari sejarah dan kegunaan hiis KD C3 Mengetahui cerita asal usul orang Dusun melalui hiis A2 Hiis menerangkan sejarah kehidupan orang Dusun B2 Mempelajari sejarah Pesta Kaamatan dan Bambarayon B2 Mengetahui sejarah penanaman padi dan Huminodun

Apakah kesan pengunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dalam aspek budaya? Keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa penggunaan hiis telah memberikan mereka pelajaran dan teladan berkaitan tingkah laku dan budaya masyarakat Kadazan Dusun yang baik dan murni seperti dalam transkrip temu bual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 5: Kesan Penggunaan Hiis Aspek Budaya

Pelajar Pernyataan

A1 Mempelajari budaya Kaazandusun dengan lebih baik lagi B2 Dapat mendalami budaya Kadazandusun melalui hiis C3 Menghormati dan menghargai warisan budaya KD A2 Hiis memperlihatkan tingkah laku yang baik dan patuh

Page 11: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

36

B2 Mempelajari budaya masyarakat tradisional Kadazandusun

B2 Mempamerkan kesantunan orang Dusun tradisional

Apakah kesan penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun dalam aspek elemen sastera? Keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa penggunaan hiis telah memberikan mereka pengetahuan dan kemahiran mentafsir makna hiis dalam kehidupan serta menguasai kemahiran elemen-elemen sastera Kadazandusun seperti dalam transkrip temu bual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 6: Kesan Penggunaan Hiis Aspek Elemen Sastera

Pelajar Pernyataan

A1 Belajar mentafsirkan maksud tersurat dan tersirat dalam hiis

B2 Dapat mempelajari nada dan intonasi hiis Kadazandusun C3 Mentafsir makna hiis secara lebih mendalam dan halus A2 Mempelajari unsur bahasa seperti personifikasi dan

metafora B2 Mempelajari unsur-unsur sastera dalam setiap hiis B2 Mempelajari pembinaan baris-baris dalam hiis

Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan hiis menarik minat kamu untuk mempelajari Bahasa Kadazandusun? Keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa penggunaan hiis telah menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Kadazandusun melalui lirik, melodi dan irama hiis seperti dalam transkrip temu bual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 7: Bagaimana Hiis Menarik Minat Belajar KD

Pelajar Pernyataan

A1 Menghayati lirik dan melodi setiap hiis Kadazandusun B2 Nada dan intonasi hiis Kadazandusun menarik C3 Makna setiap lirik hiis yang halus dan simbolik A2 Lirik dan melodi hiis yang pelbagai dan menarik B2 Melodi dan irama hiis yang menenangkan hati dan fikiran B2 Lirik hiis berkait rapat dengan kehidupan sebenar orang

KD

Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran menggunakan hiis meningkatkan pembelajaran kamu supaya menjadi lebih aktif dan kreatif?

Keenam-enam pelajar PPISMP (3 orang Ambilan Jun 2012 dan 3 orang Ambilan Jun 2013) menyatakan bahawa penggunaan hiis telah meningkatkan

Page 12: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

37

pembelajaran mereka secara lebih aktif dan kreatif seperti dalam transkrip temubual separa berstruktur seperti berikut:

Jadual 8: Bagaimana Hiis Meningkatkan P&P Aktif dan Kreatif

Pelajar Pernyataan

A1 Menghayati irama dan melodi hiis yang berbagai-bagai B2 Bekerjasama dengan pelajar lain C3 Mempersembahkan hiis secara berpasangan atau

berkumpulan A2 Mencipta hiis sendiri atau meminta pertolongan ibu bapa B2 Mempersembahkan hiis bersama iringan muzik B2 Mengadakan persembahan hiis (Sodop Hiis) di IPG

Dapatan kajian mengikut senarai semak pemerhatian adalah seperti

berikut: Pengkaji membuat pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun (sebelum dan selepas penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun). Dapatan menunjukkan bahawa keenam-enam pelajar memperlihatkan perubahan tingkah laku sebelum dan selepas penggunaan hiis dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun iaiatu daripada kurang minat untuk mempelajari kepada sangat berminat mempelajari Bahasa Kadazandusun, daripada kurang seronok kepada sangat seronok mengikuti pengajaran guru kerana banyak aktiviti disediakan dan daripada kurang aktif dan kreatif kepada menjadi sangat aktif dan kreatif seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9 berikut.

Jadual 9: Dapatan Pemerhatian Tingkah Laku Semasa P&P BKD

Sebelum Penggunaan Hiis Dalam P&P

Selepas Penggunaan Hiis dalam P&P

1. Pelajar kurang minat terhadap pengajaran dan pembelajaran 2. Pelajar kurang bijak mengurus

masa 3. Pelajar kurang aktiviti 4. Pelajar kurang seronok belajar 5. Pelajar kurang aktif 6. Pelajar tidak kreatif

1. Pelajar sangat berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran 2. Pelajar bijak mengurus masa balas atau pendapat 3. Pelajar banyak aktiviti 4. Pelajar sangat seronok belajar 5. Pelajar sangat aktif 6. Pelajar bertambah kreatif

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Melalui dapatan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian terhadap pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah, penggunaan Hiis ternyata telah memberi impak positif dalam aspek penguasaan pengetahuan dan kemahiran Bahasa Kadazandusun dalam aspek fitrah dan

Page 13: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

38

sistem bahasa, sejarah, budaya dan elemen-elemen kesusasteraan Kadazan Dusun Penggunaan hiis juga telah meningkatkan penyertaan aktif, pengurusan masa, memperkayakan aktiviti, meningkatkan keseronokan pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif dan kreatif. Secara ringkasnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan hiis sebagai satu strategi atau kaedah pengajaran Bahasa Kadazandusun amatlah sesuai dan berkesan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Kadazandusn dengan lebih mendalam dengan penuh keseronokan, aktif dan kreatif. Ini sangat bertepatan dengan kenyataan oleh Dr Sharifah Maimunah Syed Zin (2000:22) menjelaskan,

Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas,

mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air, berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar dari segi

kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Memandangkan kajian ini merupakan satu kajian awal yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran sudah tentu dapatan nya sebagai pemangkin kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun untuk melakukan kajian lanjutan dengan memfokuskan kepada kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pensyarah Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru, kajian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kajian keberkesanan pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Kadazandusun.

RUJUKAN Abdul Aziz, M.N. (2003). An investigation into the headship training programme

for aspiring primary school headteachers. Disertasi Doktor Falsafah, University of Bristol.

Altridge, Jill, Fraser dan Barry (1999). Invertigating Classroom Environment in

Taiwan and Australia with Multiple Research Methods. Journal of Educational Research, Washington D.C.Vol. 93, No.1. Sept/Okt,1999.

Awang Had, S. (1974). Pelajaran di Perguruan Melayu di Zaman British. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Had, S. dan Zainal Abidin, A. (1982). Sejarah Perkembangan Latihan

Guru Dari Tahun 1922 Hingga Merdeka. Kuala Lumpur: Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 14: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

39

Azizi, Y. (1999). Keberkesanan Pelaksanaan Program Kemahiran Hidup di Sekolah- Sekolah Menengah di Malaysia Berdasarkan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk. (Tesis Ph.D. Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti Putra Malaysia)

Batinsky dan Hodgkinson (1999). Child Protection Training in Initial Teacher

Training: A Survey of Provision Institution of Higher Education”. Education Research, Vol 4, No. 2, Sumber ERIC.

Beeby, C. E. (1978). The meaning of evaluation. Wellington: Depatment of

Education. Bogden, R.C. & Biklen, S.K. (2003). Qualitative research for education – An

introduction (3rd ed.). Singapore: Allyn & Bacon. Cates W. M (1985). Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan. Syaharom

Abdullah (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Creswell, J. R. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed

methods approaches.3th Edition. London: Sage Publication Inc. Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2000). Research methods in education

(5th ed.). London: Routledge Falmer. Cronbach, L. J. (1963). Course improvement through evaluation. Teacher

College Record 64:672-683. Cronbach, L. J., Ambron, S. R., Dornbusch, S. M., Hess, R. D., Hornick, R. C.,

Philips, D. C., et al. (1985). Toward reform of program evaluation (Ed. First). San francisco: Jossey-Bass Publishers.

Dessler, G. (1997). Human Resource Management. New York: Prentice Hall

International Incorporation. Fitzpatrick, J. L., Sanders, J. R. & Worthen, B. R. (2004). Program evaluation -

alternative approaches and practical guidelines. Ed. ke-3. Boston: Allyn and Bacon.

Francis, W.H.L., dan Hong, E.T. (1974). Pendidikan di Malaysia: Kuala Lumpur: Heienemann Educational Book.

Glesne, C. (1999). Becoming qualitative researchers: An introduction.White

Plains, N.Y.: Longman. Gredler, M. E. (1996). Program evaluation. New York: Prentice Hall. Ibrahim, S. (1968). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 15: PENGGUNAAN HIIS DALAM PENGAJARAN DAN …ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/142015/3.pdf · berdasarkan model The Learning Pyramid yang menjelaskan bahawa kaedah ... PPISMP

Jurnal Penyelidikan Kent Bil. 14/2015

40

Ibrahim, M. (1996). Reka bentuk dan pengurusan latihan - konsep dan amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamil, A. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah:

satu penilaian. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jacqueline Pugh-Kitingan. (2012). Kadazan Dusun. Institut Terjemahan dan

Buku Malaysia, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia (1968). Pelajaran di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Kirkpatrick, D. L. (1994). Evaluating training programs - The Four Levels. Ed.

Pertama. San Francisco, CA: Berret-Koehler Publishers, Inc. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research.

Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610. Lasimbang, R., and Stella, M.T. (1997). An Introduction To The Traditional

Costumes of Sabah. Kota Kinabalu: Natural History Publications in association with Department of Sabah Museum.

McMillan, J.H., & Schumacher, S. (2006). Research in education – evidence-

based inquiry (6th ed.). Boston: Pearson Education. Miller, T.M. (1986). Education in South-East Asia. Australia: Ian Novak

Publishing. Muhamad, I. (1997). Persepsi Bekas Pelajar dan Pentadbir Sekolah Menengah

Mengenai Keberkesanan Program Diploma Perguruan Universiti Malaya (Tesis M.A.(Ed), Universiti Malaya).

Noraini, M.S. (1995). Ensiklopedia Sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pratt, D. (2980). Curriculum Design and Development. International Edition,

USA: Halcourt Brace Jovonarich. Rosnani, H., dan Mohd. Sahari, N. (1998). Sumbangan Kegiatan Ko-Kurikulum

Ke Arah Pencapaian Matlamat Pendidikan Guru: Satu Kajian Keberkesanan. Jurnal Pendidikan Islam, Jil.8, Bil. 2, Disember 1998, Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Kajang).

.Sofiah, H. (1999). Keberkesaan Pelaksanaan Program Kemahiran Hidup di

Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Pendidikan Guru, Ogos 1999.