refleksi aku.docx

3
REFLEKSI INDIVIDU Syukur kepada Tuhan atas anugerahnya yang telah menyertai saya serta rakan-rakan yang lain sepanjang proses kami menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3093) untuk semester ini iaitu semester lapan. Pelbagai perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya timba dan perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih tidak lupa diucapkan kepada Puan Ainee bt Ahmad selaku pensyarah bagi subjek EDU 3093 ini atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang dalam proses menyiapkan tugasan ini telah banyak menyumbang ke arah pengetahuan baru kepada saya. Dari segi kekuatan, saya mendapati bahawa sumber rujukan dan tunjuk ajar sama ada melalui internet, buku-buku, rakan-rakan sekelas mahu pun pensyarah mata pelajaran amatlah baik dan tidak sukar untuk saya dapatkan. Dari segi kelemahan pula, saya merasakan bahawa pengurusan masa saya sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah agak lemah di mana tempoh masa yang diambil untuk mencari artikel akhbar yang bersesuaian adalah terlalu lama dan panjang sehingga menyebabkan saya lambat menyiapkan tugasan individu yang melibatkan penulisan esei.

Upload: shahrul-izwan-a-rahman

Post on 21-Dec-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi aku.docx

REFLEKSI INDIVIDU

Syukur kepada Tuhan atas anugerahnya yang telah menyertai saya serta rakan-rakan

yang lain sepanjang proses kami menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Guru

dan Cabaran Semasa (EDU 3093) untuk semester ini iaitu semester lapan. Pelbagai

perkara dan ilmu pengetahuan baru yang telah saya timba dan perolehi sepanjang

proses menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih tidak lupa diucapkan kepada Puan

Ainee bt Ahmad selaku pensyarah bagi subjek EDU 3093 ini atas sokongan dan tunjuk

ajar yang diberikan dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Melalui tugasan ini, banyak perkara yang telah saya lalui dan pelajari. Setiap

kekuatan dan kelemahan yang dihadapi sepanjang dalam proses menyiapkan tugasan

ini telah banyak menyumbang ke arah pengetahuan baru kepada saya. Dari segi

kekuatan, saya mendapati bahawa sumber rujukan dan tunjuk ajar sama ada melalui

internet, buku-buku, rakan-rakan sekelas mahu pun pensyarah mata pelajaran amatlah

baik dan tidak sukar untuk saya dapatkan. Dari segi kelemahan pula, saya merasakan

bahawa pengurusan masa saya sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah agak lemah

di mana tempoh masa yang diambil untuk mencari artikel akhbar yang bersesuaian

adalah terlalu lama dan panjang sehingga menyebabkan saya lambat menyiapkan

tugasan individu yang melibatkan penulisan esei.

Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam dunia

pendidikan ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah

penting. Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya mampu

dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa terjun padang untuk mengatasinya.

Sebagai contoh, kes jenayah murid di sekolah. Guru yang mempunyai kuasa boleh

menghukum murid-murid yang melakukan jenayah, tetapi dendaan tidak akan

membawa kesan yang berpanjangan kepada mereka jika ibu bapa mereka sendiri tidak

menegur atau membetulkan kesalahan mereka di rumah. Jelas, hubungan dua hala

yang baik antara dua ‘kuasa besar’ ini adalah perlu demi menjamin perkembangan

Page 2: refleksi aku.docx

murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek tingkah laku malah prestasi

akademik dan kokurikulumnya.

Sementara itu, saya berpendapat bahawa semua pihak hendaklah mengambil

kira minat murid dan idea daripada guru dalam merangka apa-apa program di dalam

kementerian. Hal ini kerana, apabila bertukar tampuk pemerintahan, pasti ada dasar

yang baru diperkenalkan dan menggantikan dasar yang sedia ada. Ia secara langsung

akan mendatangkan kesan terhadap pencapaian guru dan murid kerana dua kumpulan

ini yang melaksanakan dasar yang dibuat. Justeru, melalui kerja kursus ini, saya belajar

bahawa kita semua bergerak di dalam satu sistem. Dari peringkat kementerian hingga

di sekolah, kita bekerja bersama-sama dan bukannya secara individu mahupun bekerja

untuk kepentingan sesiapa. Saya percaya bahawa jumlah isu yang timbul dalam bidang

pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap pihak berfikiran sedemikian, seterusnya

meringankan bebanan dan cabaran yang harus digalas oleh guru pada masa akan

datang.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas

yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih

juga kepada pensyarah kami, Pn. Siti Saleha di atas bimbingan, bantuan dan tunjuk

ajar beliau kepada kami. Semoga ilmu yang diperolehi ini dapat saya manfaatkan untuk

menjadi guru yang berguna sewaktu ditempatkan di sekolah kelak.

Sekian, terima kasih.

.......................................................

(Mohd Shah Reza B Abd Razak)