refleksi

3
Salam bahagia dan salam sejaht8era . Dengan berkat doa tuhan , maka dapatlah saya siapkan kerja kursus untuk Subjek Pengajian dan Pengurusan kurikulum PSV KBSR ( PSV3104 ). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarah yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah laku anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing.Terima9- Sering kita dengar dan lihat murid-murid mengatakan bahawa antara mata pelajaran yang paling menyeronokkan di kelas ialah Pendidikan Seni Visual. Benarkah kenyataan ini?. Pandangan saya, kenyataan ini adalah benar sama sekali. Melalui pengetahuan dan pengalaman saya semasa menjadi murid di sekolah dahulu, yang sebenarnya menjadi faktor kepada keminatan murid itu dalam sesuatu mata pelajaran adalah melalui bagaimana sesuatu perancangan dan pelaksanaan seseorang guru itu di dalam kelas. Di samping itu, sesuatu mata pelajaran itu akan menjadi menarik jika bahan dan juga cara gaya tersebut menyampaikan menarik serta dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu, sesuai dengan peredaran semasa yang penuh cabaran teknologi kini, murid-murid sebenarnya lebih suka dan tertarik jika pengajaran seseorang guru itu dapat diaplikasikan menggunakan teknologi semasa dan lebih mencabar. Oleh itu, kursus ini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti. Sepanjang saya melaksanakan dan membuat kerja kursus ini, banyak pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar bahawa sebagai seorang uikbakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar

Upload: pari-mala

Post on 23-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

Salam bahagia dan salam sejaht8era . Dengan berkat doa tuhan , maka dapatlah saya siapkan

kerja kursus untuk Subjek Pengajian dan Pengurusan kurikulum PSV KBSR ( PSV3104 ). Di

ruang ini juga, tidak saya lupakan pensyarah yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan

sentiasa bersabar dengan tingkah laku anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian

karenah masing-masing.Terima9-

Sering kita dengar dan lihat murid-murid mengatakan bahawa antara mata pelajaran yang

paling menyeronokkan di kelas ialah Pendidikan Seni Visual. Benarkah kenyataan ini?.

Pandangan saya, kenyataan ini adalah benar sama sekali. Melalui pengetahuan dan

pengalaman saya semasa menjadi murid di sekolah dahulu, yang sebenarnya menjadi faktor

kepada keminatan murid itu dalam sesuatu mata pelajaran adalah melalui bagaimana sesuatu

perancangan dan pelaksanaan seseorang guru itu di dalam kelas. Di samping itu, sesuatu mata

pelajaran itu akan menjadi menarik jika bahan dan juga cara gaya tersebut menyampaikan

menarik serta dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu, sesuai dengan peredaran

semasa yang penuh cabaran teknologi kini, murid-murid sebenarnya lebih suka dan tertarik jika

pengajaran seseorang guru itu dapat diaplikasikan menggunakan teknologi semasa dan lebih

mencabar. Oleh itu, kursus ini banyak memberi manfaat dan kelebihan kepada saya untuk

digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa di sekolah nanti.

Sepanjang saya melaksanakan dan membuat kerja kursus ini, banyak pengalaman dan ilmu

serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar bahawa sebagai seorang

uikbakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai

persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui

kursus ini secara tidak langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang

boleh sebagai simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu

pengajaran. Di samping itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta

menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara langsung saya dapat belajar bagaimana untuk

membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

misalnya menghasilkan lukisan yang menarik sesuai dengan tajuk dan tema yang hendak di

ajar oleh guru tersebut. oleh itu, peluang dan ruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan

saya manfaatkan sebanyak yang mungkin.

Page 2: REFLEKSI

Sebagai seorang bakal guru, salah satu kemahiran yang perlu dimahiri dan dipelajari ialah

kemahiran membina dan mengaplikasikan kemahiran seni. Saya sedar bahawa segala

maklumat masa kini boleh diakses ataupun dicari menggunakan hujung jari sahaja, bermaksud

maklumat yang ingin kita capai sungguh mudah dan senang dicapai melalui akses internet.

Dengan itu, melalui kursus ini saya dapat belajar bagaimana mempelajari kemahiran –

kemahiran asas seni pengajaran dan pembelajaran untuk murid khususnya untuk subjek

Pendidikan Seni Visual (Minor saya) di samping dapat memuat naik dan turun bahan yang

disalurkan. Kesannya, pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah di samping

dapat mempertingkatkan kemahiran murid dalam menggunakan Kemahiran – kemahiran asas

seni

Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta peluang

kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran – kemahiran seni untuk

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Pendidkan

Seni Visual. Selain itu,kerja kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat

membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak.

Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki  dapat terus

dikembangkan dan digunakan secara qrmaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah

. Sekian Terima Kasih.

Parimala Nathan Sanji

No IC : 810804-01-5924

No Matrik : 1CMT1106101