refleksi

2
REFLEKSI OLEH : WAN MOHAMAD AIMAN AZRI BIN WAN YUSOFF 2 PISMP PSV 1 AMBILAN JANUARI 2013 Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan Nya dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus gerko iaitu permainan badminton secara berkumpulan. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, pelbagai perkara yang dapat saya pelajari. Banyak pengalaman yang saya perolehi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung budi buat pensyarah gerko yang tak pernah jemu mendengar idea-idea kami, semasa kerja kursus ini dijalankan, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada En Azizo bin Awang kerana telah menunjukkan kepada kami cara mengajar dan bermain badminton yang sebenar. Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan yang sama-sama menyiapkan tugasan ini, begitu juga kepada rakan-rakan yang lain.Tanpa kalian nescaya tugasan saya ini tidak akan selesai. Banyak faedah yang saya peroleh sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. Saya banyak belajar khususnya dalam memahami cara-cara ingin mengendalikan sebuah pertandingan, sistem kiraan mata dan kepegawaian dalam permainan badminton ini. Tidak dinafikan memang kebanyakkan daripada kami yang sudah mengetahui cara untuk bermain permainan ini begitu juga dengan saya, tetapi kebanyakkan daripada kami masih lagi tidak mengetahui undang-undang dan dari segi kepegawaian untuk mengendalikan permainan ini sekiranya saya dilantik menjadi seorang guru kelak. Saya masih ingat lagi kata En Azizo kita, kalau nak bermain memang semua orang boleh buat...tapi kalau nak mengajar belum tentu kita mahir... kata-kata itu memang kena benar dengan saya, kerana pertama sekali saya mengetahui yang semester ini subjek gerko untuk unit PSV 1 permainan badminton, hati saya mengatakan subjek ini mudah namun setelah pertengahan kami belajar permainan ini, nampak bahawa banyak lagi yang masih kami khususnya saya belum mengetahui terutama sekali dari segi kepegawaian dan undang-undang permainan ini. Alhamdulillah dengan adanya kerja kursus yang menuntut saya sekumpulan

Upload: wan-man

Post on 06-Feb-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

REFLEKSI OLEH : WAN MOHAMAD AIMAN AZRI BIN WAN YUSOFF

2 PISMP PSV 1 AMBILAN JANUARI 2013

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan Nya dapat saya menyelesaikan

tugasan kerja kursus gerko iaitu permainan badminton secara berkumpulan. Sepanjang

menyelesaikan tugasan ini, pelbagai perkara yang dapat saya pelajari. Banyak

pengalaman yang saya perolehi.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung budi buat pensyarah

gerko yang tak pernah jemu mendengar idea-idea kami, semasa kerja kursus ini

dijalankan, sekalung penghargaan juga diucapkan kepada En Azizo bin Awang kerana

telah menunjukkan kepada kami cara mengajar dan bermain badminton yang sebenar.

Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan yang sama-sama menyiapkan

tugasan ini, begitu juga kepada rakan-rakan yang lain.Tanpa kalian nescaya tugasan

saya ini tidak akan selesai. Banyak faedah yang saya peroleh sepanjang proses

menyempurnakan tugasan ini. Saya banyak belajar khususnya dalam memahami cara-

cara ingin mengendalikan sebuah pertandingan, sistem kiraan mata dan kepegawaian

dalam permainan badminton ini. Tidak dinafikan memang kebanyakkan daripada kami

yang sudah mengetahui cara untuk bermain permainan ini begitu juga dengan saya,

tetapi kebanyakkan daripada kami masih lagi tidak mengetahui undang-undang dan

dari segi kepegawaian untuk mengendalikan permainan ini sekiranya saya dilantik

menjadi seorang guru kelak.

Saya masih ingat lagi kata En Azizo “ kita, kalau nak bermain memang semua orang

boleh buat...tapi kalau nak mengajar belum tentu kita mahir...” kata-kata itu memang

kena benar dengan saya, kerana pertama sekali saya mengetahui yang semester ini

subjek gerko untuk unit PSV 1 permainan badminton, hati saya mengatakan subjek ini

mudah namun setelah pertengahan kami belajar permainan ini, nampak bahawa

banyak lagi yang masih kami khususnya saya belum mengetahui terutama sekali dari

segi kepegawaian dan undang-undang permainan ini.

Page 2: refleksi

Alhamdulillah dengan adanya kerja kursus yang menuntut saya sekumpulan untuk

membuat kertas kerja permainan ini, dapatlah kiranya saya dan rakan ahli kumpulan

mengetahui serba sedikit cara pelaksanaan permainan ini. Manalah tahu sekiranya

kami menjadi seorang guru yang sebenar kelak terpaksa mengendalikan pertandingan

permainan ini dan pada hari itu kami tidak lagi risau kerana ilmu yang dicurahkan di

IPGKSM ini khususnya dalam mata pelajaran gerko akan kami gunakan nanti.

insyaAllah.

Tugasan ini juga mendidik saya untuk lebih rajin kerana melalui pencarian buku-

buku yang berkaitan dengan tajuk ini dan menerapkan budaya membaca dalam diri

saya sendiri. Oleh yang demikian, diiharapkan tugasan ini dapat memberi input yang

berguna pada semua, InsyaAllah.