refleksi

5
REFLEKSI:- Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang saya sediakan, kumpulan sasaran saya ialah murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Dato Bandar Rasah. Bilangan murid seramai 30 orang dari kelas 2 Bijak menjadi kumpulan sasaran saya. Namun begitu, pada hari pengajaran mikro sebenar, hanya 28 orang murid yang mengikuti kelas pendidikan jasmani kelolaan saya kerana seorang murid tidak hadir dan seorang lagi murid tidak memakai pakaian sukan. Tajuk pengajaran mikro saya pada hari berkenaan ialah Hambur dan mendarat. Bagi permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, saya dan dibantu oleh seorang rakan guru saudara Musa ,untuk merakamkan pengajaran mikro di padang sekolah saya.Untuk sesi permulaan,saya telah menjalankan permainan ‘belalang dan belatuk’. Permainan ini sangat sesuai bagi menguji ketangkasan murid-murid dan meningkatkan kadar denyutan nadi. Murid-murid dilihat sangat seronok melakukan permainan “belalang dan belatuk” ini, kerana murid-murid perlu sentiasa bersedia untuk menyerang atau diserang. Seterusnya aktiviti pemanasan badan. Aktiviti pemanasan badan ini dilakukan secara ringkas dengan hanya melibatkan bahagian kaki murid kerana masa yang terhad dan juga kerana sememangnya bahagian kaki yang akan banyak digunakan sepanjang sesi pengajaran mikro saya ini. Dalam bahagian perkembangan pula, murid-murid diarahkan melakukan aktiviti lompatan melepasi tali skipping dan melompat sebelah kaki dalam gelung dengan dikawal selia oleh saya. Ini adalah bertujuan bagi menyediakan otot kaki untuk aktiviti seterusnya yang banyak melibatkan bahagian kaki. Kebimbangan jelas terpancar pada wajah saya kerana risau murid tidak dapat mengikut arahan yang saya berikan. Seterusnya, setelah semua murid menguasai kedua-dua langkah tersebut,saya berasa bangga dan meneruskan aktiviti pada bahagian kemuncak,dimana permainan kecil dijalankan.Murid dibahagikan kepada

Upload: lumycee

Post on 12-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

r

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI:-

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang saya sediakan, kumpulan sasaran

saya ialah murid tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Dato Bandar Rasah. Bilangan murid

seramai 30 orang dari kelas 2 Bijak menjadi kumpulan sasaran saya. Namun begitu, pada

hari pengajaran mikro sebenar, hanya 28 orang murid yang mengikuti kelas pendidikan

jasmani kelolaan saya kerana seorang murid tidak hadir dan seorang lagi murid tidak

memakai pakaian sukan. Tajuk pengajaran mikro saya pada hari berkenaan ialah Hambur

dan mendarat. Bagi permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, saya

dan dibantu oleh seorang rakan guru saudara Musa ,untuk merakamkan pengajaran mikro

di padang sekolah saya.Untuk sesi permulaan,saya telah menjalankan permainan ‘belalang

dan belatuk’. Permainan ini sangat sesuai bagi menguji ketangkasan murid-murid dan

meningkatkan kadar denyutan nadi. Murid-murid dilihat sangat seronok melakukan

permainan “belalang dan belatuk” ini, kerana murid-murid perlu sentiasa bersedia untuk

menyerang atau diserang. Seterusnya aktiviti pemanasan badan. Aktiviti pemanasan badan

ini dilakukan secara ringkas dengan hanya melibatkan bahagian kaki murid kerana masa

yang terhad dan juga kerana sememangnya bahagian kaki yang akan banyak digunakan

sepanjang sesi pengajaran mikro saya ini.

Dalam bahagian perkembangan pula, murid-murid diarahkan melakukan aktiviti

lompatan melepasi tali skipping dan melompat sebelah kaki dalam gelung dengan dikawal

selia oleh saya. Ini adalah bertujuan bagi menyediakan otot kaki untuk aktiviti seterusnya

yang banyak melibatkan bahagian kaki. Kebimbangan jelas terpancar pada wajah saya

kerana risau murid tidak dapat mengikut arahan yang saya berikan. Seterusnya, setelah

semua murid menguasai kedua-dua langkah tersebut,saya berasa bangga dan meneruskan

aktiviti pada bahagian kemuncak,dimana permainan kecil dijalankan.Murid dibahagikan

kepada 4 kumpulan,setiap murid perlu menghambur dan mendarat melepasi halangan dan

melakukan lompat bintang dalam kadar lima kali dilakukan secara bergilir-gilir.Kumpulan

yang berjaya menghabiskan akan menang.Seterusnya bagi aktiviti menyejukkan

badan,murid-murid berada dalam barisan dengan pergerakan tangan ke

hadapan,belakang,bawah dan atas bagi tujuan mengendurkan semula otot-otot anggota

badan yang telah bekerja keras semasa melakukan aktivitisepanjang sesi pendidikan

jasmani tadi.Akhir sekali saya mengarahkan murid-murid membuat pergerakan ombak

sebagai sesi penutup p&p.

Page 2: REFLEKSI

KEKUATAN 

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro

ini ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid

mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh

guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan

sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih

tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.

ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat

kepada guru.

            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam

penyampaian pengajaran di padang. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam

kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang

diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan aktiviti mengikut arahan dan

panduan yang diberikan. Melalui kaedah tunjuk cara,murid lebih memahami aktiviti yang

hendak dijalankan.Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid

terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

 

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran

makro ialah ketidaktepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar.

Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah

dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak

seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang

menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun,

masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

            Kelemahan dan kekurangan seterusnya yang dapat dilihat ialah membuat variasi

aktiviti permainan yang kurang mencabar bagi murid-murid .Yang mana variasi aktiviti

permainan pada bahagian perkembangan dan kemuncak hampir sama aras kesukarannya.

Akibatnya murid-murid mudah berasa bosan apabila lama bermain aktiviti permainan

tersebut.

Page 3: REFLEKSI

LANGKAH MENGATASI 

Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi

meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan

kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah

ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid ketika turun

aktiviti di padang. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH.

Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan

guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi

pengajaran hingga tamat.  Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap bahagian

kawasan aktiviti bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika

PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas,

sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu membetulkan aktiviti pergerakan

murid secara serta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di

padang sekolah. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru

dengan murid.

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran mikro

ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid

mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh

guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan

sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid

akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-

gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid

lebih hormat kepada guru.

      Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam

penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman

murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,

memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan

yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid

terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.Setiap kelamahan dan kekurangan

yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada

masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran

mikro, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa

menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di padang. Guru perlu menepati

ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu diikut bagi

melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap

bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Page 4: REFLEKSI

    Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan

melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika p&p berjalan. Kaedah ini sangat

membantu guru dalam mengawal murid di kawasan aktiviti , sama ada mengawal tingkah

laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta.

Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP . Ia menunjukkan interaksi

dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Antara jalan untuk mengatasinya

adalah dengan membuat persediaan yang rapi dengan memikirkan secara kreatif untuk

membuat variasi permainan dalam p&p. Saya juga perlu mengatur dan merangkan dengan

teliti masa yang perlu diambil bagi setiap fasa di dalam p&p saya kelak agar p&p saya

menepati waktu sepertimana yang telah ditetapkan .Jelaslah tugasan ini telah membantu

saya menjadi seorang guru PJ yang mampu merangka RPH yang baik dan lengkap dan

juga mempersiapkan fizikal , mental dan spiritual saya untuk menerima dan bertindak

dengan sewajarnya apa-apa kemungkinan yang berlaku disepanjang P&P saya

kelak.Sekian..