refleksi

6
REFLEKSI KENDIRI-PROGRAM SINGGAH RAMADHAN NUR RASYIDAH BT. BUJANG 910404-13-6020 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya kami dapat juga melaksanakan tugasan projek kami iaitu “Program Singgah Ramadhan” yang telah diadakan pada 27 Julai 2013 bertempat di Kampung Empila, Kota Samarahan. Projek ini merupakan projek persatuan kami iaitu Persatuan Pendidikan Islam, di bawah bimbingan Ustazah Musliha Bt Ismail. Pada awalnya, kami telah memilih untuk menjalankan program ini di Kampung Tanjung Tuang. Namun, terdapat sedikit kekangan yang menghalang kami untuk melaksanakan program ini di kampung tersebut. Setelah berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain, akhirnya kami bersetuju untuk memilih Kampung Empila sebagai pusat di mana kami akan melaksanakan program ini. Kemudiaannya, kami mula membuat kertas kerja

Upload: syidahbujang

Post on 21-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

REFLEKSI KENDIRI-PROGRAM SINGGAH RAMADHAN

NUR RASYIDAH BT. BUJANG

910404-13-6020

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurniaNya akhirnya kami dapat juga melaksanakan tugasan projek kami iaitu

“Program Singgah Ramadhan” yang telah diadakan pada 27 Julai 2013 bertempat di

Kampung Empila, Kota Samarahan. Projek ini merupakan projek persatuan kami

iaitu Persatuan Pendidikan Islam, di bawah bimbingan Ustazah Musliha Bt Ismail.

Pada awalnya, kami telah memilih untuk menjalankan program ini di

Kampung Tanjung Tuang. Namun, terdapat sedikit kekangan yang menghalang

kami untuk melaksanakan program ini di kampung tersebut. Setelah berbincang

bersama pensyarah dan rakan-rakan yang lain, akhirnya kami bersetuju untuk

memilih Kampung Empila sebagai pusat di mana kami akan melaksanakan program

ini. Kemudiaannya, kami mula membuat kertas kerja untuk diserahkan dan

diluluskan oleh pengarah serta mendapatkan kenderaan iaitu bas maktab untuk ke

sana kelak. Ketua kampung juga telah dimaklumkan mengenai kehadiran serta

tujuan kami datang ke kampung berkenaan.

Pada 27 Julai yang lepas, seawal jam 2.30 petang, kami berkumpul beramai-

ramai di Pusat Islam IPGKTAR untuk mendengar taklimat terakhir daripada

pensyarah pembimbing. Kemudian, kami mengangkat segala barang yang telah

Page 2: refleksi

disediakan ke dalam bas untuk di bawa ke Kampung Empila. Saya merasa sangat

bersyukur dan gembira kerana kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan

sangat memuaskan. Usai memindahkan segala barang ke dalam bas, kami

kemudiannya bertolak menuju ke Kampung Empila. Akan tetapi, bas yang

membawa barangan tersebut perlu bergerak menuju ke kedai runcit kerana beras

belum dibeli. Manakala, kami bertolak lebih awal ke kampung berkenaan

memandangkan kami menggunakan kenderaan sendiri. Setibanya di kampung, kami

dapati ramai penduduk kampung telah tiba di Masjid As-Sabirin Kampung Empila

tersebut. Mereka telah tiba seawal jam 2.30 petang lagi kerana ada di antara mereka

tinggal jauh dari kawasan masjid.

Sambil menunggu kedatangan bas, kami beramah mesra dengan penduduk

kampung untuk mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Mereka semuanya

sangat peramah dan mudah di ajak berbual. Kemudian, pada jam 4.00 petang, baas

kami tiba di perkarangan masjid. Tanpa melengahkan masa, kami segera

mengeluarkan semua barang dari dalam bas ke dalam masjid. Sebelum memulakan

majlis, kami solat asar berjemaah terlebih dahulu. Usai solat berjemaah, kami

memulakan majlis penyerahan barang sumbangan kepada pihak kampung di mana

majlis ini telah bermula kira-kira jam 5.00 petang. Kelihatan penduduk sangat

gembira menerima barangan sumbangan tersebut. Saya merasa terharu melihat

kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka menerima sumbangan tersebut.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”, begitulah pepatah yang dapat

menggambarkan perasaan saya ketika itu. Kira-kira dalam jam 5.30 petang, majlis

kami selesai. Penduduk kampung bersurai dengan membawa segala barangan

mereka. Namun, terdapat juga dalam kalangan mereka yang datang ke masjid

berjalan kaki. Maka, dengan rasa tanggungjawab, saya dan rakan dengan sukarela

membantu mereka untuk menghantar mereka ke rumah. Kelihatan rumah mereka

sangat dhaif jika hendak dibandingkan dengan rumah saya. Rasa kasihan mula

menyelubungi hati saya apabila melihat kesusahan hidup mereka yang hanya hidup

bergantung kepada pendapatan dari kebun-kebun sayur dan buah-buahan mereka.

Kegembiraan anak-anak kecil menyambut kedatangan ibu bapa mereka dengan

membawa barang berbentuk makanan juga turut menggamit rasa kasihan dari lubuk

hati saya.

Page 3: refleksi

Program ini telah memberi saya beberapa kesedaran melalui kekuatan

pelaksanaannya. Antaranya ialah, melalui program ini, kami berpeluang untuk

mengenali orang-orang kampung yang berdekatan. Kami mampu beramah-mesra

dengan mereka untuk mengenali latarbelakang keluarga mereka dengan lebih baik.

Selain itu, kami juga berpeluang untuk membantu mereka yang hidup dalam

kesusahan. Hal ini menyedarkan saya erti kesyukuran. Tidak dinafikan, ramai antara

kita hidupnya senang dan mewah, namun tidak ramai yang kenal erti syukur yang

sebenarnya. Program ini menyedarkan saya untuk bersyukur dengan keadaan hidup

saya kini. Meskipun tidak hidup dalam keadaan mewah, namun saya masih mampu

makan makanan yang lazat dan enak walaupun tidaklah dikatakan kerap. Selain itu,

program ini juga melatih saya untuk menjadi lebih prihatin terhadap orang sekeliling.

Sejujurnya, walaupun sudah bertahun menetap di Samarahan, namun saya masih

belum mengenali penduduk-penduduk kampung berdekatan apatah lagi keadaan

hidup mereka kerana masa yang ada habis diluangkan di maktab sahaja. Namun,

dengan adanya program begini, ianya membantu kami untuk membina hubungan

yang baik dengan masyarakat sekeliling.

Di samping kekuatan, saya juga mendapati beberapa kelemahan program ini

iaitu pada hari tersebut, bas kami tiba lewat daripada masa yang telah dijangkakan.

Hal ini menyebabkan penduduk kampung menunggu terlalu lama kerana ada di

antara mereka telah tiba awal kerana kawasan rumah mereka terletak jauh dari

masjid. Bas kami tiba lewat dari waktu yang telah ditetapkan kerana masih

mengambil beras dari kedai runcit. Mungkin untuk program akan datang, kami

perlulah membeli segala barang yang diperlukan lebih awal. Walaupun begitu,

sehebat manapun kita merancang, hanya Allah yang menentukan. Selain itu,

kelemahan lain yang turut kami dapati ialah berlakunya perselisihan antara pihak

penganjur dengan penduduk kampung, Penduduk kampung telah dimaklumkan

untuk berkumpul di masjid sebelum jam 2.30 petang, manakala pihak penganjur pula

tiba pada jam 4.00 petang. Namun, kami telah meminta maaf atas kelewatan kami

dan juga atas kesilapan makluman mengenai majlis tersebut. Pada program akan

datang, kami hendaklah memastikan bahawa maklumat yang diterima oleh pihak

kampung adalah maklumat yang tepat supaya mereka tidak menunggu terlalu lama.

Saya merasa sangat gembira kerana akhirnya projrk ini berjaya dilaksanakan

pada waktu yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan dan sumbangan daripada rakan-

Page 4: refleksi

rakan, kemungkinan besar projrk ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu,

jutaan terima kasih saya kalungkan kepada pensyarah, rakan-rakan, warga

Kampung Empila serta pihak lain yang terlibat dalam membantu kami sepanjang

melaksanakan projek atau program ini. Selain itu, saya juga merasa sangat berpuas

hati dan gembira dengan kerjasama yang telah diberikan rakan-rakan saya.

Walaupun masing-masing mempunyai komitmen terhadap tugasan yang lain, namun

mereka masih mampu memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan

ketika pelaksanaan program ini. Setiap usaha dan ikhtiar yang telah dilakukan

sangat memberangsangkan. Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana Dialah yang

telah membantu kami dalam melaksanakan tugasan dan mengizinkan kami

menyempurnakannya dengan baik. Sekali lagi, saya merakamkan jutaan terima

kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung ataupun tidak langsung.

Barakallahufikum Jami’an. Akhir kalam, hanya Allah sahaja yang mampu membalas

jasa-jasa kalian. Allahu’alam.