refleksi

4
REFLEKSI Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang pengenalan bahasa dari pelbagai yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini. Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini. Tambahan lagi, tugasan ini diberi semasa cuti hari raya. Sepanjang saya melakukan tugasan ini, saya merujuk kepada buku-buku, internet serta artikel yang berkaitan dengannya. Disamping itu, saya merujuk kepada ibu bapa, abang dan kakak yang telah berpengalaman dalam perkara yang berkaitan dengannya. Saya mendapat pelbagai pandangan daripada mereka untuk membuat dan membina rancangan pengajaran tahunan. Tidak semua perkara akan mudah dan senang. Sepanjang saya melakukan tugasan ini, banyak masalah yang timbul dan menyebabkan saya sukar untuk mengendalikannya. Antara masalah yang timbul ialah pada mulanya saya kurang jelas lagi mengenai cara untuk membuat dan rancangan pengajaran harian ini. Alhamdulillah, berkat daripada pertolongan rakan dan keluarga dapatlah saya memahami dan dapat

Upload: afiem-sweet

Post on 22-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kongsi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa ini, saya telah

menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.

Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula

lebih mengenali serta memahami tentang pengenalan bahasa dari pelbagai yang sebelum

ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.

Banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang melakukan tugasan ini.

Tambahan lagi, tugasan ini diberi semasa cuti hari raya. Sepanjang saya melakukan

tugasan ini, saya merujuk kepada buku-buku, internet serta artikel yang berkaitan

dengannya. Disamping itu, saya merujuk kepada ibu bapa, abang dan kakak yang telah

berpengalaman dalam perkara yang berkaitan dengannya. Saya mendapat pelbagai

pandangan daripada mereka untuk membuat dan membina rancangan pengajaran

tahunan.

Tidak semua perkara akan mudah dan senang. Sepanjang saya melakukan tugasan ini,

banyak masalah yang timbul dan menyebabkan saya sukar untuk mengendalikannya.

Antara masalah yang timbul ialah pada mulanya saya kurang jelas lagi mengenai cara

untuk membuat dan rancangan pengajaran harian ini. Alhamdulillah, berkat daripada

pertolongan rakan dan keluarga dapatlah saya memahami dan dapat melaksanakannya.

Selain itu, semasa saya melakukan tugasan ini, komputer riba saya telah mengalami

masalah yang membuatkan saya tersekat untuk mencari maklumat mengenai tugasan ini.

Masalah ini dapat saya selesaikan dengan meminjam dan menggunakan komputer riba

rakan saya.

Saya juga mula merasai kepentingan Literasi Bahasa ini terhadap diri saya kerana sebagai

bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas

harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan

mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin

saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran Literasi Bahasa, sedikit

sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia

Page 2: REFLEKSI

perguruan ini. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi,

dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikkan sebaik mungkin nanti.

Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus

bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Literasi Bahasa

ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan

tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang

sempurna.

Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya

laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami

semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan

juaga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini.

Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah

dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi

melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya

berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik

dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk

ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus

pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan

tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek Literasi Bahasa ini telah

memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion

yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang

berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi

agama bangsa dan negara.

Page 3: REFLEKSI

الرحمن الله بسم

الحيم