refleksi aktiviti 2

1
REFLEKSI AKTIVITI 2 Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dapat juga saya menjalankan aktiviti yang kedua bersama murid tahun 4. Bagi aktiviti yang kedua ini, saya telah menjalankan aktiviti untuk menjawab soalan bahasa Inggeris kepada murid-murid. Aktiviti ini bertujuan untuk mengetahui kemahiran murid tahun 4 dalam menjawab soalan Bahasa Inggeris yang asas serta menilai tahap pemikiran murid-murid dalam membezakan objek yang boleh dikira dan objek tidak boleh dikira. Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid-murid tidak mendapat soalan yang dikemukakan. Namun dengan penerangan saya mengenai arahan soalan dan maksud soalan yang diberikan mereka dapat membuat dengan baik walaupun salah jawapannya. Murid-murid kelihatan buntu oleh kerana mereka tidak begitu berkemahiran dalam bahasa Inggeris. Sepanjang pemerhatian saya, murid-murid mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan yang asas. Bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku, saya mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan tuisyen intensif bahasa Inggeris kepada pelajar yang lemah. Hal ini dapat membantu murid-murid untuk memperkayakan lagi kemahiran dalam berbahasa mereka. Murid-murid ini perlu diberikan penerangan dan pembelajaran serta melatih murid-murid ini untuk sentiasa bercakap dalam bahasa Inggeris. Mengikut pemerhatian saya, murid-murid ini jika didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris selalu, mereka akan mudah terpengaruh oleh kerana perkembangan pemikiran kanak-kanak mempengaruhi keadaan sekitar. Pihak sekolah khususnya perlu membantu murid-murid yang lemah dalam bahasa Inggeris dengan memperbanyakkan mengadakan kelas tambahan bahasa Inggeris. Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu dalam membantu murid yang lemah dalam bahasa Inggeris. Saya dapati murid-murid di sekolah luar bandar seperti sekolah ini kebanyakkannya lemah dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dikurangkan dengan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah untuk membantu pelajar yang lemah. Sesungguhnya saya berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana murid-murid melakukan aktiviti ini dengan baik.

Upload: rose-amaniey

Post on 16-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

AKTIVITI PBS 3

TRANSCRIPT

REFLEKSI AKTIVITI 2Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dapat juga saya menjalankan aktiviti yang kedua bersama murid tahun 4. Bagi aktiviti yang kedua ini, saya telah menjalankan aktiviti untuk menjawab soalan bahasa Inggeris kepada murid-murid. Aktiviti ini bertujuan untuk mengetahui kemahiran murid tahun 4 dalam menjawab soalan Bahasa Inggeris yang asas serta menilai tahap pemikiran murid-murid dalam membezakan objek yang boleh dikira dan objek tidak boleh dikira.Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid-murid tidak mendapat soalan yang dikemukakan. Namun dengan penerangan saya mengenai arahan soalan dan maksud soalan yang diberikan mereka dapat membuat dengan baik walaupun salah jawapannya. Murid-murid kelihatan buntu oleh kerana mereka tidak begitu berkemahiran dalam bahasa Inggeris. Sepanjang pemerhatian saya, murid-murid mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan yang asas.Bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku, saya mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan tuisyen intensif bahasa Inggeris kepada pelajar yang lemah. Hal ini dapat membantu murid-murid untuk memperkayakan lagi kemahiran dalam berbahasa mereka. Murid-murid ini perlu diberikan penerangan dan pembelajaran serta melatih murid-murid ini untuk sentiasa bercakap dalam bahasa Inggeris.Mengikut pemerhatian saya, murid-murid ini jika didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris selalu, mereka akan mudah terpengaruh oleh kerana perkembangan pemikiran kanak-kanak mempengaruhi keadaan sekitar. Pihak sekolah khususnya perlu membantu murid-murid yang lemah dalam bahasa Inggeris dengan memperbanyakkan mengadakan kelas tambahan bahasa Inggeris.Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu dalam membantu murid yang lemah dalam bahasa Inggeris. Saya dapati murid-murid di sekolah luar bandar seperti sekolah ini kebanyakkannya lemah dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dikurangkan dengan inisiatif yang diambil oleh pihak sekolah untuk membantu pelajar yang lemah. Sesungguhnya saya berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan kerana murid-murid melakukan aktiviti ini dengan baik.