refleksi

Upload: kartini-japar

Post on 08-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi Tugasan

TRANSCRIPT

REFLEKSI( KARTINI BINTI JAPAR )Syukur Alhamdulillah akhirnya Tugasan Kerja Kursus Pendek Matematik Asas ini siap dilaksanakan dengan jayanya.

Tugasan kali ini berbeza dengan tugasan pada semester lepas disebabkan oleh sukatan pelajaran yang tidak sama. Tugasan ini melibatkan penyelesaian masalah dengan mengaplikasikan Model Penyelesaian masalah Polya dengan beberapa strategi yang berbeza. Dalam tugasan ini, kami juga diminta untuk menyelesaikan masalah bukan rutin. Tugasan ini dilakukan dalam kumpulan bertiga yang terdiri daripada saya sendiri, Kartini Binti Japar, Noor Azila Binti Zaini dan Nur Musernah Binti Musini.

Saya mula mencari bahan maklumat yang diperlukan kerana tidak mahu membuat kerja di hujung waktu. Berdasarkan pengalaman pada semester lepas, kerja yang dihasilkan di hujung waktu adalah kurang berkualiti. Oleh itu, saya mula bergerak awal bagi memastikan saya menghasilkan tugasan yang berkualiti dan boleh mendapat markah yang terbaik.

Melalui sesi pembelajaran waktu kuliah dan sesi perbincangan yang dilakukan, saya dapat memahami skop tugasan ini dengan baik. Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mencari dan mengumpul maklumat.

Saya mencari maklumat berkaitan di pusat sumber dan mengakses maklumat daripada internet. Saya juga mengumpul bahan daripada buku rujukan serta melalui sesi kuliah topik penyelesaian masalah yang diterangkan oleh Encik Badrul Hisham bin Jaafar. Kaedah-kaedah yang dilaksanakan ini sangat mudah dan membantu menjimatkan masa untuk mencari bahan maklumat.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari dan perolehi. Saya belajar untuk menyusun bahan maklumat secara sistematik, dan memperbaiki pengurusan masa saya. Saya percaya, untuk menghasilkan tugasan yang baik, seseorang individu perlu ada disiplin diri yang jitu.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat memahami bahawa setiap masalah yang berlaku sama ada rutin atau bukan rutin boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Sesuatu keputusan itu hendaklah dibuat secara kritis dan kreatif dengan membuat pemilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif yang telah dipertimbangkan dengan teliti. Kita juga perlu menyedari bahawa terdapat pelbagai cara untuk melakukan sesuatu tindakan dan memilih perkara yang dikehendaki dan terbaik daripada bebrapa pilihan yang ada.

Satu perkara yang sangat bermakna setelah membuat tugasan ini ialah saya mampu untuk menerangkan berkaitan dengan pelbagai strategi penyelesaian masalah ini kepada rakan yang kurang memahami. Namun demikian, saya masih kurang arif untuk memilih strategi daripada pelbagai strategi yang ada yang bersesuaian dengan pernyataan masalah. Walaupun begitu, saya akan menyelesaikan masalah ini dengan bertanyakan kepada pensyarah ketika sesi kuliah yang akan datang bagi memantapkan lagi perolehan ilmu saya. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kerja kami. Berdasarkan pengalaman yang diterima dan pemerolehan ilmu sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya yakin dan percaya kami mampu untuk menyelesaikan masalah sama ada rutin ataupun tidak rutin dengan mengaplikasikan Kaedah Penyelesaian maslah menggunakan Model Penyelesaian Masalah Polya dengan pelbagai strategi pada masa akan datang.