refleksi

10
TUGASAN 4 : PENULISAN REFLEKTIF KENDIRI 40

Upload: ainansaffiya

Post on 13-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

refleksi terapi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

TUGASAN 4 :

PENULISAN REFLEKTIF

KENDIRI

40

Page 2: REFLEKSI

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada Allah SWT kerana limpahan rahmat-Nya,

dapat saya menyiapkan tugasan iaitu Terapi dalam Pendidikan Khas (PKU3109) ini tepat

pada tarikh serahan yang telah ditetapkan oleh pensyarah yang berkenaan. Sebelum

melaksanakan Praktikum Fasa 1, pensyarah penasihat tugasan ini iaitu Puan Farah Dilla binti

Ramli telah memberi penerangan dan menyerahkan tugasan ini dan dikehendaki untuk

menyiapkan secara individu.

Tugasan kerja projek yang diberikan ini cukup menarik kerana tugasan ini tidak pernah

saya lakukan sebelum ini. Tugasan ini dibahagikan kepeada beberapa komponen, iaitu

mengumpul maklumat berkenaan terapi hidro dan terapi pasir daripada pelbagai sumber dan

kemudiannya maklumat tersebut dihasilkan dalam bentuk peta minda dan suatu penulisan esei

pendek secara kritis dihasilkan berdasarkan perta minda tersebut; menyediakan sebuag

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan memasukkan unsur terapi hidro atau terapi pasir

beserta justifikasi pemilihan terapi dan langkah-langkah pelaksanaannya; serta melaksanakan

program amali terapi hidro dan terapi pasir ke atas murid berkeperluan khas. Selain itu juga,

melalui tugasan projek ini, saya diminta untuk menghasilkan penulisan reflektif agar saya dapat

menilai sendiri sejauhmana keberkesanan pelaksanaan terapi hidrodan terapi pasir terhadap

pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas.

Pada mulanya, apabila diberi tajuk ini, saya berasa amat bersyukur kerana melalui tajuk

ini saya pasti akan memperoleh banyak ilmu dan pengetahuan baharu berkenaan dengan terapi

untuk murid berkeperluan khas. Jujur menyatakan bahawa inilah julung kalinya saya dan rakan

sekelas yang lain didedahkan dengan aktiviti terapi bagi membantu dan meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas. Kursus Terapi dalam Pendidikan

Khas (PKU3109) ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kepentingan terapi kepada

murid berkeperluan khas secara teori dan amali. Sebagai bakal pendidikan, saya perlulah

melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan agar saya dapat menyumbang sesuatu

kepada komuniti sekolah. Melalui tugasan projek ini, saya dapat mempelajari dengan lebih

mendalam lagi berkenaan dengan aktiviti terapi terutamanya bagi terapi hidro dan terapi pasir.

Selain memperoleh pengetahuan baharu berkenaan dengan kepentingan dan kebaikan yang

diperolehi melalui pelaksanaan terapi hidro dan terapi pasir tersebut terhadap murid

berkeperluan khas; saya juga memperolehi pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan

proses sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan terapi tersebut. Antaranya, seorang guru

41

Page 3: REFLEKSI

yang hendak melakukan aktiviti luar untuk tujuan terapi hidro dan pasir bersama dengan murid

berkeperluan khas hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN) masing-masing, ibu bapa murid serta memohon bantuan daripada Jabatan

Pertahanan Awam (JPAM) bagi tujuan keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

Sebagai bakal pendidik juga, ada beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan dalam

mengendalikan aktiviti terapi hidro dan terapi pasir ini. Pertama ialah kesesuaian tahap

kesihatan murid untuk terlibat dalam aktiviti yang melibatkan air. Misalnya bagi murid yang

mengalami demam, masalah jantung yang teruk, jangkitan penyakit dan murid yang mengalami

ketidakstabilan kawalan diri seperti epilepsi adalah tidak sesuai dan perlu dikecualikan daripada

melakukan terapi hidro dan pasir. Seterusnya langkah keselamatan dari segi ketidakupayaan

fizikal dan ketidakupayaan mental murid. Sedia maklum mengetahui bahawa murid

berkeperluan khas ini mempunyai masalah dari segi keupayaan fizikal dan mental mereka

seperti lemah kemahiran motor halus dan motor kasar, pergerakan anggota tubuh yang

terbatas dan kaku; serta daya ingatan yang singkat. Oleh yang demikian, sebelum membawa

murid masuk ke dalam kolam atau kawasan berair guru hendaklah memastikan bahawa murid

telah memakai jaket keselamatan dan pastikan penerangan yang diberikan oleh guru tersebut

ringkas dan tepat. Kedua, kedalaman dan kualiti air untuk menjalankan terapi hidro. Semasa

memilih lokasi untuk menjalankan terapi hidro, guru perlulah memilih lokasi yang mempunyai

kedalaman yang bersesuaian dengan ketinggian murid. Di sini, khidmat Jabatan Pertahanan

Awam (JPAM) diperlukan bagi memasang jaring bagi menanda kawasan untuk menjalankan

terapi hidro. Manakala dari segi aspek kualiti air pula, lokasi yang dipilih perlulah mempunyai

kualiti air yang bersih dan jauh daripada sebarang pencemaran; serta permukaan dasar yang

rata dan selamat daripada benda asing seperti batu dan haiwan merbahaya. Ini penting bagi

mengelakkan kecederaan dan murid terkena penyakit akibat daripada jangkitan kuman atau

bakteria yang dibawa oleh air. Seterusnya ialah bilangan murid. Guru harus mengetahui

bilangan murid yang akan menyertai suatu aktiviti tersebut agar guru dapat menyediakan

peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.

Secara umunya, terapi hidro dan terapi pasir dalam Pendidikan Khas adalah untuk

melatih murid berkeperluan khas bagi menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang

bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian mereka seperti kemahiran motor halus

dan motor kasar. Selain itu, terapi ini juga diperlukan untuk mewujudkan suasana pengajaran

dan pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid berkeperluan khas serta meningkatkan

perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Melalui aktiviti terapi hidro

42

Page 4: REFLEKSI

dan terapi pasir juga, kemahiran berkomunikasi murid berkeperluan khas ini dapat ditingkatkan

melalui interaksi antara murid dengan murid serta murid dengan guru atau penjaga semasa

melakukan aktiviti bersama-sama. Seterusnya, terapi hidro juga penting bagi membina

keyakinan diri. Keyakinan diri dibentuk melalui aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa

menjalani terapi hidro dan terapi pasir. Oleh yang demikian, bagi melihat sendiri keberkesanan

aktiviti terapi hidro dan terapi pasir ini terhadap murid berkeperluan khas, saya bersama-sama

rakan sekelas yang lain telah merancang untuk melaksanakan amali terapi hidro dan terapi

pasir di Pantai Bukit Keluang pada 27 Februari 2014 yang lalu.

Aktiviti terapi hidro dan terapi pasir yang dijalankan ini mendapat kerjasama dari Cikgu

Che Alias bin Che Yusoff yang merupakan guru Pendidikan Khas dan juga guru pakar

perpatetik SK Alor Peroi, Besut, Terengganu. Menurut beliau, objektif utama murid bermasalah

pembelajaran tersebut di saring dan ditempatkan untuk mengikuti pembelajaran Pendidikan

Khas Masalah Pembelajaran adalah bertujuan untuk memberi peluang dan bimbingan seluas-

luasnya kepada mereka bagi menguasai kemahiran berkomunikasi, bergaul, mengetahui dan

mengembangkan perasaan ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling. Oleh yang demikian,

antara pendekatan yang digunakan untuk membimbing dan membantu murid berkeperluan

khas ini adalah melalui kaedah rawatan terapi hidro dan terapi pasir. Menurut beliau juga,

melalui terapi hidro dan terapi pasir yang dijalankan, murid berkeperluan khas tersebut bukan

sahaja dapat berinteraksi dengan alam semula jadi, bahkan murid dapat melihat dan menikmati

keindahannya serta merasai unsur terapeutik air laut dan aroma pantai.

Ketika merancang aktiviti untuk malaksanakan amali ini, kami memerlukan kerjasama

yang kukuh memandangkan proses sebelum, semasa dan selepas program memerlukan

tenaga kerja dan tahap kesabaran yang tinggi memandangkan waktu perlaksanaan aktiviti yang

agak singkat iaitu selama setengah hari sahaja. Kami juga perlu bekerjasama untuk

menyediakan peralatan, membahagikan bidang tugas dan sebagainya memandangkan

program amali ini adalah kelolaan kami sendiri.

Bagi menyempurnakan lagi proses perancangan dan pengurusan bagi program amali

ini, kami sekelas sebulat suara telah bersetuju melantik Nur Syifaa binti Mohd Shahri sebagai

pengerusi bagi program ini. Pada hemat saya, dalam memastikan kelancaran sesuatu program,

pengerusi hendaklah aktif memainkan peranan; di samping mempunyai ciri-ciri kepimpinan

yang terpuji dalam memimpin anak buahnya. Antara ciri kepimpinan yang seharusnya ada pada

seorang ketua ialah mempunyai kuasa yang dapat menghubungkan antara dirinya dengan anak

43

Page 5: REFLEKSI

buahnya, berdaya untuk memotivasikan anak buahnya supaya melakukan tanggungjawab

masing-masing secara tersusun agar objektif yang telah ditentukan tercapai, aktif dalam

mengambil tindakan serta bijak dalam menyelesaikan masalah.

Perkara penting yang saya dapat pelajari melalui penganjuran amali terapi hidro dan

terapi pasir ini ialah erti semangat kerjasama berkumpulan. Seperti yang kita sedia maklum,

kerjasama adalah nilai penting yang mesti ada dalam diri seorang guru, kerana guru merupakan

individu perantaraan muird kepada ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, tanpa kerjasama yang

utuh, hubungan yang dibina tidak akan terjalin dengan erat. Semangat kerjasama berpasukan

telah mendidik saya supaya menjadi individu yang tidak pentingkan diri sendiri dan haruslah

sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain sekiranya berlaku kecemasan. Pemupukan

nilai-nilai murni dalam diri saya melalui pelbagai aktiviti sebegini amat berguna dan perlu dalam

membentuk peribadi guru. Walaupun kerja-kerja ini nampak mudah pada mulanya, namun,

pandangan peribadi saya, kerja-kerja ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi dan

keikhlasan khususnya. Jika tanpa kesabaran, aktiviti ini tidak akan berjalan dengan lancar dan

tidak mencapai objektif sebenar program.

Selain itu, perkara yang saya rasa sangat beruntung ketika menyertai program ini ialah

banyak pengalaman baru dan faedah yang saya peroleh daripada aktiviti-aktiviti ini. Antaranya

ialah kebolehan untuk mengawal murid berkeperluan khas terutamanya bagi segelintir murid

yang agak takut ketika masuk ke dalam air. Di sini, sebagai seorang guru perkara penting yang

telah ditekankan oleh Cikgu Alias kepada kami semua ialah seorang guru hendaklah

mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta mempamerkan sikap penyayang mereka terhadap

murid untuk memberikan keyakinan kepada murid berkenaan. Melalui terapi yang dijalankan ini

sememangnya banyak membantu murid berkeperluan khas bukan sahaja menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu bahkan juga membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Misalnya, kemahiran motor kasar dan motor halus

dapat ditingkatkan dalam proses terapi pasir ini melalui aktiviti meramas, menguli, menggaul,

mengorek dan menimbus pasir. Kemahiran motor halus dan motor kasar ini penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran murid terutamanya untuk tujuan penulisan. Teknik atau

cara murid memegang pensel banyak dipengaruhi oleh kemahiran motor halus seseorang

murid itu. Misalnya, jika murid yang lemah kemahiran motor halusnya maka dia

berkemungkinan untuk tidak dapat memegang pensel dengan betul sehingga menyebabkan

segelintir murid tidak mahu untuk menulis kerana kesakitan yang mereka rasai ketika menulis

berikutan daripada teknik memegang pensel yang salah.

44

Page 6: REFLEKSI

Selain itu juga, melalui terapi pasir yang dijalankan dapat meningkatkan kompetensi

individu murid kerana melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk terapi hidro dan terapi

pasir tersebut, murid dapat menampilkan diri mereka dengan cara yang paling jujur dan jelas.

Perasaan, sikap dan segala tekanan yang ada dalam diri mereka dapat diluahkan dengan cara

yang terbuka. Di samping itu juga, murid dapat belajar untuk memahami diri mereka dan

individu lain yang ada disekeliling mereka dengan lebih baik melalui aktiviti yang dijalankan.

Misalnya, mereka berlajar untuk menghormati keputusan orang lain, belajar untuk menunggu

giliran dan kerjasama dalam kumpulan. Segala pengalaman yang diperoleh ini amat berguna

dan bermakna buat saya. Ia menjadikan saya lebih matang dan menyiapkan diri untuk bergelar

pendidik kelak, InsyaAllah. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh daripada amali

ini dapat digunakan ketika bergelar guru nanti.

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu,

setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas

seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menjadikan seorang guru itu lebih

berilmu dan berpengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran komunikasi

dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu dipertingkatkan lagi. Dengan kata lain,

seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara

sejajar dengan kehendak dan tuntutan agama Islam.

Sehingga ke detik akhir menyiapkan tugasan ini, banyak nilai- nilai yang saya pelajari

secara langsung mahupun tidak langsung. Antaranya kerajinan dan kesungguhan, sikap tidak

berputus asa dalam mencari keesahan maklumat dan usaha yang tidak henti. Namun, itu

semua tidak menjadi penghalang buat saya. Kekangan yang dihadapi berikutan daripada

komitmen tugasan projek kursus yang lain tidak menjadi halangan buat saya dan rakan yang

lain untuk belajar dan mengutip ilmu pengetahuan dalam mempersiapkan diri menjadi pendidik

yang berwibawa dan mampu menunjukkan komitmen yang tinggi. Sikap tidak mudah menyerah

dengan keadaan dalam melakukan tugasan ini dengan mengabaikan masa rehat juga mengajar

saya tentang erti sebuah pengorbanan. Benarlah ada pepatah menyatakan, “kejayaan

memerlukan pengorbanan” dan inilah harga yang perlu saya bayar untuk berjaya dalam

mencapai impian untuk menjadi seorang guru yang berilmu pengetahuan.

Konklusinya, dalam usaha untuk memenuhi pendidikan yang berkualiti, kualiti guru yang

bakal dilahirkan juga amat penting. Malahan kualiti guru seharusnya bukan sahaja mencakupi

45

Page 7: REFLEKSI

bidang akademik, tetapi turut merangkumi pembangunan emosi. Pembangunan emosi ini

meliputi kebolehan untuk mengawal diri sendiri dan murid semasa menjalankan aktiviti.

Memandangkan aktiviti terapi juga merupakan antara komponen yang penting dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas, penglibatan guru pelatih melalui

aktiviti ini akan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Khas yang menekankan

pencapaian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial untuk murid

berkeperluan khas. Jika matlamat ini sudah tercapai di peringkat latihan perguruan lagi maka,

tidak hairanlah sahsiah pendidik yang bakal dilahirkan kelak meliputi sikap positif, bersemangat,

daya faham yang tinggi serta etika keguruan yang mantap.

Akhir kalam, saya ingin memohon maaf kepada semua sama ada terlibat secara

langsung atau tidak jika terdapat sebarang salah dan silap dalam menyiapkan tugasan ini. Saya

juga berharap agar tugasan sebegini dapat diteruskan untuk masa hadapan kerana tugasan

begini dapat membina pemikiran yang kreatif dan kiritis dalam kalangan guru pelatih. Sekian,

terima kasih.

46