refleksi

2
Refleksi Terapi Bowen berpandangan bahawa seseorang individu hanya memeriksa dan membetulkan pola yang dipindahkan daripada generasi sebelumnya, mereka lebih cenderung untuk mengulang tingkah laku dalam keluarga mereka sendiri. Elemen dalam terapi bowen adalah terdapat satu kebimbangan yang kronik dalam semua kehidupan kini yang dating daripada lingkungan kehidupan yang lalu. Kebimbangan ini berlaku secara emosional. Fizikal dan dikongsi bersama. Emotionally cutoff (emosi terputus) adalah satu pola yang banyak dibincangkan dalam system keluarga. Daripada main peranan (Role Play) yang telah dilakukan oleh kumpulan kami dimana kaunselor berhadapan dengan isu keluarga yang menghadapi emotional cutoff, keadaan ini dapat dikesan apabila kaunselor cuba mengaplikasikan pendekatan genogram. Dalam keadaan emotional cutoff yang berlaku di antara anak dan ibu, kaunselor dapat mengetahui punca sebenar isu ini berlaku apabila menggunakan genogram untuk meneroka permasalahan sebenar yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Dalam terapi keluarga Bowen, sebahagian individu mudah diserang kebimbangan berbanding dengan individu lain kerana itulah cara generasi sebelumnya dalam keluarga itu menyalurkan transmisi tersebut kepada mereka. Hanya terdapat sedikit masalah sahaja yang dihadapi oleh individu atau keluarga yang mengekalkan kebimbangan pada tahap yang rendah. Dalam kes yang berlaku dalam main peranan kumpulan kami, enotional cutoff berlaku apabila hubungan diantara anak dan ibu mula terputus dari segi

Upload: faizal-bin-amran

Post on 28-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Terapi Bowen berpandangan bahawa seseorang individu hanya memeriksa dan membetulkan

pola yang dipindahkan daripada generasi sebelumnya, mereka lebih cenderung untuk

mengulang tingkah laku dalam keluarga mereka sendiri. Elemen dalam terapi bowen adalah

terdapat satu kebimbangan yang kronik dalam semua kehidupan kini yang dating daripada

lingkungan kehidupan yang lalu. Kebimbangan ini berlaku secara emosional. Fizikal dan

dikongsi bersama. Emotionally cutoff (emosi terputus) adalah satu pola yang banyak

dibincangkan dalam system keluarga.

Daripada main peranan (Role Play) yang telah dilakukan oleh kumpulan kami dimana

kaunselor berhadapan dengan isu keluarga yang menghadapi emotional cutoff, keadaan ini

dapat dikesan apabila kaunselor cuba mengaplikasikan pendekatan genogram. Dalam

keadaan emotional cutoff yang berlaku di antara anak dan ibu, kaunselor dapat mengetahui

punca sebenar isu ini berlaku apabila menggunakan genogram untuk meneroka permasalahan

sebenar yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga.

Dalam terapi keluarga Bowen, sebahagian individu mudah diserang kebimbangan

berbanding dengan individu lain kerana itulah cara generasi sebelumnya dalam keluarga itu

menyalurkan transmisi tersebut kepada mereka. Hanya terdapat sedikit masalah sahaja yang

dihadapi oleh individu atau keluarga yang mengekalkan kebimbangan pada tahap yang

rendah. Dalam kes yang berlaku dalam main peranan kumpulan kami, enotional cutoff

berlaku apabila hubungan diantara anak dan ibu mula terputus dari segi emosi. Apabila

kaunselor mula meneroka dengan menggunakan genogram, isu ini berlaku disebabkan ibunya

terlalu bimbang dengan keadaan anak lelakinya dan inginkan anak lelakinya menjadi seperti

anak perempuannya.

Kejadian ini berlaku, disebabkan generasi sebelumnya yng mempengaruhi generasi

pada masa sekarang. Oleh itu, secara keseluruhannya, pendekatan terapi keluarga Bowen

dengan menggunakan teknik genogram dapat membantu kaunselor untuk memahami system

keluarga yang wujud dalam sesebuah keluarga. Kaunselor kena mempunyai pengalaman dan

kecekapan dalam menggunakan teknik genogram ini supaya dapat memahami system tiga

generasi keluarga yang wujud dalam sesebuah keluarga yang sering mempengaruhi tingkah

laku setiap ahli dalam keluarga tersebut.