refleksi

6
REFLEKSI Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan kerja kursus PSV 3112 Lukisan Dan Penyuburan Diri dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Mohamad Yusoff Mat Saad dan beliau merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyiapkan tugasan. Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan untuk penulisan Tugasan 1 perancangan dalam bentuk folio diberikan iaitu mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tugasan. Pelbagai bahan ilmiah dan sumber laman web dirujuk untuk mendapatkan maklumat. Walaupun agak sukar mendapatkan maklumat berkaitan namun dengan ketekunan dan kesabaran dapat juga saya mengumpul dan seterusnya menyiapkan tugasan yang melibatkan pemahaman tentang latar belakang dan sejarah lukisan serta tokoh tanahair alam bidang lukisan. Bagi tugasan 2 lakaran proses pengwujudan dan perkembangan idea merupakan cabaran baru bagi saya. Untuk mendapatkan idea dan subjek matter bukan lah perkara yang mudah bagi bagi saya. Pelbagai sumber dilihat dan diterokai untuk memilih warisan tradisional yang terbaik.Pilihan agak terhad kerana bilangan pelajar seramai 23 orang dan memerlukan hasil karya yang berlainan. Hasil daripada sesi interaksi yang begitu pendek untuk

Upload: tokwant-zaidi

Post on 08-Feb-2016

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyempurnakan kerja kursus PSV 3112 Lukisan Dan Penyuburan Diri dengan penuh

jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Mohamad Yusoff Mat Saad dan beliau

merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai

cara-cara untuk menyiapkan tugasan.

Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan untuk penulisan Tugasan 1

perancangan dalam bentuk folio diberikan iaitu mengumpulkan maklumat berkaitan

dengan tugasan. Pelbagai bahan ilmiah dan sumber laman web dirujuk untuk

mendapatkan maklumat. Walaupun agak sukar mendapatkan maklumat berkaitan

namun dengan ketekunan dan kesabaran dapat juga saya mengumpul dan seterusnya

menyiapkan tugasan yang melibatkan pemahaman tentang latar belakang dan sejarah

lukisan serta tokoh tanahair alam bidang lukisan.

Bagi tugasan 2 lakaran proses pengwujudan dan perkembangan idea merupakan

cabaran baru bagi saya. Untuk mendapatkan idea dan subjek matter bukan lah perkara

yang mudah bagi bagi saya. Pelbagai sumber dilihat dan diterokai untuk memilih

warisan tradisional yang terbaik.Pilihan agak terhad kerana bilangan pelajar seramai 23

orang dan memerlukan hasil karya yang berlainan. Hasil daripada sesi interaksi yang

begitu pendek untuk saya mengaplikasikan pelbagai teknik menghasilkan lukisan

member sedikit cabaran untuk dilaksanakan. Dengan pengumpulan maklumat dan

pembelajaran kendiri dari laman-laman sesawang serta youtube, saya membuat

lakaran kasar daripada sumber-sumber gambar yang dirasakan bersesuaian dengan

tema yang diberikan iaitu Warisan Tradisioanal Melayu. saya mengambil keputusan

untuk memilih objek senjata iaitu lawi ayam atau kerambit subjek matter. Kemudian,

saya mengkaji pelbagai teknik lukisan dan mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk

meneruskan tugasan. Proses melukis menggunakan media arang atau charcoal

bukanlah satu proses yang mudah bagi saya kerana ianya mmerlukan kemahiran yang

tinggi untuk menguasai teknik dan langkah melukis. Pemilihan media hard charcoal

Page 2: REFLEKSI

penting untuk disesuaikan dengan permukaan papan lapis yang diwarnakan. Latihan

demi latihan diperaktikkan tentang teknik penggunaan charcoal yang diperolehi dari

sumber internet dapat sedikit sebanyak membantu saya dalam menghasilkan karya.

Akhir sekali, saya mengaplikasikan segala pengalaman dan pengetahuan yang saya

perolehi ke atas hasil karya yang  terbaik dan berkualiti. Segala ilmu dan maklumat

yang saya perolehi sepanjang menyempurnakan tugasan ini sangat berguna dan

membantu saya untuk lebih memahami berkaitan tugasan ini akan saya jadikan

sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Encik Mohd Fauzi bin Fadzil yang telah banyak membantu saya

dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan

seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Sekian, terima kasih.

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyempurnakan kerja kursus PSV 3110 Sejarah dan Apresiasi Seni bertajuk sejarah

seni barat dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Mohd Fauzi bin

Fadzil dan beliau merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi

tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyiapkan tugasan.

Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan untuk penulisan diberikan iaitu

mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tugasan. Pelbagai bahan ilmiah dan

sumber laman web dirujuk untuk mendapatkan maklumat. Walaupun agak sukar

mendapatkan maklumat berkaitan namun dengan ketekunan dan kesabaran dapat juga

Page 3: REFLEKSI

saya mengumpul dan seterusnya menyiapkan tugasanyang melibatkan pemahaman

tentang sejarah seni barat dari abad ke 17 hingga ke 20.

Bagi tugasan ke dua pula hasil daripada pengumpulan maklumat catan aliran kubisme

tersebut, saya membuat lakaran kasar daripada sumber-sumber gambar yang

dirasakan bersesuaian dengan tajuk yang diberikan iaitu bertemakan masyarakat. saya

mengambil keputusan untuk memilih ISLAM sebagai subjek matter. Kemudian, saya

mengkaji pelbagai teknik dan mengaplikasikan penggunaan alat dan bahan sebelum

meneruskan tugasan. Seterusnya saya mengkaji pula teknik catan aliran kubisme

sebagai perkembangan idea.Saya melihat dan menilai beberapa contoh catan dari

aliran kubisme yang diambil dari laman web untuk dijadikan perkembangan idea dan

digabungkan menjadi satu perkembangan idea yang baru.

Daripada perkembangan idea tersebut, saya melakukan beberapa lakaran awal untuk

dijadikan sebagai karya akhir. Sebelum karya akhir dibuat, saya juga telah

menyediakan langkah-langkah untuk menghasilkan karya untuk dijadikan karya akhir

tersebut.Beberapa kesukaran dihadapai dari peringkat awal pemilihan media serta

langkah-langkah penghasilan.Pemilihan kertas maunting board amat bertepatan dari

segi palitan warna yang tebal dan kekemasan hasil. Pemilihan tema masyarakat islam

sebagai subjek metter dibuat berdasarkan isu semasa sekarang ini yang menyaksikan

beberapa Negara islam sedang bergolak dan berperang akhir-akhir ini.Malaysia juga

tidak berkecuali dengan pelbagai isu yang membangkitkan kemarahan umat islam.

Akhir sekali, saya mengaplikasikan segala penaglaman dan pengetahuan yang saya

perolehi ke atas hasil karya yang  terbaik dan berkualiti. Segala ilmu dan maklumat

yang saya perolehi sepanjang menyempurnakan tugasan ini sangat berguna dan

membantu saya untuk lebih memahami berkaitan tugasan ini akan saya jadikan

sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Encik Mohd Fauzi bin Fadzil yang telah banyak membantu saya

Page 4: REFLEKSI

dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan

seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya

dapat saya mengkaji dan mendalamibagaimana cara melakukan tugasan ini.Saya amat

bersyukur kerana di beri ruang bagi mengkaji berkenaan tugasan yang diberiiaitu

bidang kraf tradisional ukiran tebuk tembus.Ukiran kayu yang saya pilih ialah hiasan

cermin muka.Ukiran ini bermotifkan flora.Saya mula mengkaji dengan

mengambilsumber-sumber dari intenet,majalah.Selepas itu mula melakar imej dengan

pelbagai contoh flora dan seterusnya membuat olahan idea.Kajian terhadap jalinan

bunga,rupa bunga dan bentuk bunga tersebut.Kerja-kerja yang diberikan dilakukan

sedikit demi sedikit.Dalam memyiapkan folio ini saya telah di uji dengan kesabaran di

mana tugasan ini memerlukan ketekunan dan ianya perludilakukan dengan

penumpuan dan penelitian yang lebih.Saya juga berasa sangat bangga dengan

komitmen pensyarah yang sentiasa membantu dan memberi tunjukajar tanpa

mengira penat lelah.Sentiasa membimbing dan memberi nasihat dalammenyiapkan

folio ini.Folio ini amat bermakna bagi saya kerana ianya merupakan satu pengalaman

yang tidak dapat dilupakankerana dengan ini saya dapat tahu bagaimana cara untuk

menghasilkan sebuah ukiran kayu hiasan cermin muka. Akhirnya saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Psv, En. Johan Kadis,En. Basir

Ahmad dan En.Mohd Zamani b. Nor Peah yang sentiasa memberi nasihat dan

pandangan dalam menyiapkan folio ini.Saya amat bersyukurke hadrat Illahi

kerana dapat menyiapkan folio ini dalam masa yang ditetapkan

oleh pensyarah.Terima kasih pada semua pensyarah Psv yang banyak

membantu..Sekian.Terima kasih