refleksi

6
REFLEKSI Kami telah mengikuti Program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Arasan fasa ke-5, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penanda arasan ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Sungai Petani, Kedah. Kami mengikuti program ini pada 1 Mac 2015, hari ahad. kami telah memilih sekolah di negeri Kedah supaya boleh menjalankan program pada hari ahad dan tidak mengganggu waktu kuliah kami. Kekuatan Apabila mengkaji program ini, saya dapati kekuatan, kelemahan, peluang dan kekangan. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar. Sekiranya di beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa akan datang tidak mustahil akan

Upload: kohila-kohilavani

Post on 22-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ghhh

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

REFLEKSI

Kami telah mengikuti Program Bina Insan Guru Lawatan Penanda Arasan

fasa ke-5, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penanda arasan ini telah

dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Sungai Petani,

Kedah. Kami mengikuti program ini pada 1 Mac 2015, hari ahad. kami telah memilih

sekolah di negeri Kedah supaya boleh menjalankan program pada hari ahad dan

tidak mengganggu waktu kuliah kami.

Kekuatan

Apabila mengkaji program ini, saya dapati kekuatan, kelemahan, peluang dan

kekangan. Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang

melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-

dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam

menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan

lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini

secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih

mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar. Sekiranya di

beri tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan

dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru

besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman

memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri

dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu

mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masa

akan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baik

dan cemerlang.

Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam

mentadbir sekolah tersebut. Saya dapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu

En. Karunamurthi a/l Subramaniam merupakan seorang guru besar yang suka

merendah diri. Beliau menyatakan bahawa, sebarang perubahan dan budaya

kecemerlangan yang diterapkan di sekolah tersebut adalah berbeza dengan

sekolah-sekolah lain. Beliau juga bangga dengan usaha yang telah diambil bersama

guru-guru di sekolah tersebut dapat mencapai sekolah harapan dalam masa yang

singkat. Namun, beliau amat menekankan disiplin di sekolah tersebut. Bukan sahaja

Page 2: refleksi

murid-murid perlu berdisiplin malahan guru-guru juga tidak terkecuali. Menurut

beliau sahsiah sahaja bukan datang dari murid tetapi mesti datang dari guru barulah

murid akan mengikuti. Selain itu, untuk menjadi seorang guru yang hebat beliau

menyatakan bahawa seorang guru perlu jadi agen perubahan iaitu yang sentiasa

mengikuti peredaran semasa. Agen perubahan yang dimaksudkan ialah boleh

bercampur dengan pelbagai lapisan masyarakat serta dapat membetulkan sentimen

minda masyarakat.

Selain itu, saya dapati kekuatan di sekolah tersebut ialah murid digalakkan

dengan memberi pelbagai kaedah yang merangsang motivasi kepada pelajar.

Misalnya, kaedah ‘punch-card’ dimana pelajar diberi peneguhan untuk hadir ke

sekolah setiap hari dengan bersungguh-sungguh. Apabila pelajar melakukan aktiviti

dalam kelas bagi setiap mata pelajaran, jika pelajar tersebut menunjukkan tingkah

laku yang baik dengan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dengan betul

dan menepati masa, maka mereka akan diberi token untuk main di station-station

yang ditetapkan pada waktu rehat. Perkara ini memberi galakkan kepada pelajar

untuk mengekalkan keaktifan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Pada masa yang sama, pelajar juga sangat berdisiplin dalam

melakukan segala aktiviti di sekolah tersebut.

Kelemahan

Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan

tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan

komitmen sesama unit. Ini telah menyukarkan kami untuk menjayakan program

tersebut. Selain itu, kelemahan yang lain boleh dilihat ialah bagi sekolah tersebut

ialah kemudahan padang yang kecil untuk menampung kegunaan murid.

Halangan

Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa

penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami telah cuba menyiapkan

segala kertas kerja serta surat menyuarat yang diperlukan seawal mungkin. Selain

itu, masalah kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan semua unit

telah berganding bahu serta bergilir-gilir untuk menjalankan tugas supaya tidak

berlaku pertelingkahan antara satu sama lain. Bagi penambahbaikkan dari segi

Page 3: refleksi

masa yang diperuntukkan pula, carilah waktu dan masa yang sesuai untuk

mengadakan program tersebut serta semua maklumat yang ingin disampaikan dapat

disalurkan dengan mudah dan tidak tegesa-gesa.

Tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa ada yang

tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Terima

kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara

langsung dan tidak langsung.

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh

guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami

untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin

sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan

meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat

memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah

bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat

kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan

prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara

keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya

dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan

datang.

Page 4: refleksi
Page 5: refleksi

REFLEKSI

KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG KEKANGAN

Semangat kerjasama

Kesungguhan guru besar

Penggunaan pelbagai kaedah

Masa tenaga dan komitmen sesama unit

Kekurangan kemudahan asas di

sekolah tersebut

Diberi kebenaran untuk melawat sekolah tersebut

Menanya soalan kepada supaya dapat lebih banyak pengetahuan

Sekolah yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai panduan sebagai

seorang guru

Kekurangan masa untuk meneroka lebih

pengalaman

Kekeliruan dan keraguan semasa

membuat perancangan