refleksi

30
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013 KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk PEDAGOGI YANG BERKESAN Topik Refleksi Masa Slot 5: 30 minit Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat: 1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dan pengajararan. 2. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran. 3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan. 4. Membentuk sikap individu guru supaya menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional guru. B. Kandungan Pengajaran 1. Definisi Refleksi. 2. Contoh refleksi masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. 3. Refleksi pembelajaran daan pengajaran yang berkesan(sebelum, semasa dan selepas) C. Kaedah 1. Ceramah 2. Soal jawab D. Bahan Pengajaran 1. Power point 2. Edaran E. Alatan 84 |

Upload: dinberambo

Post on 24-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

REFLECT

TRANSCRIPT

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH2013

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

TajukPEDAGOGI YANG BERKESAN

TopikRefleksi

MasaSlot 5: 30 minit

PersonelPenceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat:

1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dan pengajararan.

2. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.

4. Membentuk sikap individu guru supaya menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional guru.

B. Kandungan Pengajaran

1. Definisi Refleksi.

2. Contoh refleksi masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

3. Refleksi pembelajaran daan pengajaran yang berkesan(sebelum, semasa dan selepas)

C. Kaedah

1. Ceramah

2. Soal jawab

D. Bahan Pengajaran

1. Power point

2. Edaran

E. Alatan

1. LCD Projekter

2. Laptop

3. papan putih4. pen marker

F. Penilaian

1. Lisan-soal jawab

G. Rumusan/Refleksi

1. Peserta dapat mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran.

2. Peserta dapat mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pembelajaran.

3. Peserta dapat meningkatkan pengatuhuan dan kemahiran perguruan.

4. Peserta dapat menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.

Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 5 Topik 7REFLEKSI PdP YANG BERKESAN1.0DEFINISI REFLEKSI

Refleksi ialah proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Refleksi juga ditakrifkan sebagai proses mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara memperbaiki dan merancang dengan pengubahsuaian untuk dapat dilakukan pada masa depan dengan lebih berkesan lagi. Refleksi amat berkait rapat dengan pengalaman sedia ada serta aspek-aspek pemikiran khasnya pemikiran kritis kreatif yang sering digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah (Wilson J. et al. 1993).Walau bagaimanapun, Boud et. al. (1985) mengambil perspektif lain dan mendefinisikan refleksi sebagai suatu istilah generik bagi aktiviti-aktiviti intelektual dan berkesan. Seseorang individu meneroka pengalamannya untuk mendapat pemahaman baru dan penghargaan. Mereka juga melihat refleksi daripada sudut murid, iaitu hubungan antara proses refleksi dan pengalaman pembelajaran dengan sesuatu perkara yang dapat dilakukan oleh murid. Bagi Reid (1993) pula, refleksi didefinisikan sebagai suatu proses aktif dan bukan pasif. Menurut beliau; Reflection is a process of experience of paractice in order to describe, analyse, evaluate and so inform learning abaout practice. Oleh itu refleksi membolehkan pengamal mentafsir. memahami dan belajar daripada pengalaman. Refleksi adalah suatu proses peribadi yang membawa perubahan perspektif terhadap suatu situasi atau menjana pembelajaran baru bagi seseorang individu.Contoh Refleksi MasalahGuru sedang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Terdapat segelintir murid-murid sedang berbual-bual di belakang. Apakah punca murid-murid tersebut berbual?

2.0TUJUAN REFLEKSI

Dalam prosedur pengajaran, refleksi seharusnya berlaku sepanjang proses perlaksanaan PdP iaitu pada peringkat merangka rancangan pengajaran harian, semasa PdP, dan selepas PdP dilaksanakan. Bagi seseorang guru, refleksi membantunya dalam perkara-perkara berikut;

Menilai amalan PdP untuk menambahbaik

Menilai kesesuaian perancangan yang digunakan dan tindakan yang diambil.

Menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan.

Refleksi dalam amalan PdP membolehkan seseorang guru menilai kekuatan dan kelemahan sesuatu perancangan dan tindakan yang dilakukanya. Dengan demikian guru boleh menganalisis kesesuaian tindakan dan mengenal pasti peluang penambahbaikan pada PdP yang berikutnya.3.0PROSES REFLEKSI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Proses refleksi terdiri daripada tiga elemen iaitu mengulangi pengalaman, mengaku perasaan dan emosi serta menilai semula pengalaman (perlaksanaan). Mengulangi melibatkan usaha mengumpul peristiwa-peristiwa penting, mengkaji semula pengalaman dalam minda atau berkongsi pengalaman dengan orang orang lain. Dengan mengaku perasaan dan emosi, melakukan refleksi dapat menggunakan perasaan positif (yakni menolak perasaan negatif). Tindakan membuat refleks menghendaki guru menilai semula PdP dan mengubah tindakan kepada hasil baru berdasarkan pengalaman lama (Boud et al., 1985). Beliau menyatakan, refleksi boleh menjadikan seseorang sedar tentang;

Tingkah laku atau amalan pengajarannya

Makna atau pengertian tingkah laku atau amalan pengajarannya

Tabiat atau kebiasaannya, iaitu tabiat melihat sesuatu, tabiat berfikir atau tabiat bertindak

Perasaannya bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau bertindak

Kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna atau memberi pengertian, atau mengenal pasti sebab terhadap sesuatu isu

Perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi Penghakiman nilai (value judgement)

Memberi nilai atau label terhadap sesuatu

Mengatakan sesuatu sebagai positif atau negatif

Seseorang guru yang melalui proses perancangan, melaksanakan serta membuat refleksi akan lebih berhati-hati dan sistematik sehingga dapat menjadikan asas untuk pembelajaran tentang amalan dan perubahan yang telah berjaya dilakukan. Akhirnya, proses refleksi membawa guru kepada beberapa tindakan seperti menukar rancangan, mengubah pendekatan PdP serta, membentuk bahan yang lebih bernilai dan seronok.4.0PERBINCANGAN SECARA MENDALAM REFLEKSI KE ATAS ANDAIAN, NILAI DAN KEPERCAYAAN TERHADAP PdP. Fenomena dalam kelas yang bising, suka bercakap-cakap dengan rakan di sebelah semasa proses PdP berlangsung dan tidak menghiraukan apa yang diajarkan oleh guru amat membimbangkan . Jika fenomena ini dibiarkan dan diteruskan dibimbangi akan memberi pengaruh kepada prestasi murid dalam ujian atau peperiksaan. Ada beberapa kemungkinan atau punca murid-murid berkenaan berbual ketika guru sedang mengajar. Antaranya adalah alat bantu mengajar, suara guru, strategi PdP, minat semasa pembelajaran, personaliti guru, keadaan kelas. Bila dibuat refleksi kembali, bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru kurang sesuai untuk pengajarannya. Semasa mengajar, guru hanya menggunakan hanya satu BBM dan membuat demontrasi di meja hadapan. BBM yang digunakan oleh guru tersebut mungkin terlalu kecil yang menyebabkan murid-murid tidak dapat melihat dan menggunakan alat tersebut dengan sebaik mungkin. BBM yang digunakan juga mungkin terhad yang menyebabkan tidak semua murid boleh terlibat dalam penggunaan BBM tersebut. Antara punca kedua ialah arahan guru yang kurang jelas. Ini mungkin disebabkan suara guru tidak dapat didengari oleh kesemua murid yang berada dalam kelas tersebut. Murid-murid yang tidak mendengar suara guru akan melakukan kerja mereka sendiri untuk menghilangkan rasa bosan mereka. Selain itu, guru juga seharusnya memberikan perhatian kepada semua murid yang berada dalam kelas bagi mengelakkan murid-murid berbual. Guru tidak seharusnya memberi perhatian kepada murid-murid yang berada di hadapan kelas sahaja. Di samping itu, punca berlaku masalah tersebut juga ialah pembelajaran dan pengajaran tidak mengikut keupayaan murid-murid tersebut. Guru tersebut mungkin menjalankan dengan menggunakan kaedah pengajaran yang agak lebih tinggi daripada tahap keupayaan murid-murid atau pengajaran guru tersebut terlalu rendah menyebabkan murid-murid berasa pengajaran tersebut tidak penting. Murid-murid juga mungkin kurang minat terhadap guru tersebut. Murid-murid kurang minat terhadap guru tersebut mungkin kerana personaliti guru tersebut kurang menarik atau sikap guru tersebut. Personaliti dan sikap seorang guru seharusnya baik dan boleh dijadikan contoh teladan untuk murid-murid. Punca seterusnya ialah keadaan kelas yang tidak kondusif. Keadaan kelas seharusnya membolehkan murid-murid memberi tumpuan.5.0PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

5.1Persediaan Guru dan Persediaan Mengajar

Seseorang guru perlu bijak memilih kaedah dan teknik yang sesuai. Perancangan dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap kebolehan murid dan situasi dalam bilik darjah. Guru perlu mempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Oleh itu, sebagai seorang guru perlu; memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya.

mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar.

merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah.

memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk muridnya, dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

menagadaptasikan aktiviti permainan dalam PdP supaya sesi pengajaran menjadi lebih seronok dan berkesan.

Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan mengajar, perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.

5.2Perkembangan Langkah-Langkah Pengajaran

Guru perlu sedar dalam persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan dalam merancang aktiviti PdP mereka. Prosedur beikut perlu diikuti;

Persediaan mengajar digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid.

Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai.

Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.

Bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan menegaskan kembali isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada pelajar.

6.0REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

6.1Refleksi terhadap PdP

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran.

Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang.

Perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

Guru perlu membuat persediaan awal, merancang langkah-langkah pengajaran untuk mencapai objektif PdP. Pengagihan masa dalam kelas juga perlu dirancang dengan baik. Dengan membuat persediaan awal yang lebih rapi, guru akan dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran pada masa yang telah ditetapkan dengan kadar yang maksima. 6.2Refleksi terhadap Kompetensi Domain Diri, Domain Profesion dan Domain Sosial

Guru yang memenuhi Standard Guru Malaysia (SGM) sentiasa melakukan refleksi terhadap domain dirinya dengan sentiasa merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.Manakala, domain profesion merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

Seterusnya, guru perlu membuat refleksi terhadap domain sosial yang mana guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

7.0PENUTUP

Melalui proses refleksi ke atas amalan PdP, guru akan mendapat pengetahuan baru yang membawa kepada penambahbaikan dalam kualiti pengajarannya. Guru perlu membuat persediaan awal, merancang langkah-langkah pengajaran untuk mencapai objektif PdP dan tidak meminggirkan aktiviti refleksi sepanjang proses PdP berlangsung. Pengagihan masa dalam kelas juga perlu dirancang dengan baik. Dengan membuat persediaan awal yang lebih rapi, guru akan dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran pada masa yang telah ditetapkan dengan kadar yang maksima. Refleksi Pembelajaran Bagi Sesi Makropengajaran.i. PENDAHULUANPertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapat saya melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam bentuk video pengajaran makro. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tutor E-Learning sayaselaku pensyarah kursus Universiti Pendidikan Sultan Idris dan jua sebagai penilai kerja kursus ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.Jutaan terima kasih jua diucapkan kepada En Khalep b. Ahmad, selaku tenaga pengajar bagi kursus KPD 3026 ini. Semoga segala usaha beliau mendidik kami diberkati Ilahi hendaknya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya kepada murid-murid tahun 5 Gemilang Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi Kuala Nerang Kedah kerana mereka terlibat secara langsung dalam menjayakan sesi pengajaran makro saya pada kali ini.ii. KEKUATANTugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru pendidikan islam. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh saya, tetapi pada hari itu kesihatansaya agak kurang baik kerana mengalami demam selsema, walaubagaimana saya tetap bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini.iii. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASISetelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada makro pengajaran saya ini. Pertamanya adalah penggunaan papan tulis. Sayatidak menulis tajuk pelajaransetelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid yang berada di aras 1, mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya selepas set induksi dilaksanakan. Selain itu saya jugatidak memakai tanda namasewaktu mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru yang tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali lagi saya berharap perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.Selain itu, saya tidak menggunakanbahan bantumengajar mengikut seperti apa yang telah saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit kekangan tat kala memasang projector pada kelas saya. Projekter tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya dengan kertas majung sahaja. Saya telahpun menyediakan salid (power point) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ini, namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan. Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari you tube sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu. Jika saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran saya.Saya jugakurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaransaya. Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga lebihbanyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakunan atau simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.Pada langkah pengukuhan pula sayakurang melibatkan semua murid. Murid yang berada di aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkara-perkara sebegini akan lebih saya berikan perhatian.Saya juga terkilan keranasuarasaya pada hari itu juga agakkurang memuaskan dan kurang menarik. Hal ini berlaku kerana saya mengalami deman selesema. Seperti yang kita sedia maklum suara guru juga merupakan satu aspek penting dalam proses mengajar. Suara yang lemah, kurang jelas, menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya mempunyai murid yang ramai iaitu seramai 45 orang dalam satu kelas. Kepadatan murid perlu diselarikan dengan suara yang kuat, tegas, lunak dan menggunakan pelbagai intonasi kerana kemungkinan murid tidak akan memberi perhatian sewaktu guru mengajar jika mereka tidak berminat dengan suara guru mereka.Seterunya saya jugakurang menyentuh kepintaran semua muridsecara terperinci. Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan.Saya jugakurang menitik beratakan masayang patut diambil bagi sesi pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan masa yang lebih. Masa 30 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan dalam tajuk ini. Contohnya saya boleh menggunakan 30minit pada pengertian dan adab-adab sebelum, semasa dan selepas sahaja, manakala saya perlu menggunakan 30minit lagi untuk mengajar perkara-perkara yang perlu dihindari ketika mengunjung ke rumah jiran dan juga hikmah mengamalkan adab-adab menziarahi jiran. Masa yang sebegini dapat memberi ruang mengajaryang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.iv. KESIMPULANEkoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sekian terima kasih.

CONTOH REFLEKSI

Pada 23 Oktober yang lalu, satu sesi pembelajaran makropengajaran telah dilaksanakan dan dirakam dengan bantuan dari seorang rakan setugas saya. Rakaman ini mengambil masa lebih kurang 30 minit mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang sebelum ini. Dalam video ini terdapat 6 orang murid pendidikan khas dan seorang guru iaitu saya sendiri. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini memfokus kepada matapelajaran Bahasa Melayu. Manakala tajuk bagi proses pembelajaran ini adalah suku kata kv yang bertemakan haiwan liar. Kandungankemahiran yang dimasukkan ialah membina dan membaca suku kata dan suku kata ( mengeja perkataan ). Berdasarkan tajuk ini, hasil pembelajaran yang akan dicapai ialah murid dapat mengeja dan membaca suku kata dengan bimbingan guru. Bagi memastikan proses dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, saya telah membina dan menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) seperti kad bergambar, kad perkataan serta video haiwan.

Video pengajaran ini mengandungi set induksi, langkah satu, langkah dua dan penutup. Untuk set induksi, saya menggunakan bahan bantu mengajar menggunakan multimedia iaitu video haiwan. Melalui video haiwan tersebut, murid boleh menyanyi sambil mengenalpasti haiwan yang terdapat dalam video. Untuk langkah satu, murid diperkenalkan oleh guru dengan gambar haiwan liar seperti gajah, harimau dan zirafah. Kad bergambar digunakan untuk memperkenalkan haiwan tersebut kepada murid. Dalam langkah ini juga, murid mengajuk bunyi haiwan berdasarkan kad bergambar yang ditunjukkan oleh guru. Untuk langkah dua, murid diperkenalkan oleh guru dengan kad perkataan yang bersesuaian dengan kad bergambar yang telah ditunjukkan dalam langkah satu. Guru akan mengeja setiap sukukata dan murid akan mengulangi sambil melihatkad perkataan nama haiwan dengan bimbingan guru. Untuk sesi penutup, guru memilih murid untuk melengkapkan perkataan di hadapan, kemudian murid menulis jawapan di hadapan. Sekiranya murid dapat mengeja suku kata dengan betul, guru akan memberi pujian dan menepuk tangan untuk murid yang dapat menjawab dengan betul.

Setelah melalui kesemua langkah tersebut, rakaman video ini dapat diselesaikan dengan baik hasil kerjasama murid-murid khas ini. Dalam video ini, mengandungi banyak pengajaran kepada diri saya sendiri sebagai seorang pendidik lebih-lebih lagi bagi guru mengajar murid istimewa seperti murid berkeperluan khas ini.

Setelah rakaman selesai dijalankan dengan baik dan lancar, saya berasa sangat berpuas hati dengan hasil yang telah diperoleh dari rakaman video tersebut. Malah saya berasa yakin bahawa video ini tidak mempunyai cacat celanya. Namun, setelah menilai video ini secara berperingkat saya dapati kekuatan dan masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Antara kekuatan yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan, murid berminat untuk belajar kerana mereka tertarik dengan rangsangan multimedia iaitu tayangan video haiwan tersebut. Penggunaan bunyi dan gambar dalam multimedia mampu meningkatkan minat dan tumpuan murid-murid. Secara tidak langsung, kefahaman murid juga dapat ditingkatkan.

Kekuatan yang kedua ialah penggunaan kad gambar. Kad gambar haiwan yang digunakan semasa sesi pembelajaran ini menggunakan gambar yang menarik, tulisan yang besar serta warna yang terang. Kepelbagaian penggunaan bahan bantu belajar dapat meningkatkan keseronokan dan tumpuan mereka. Ini kerana, warna dan gambar yang sesuai memainkan peranan yang penting bagi menarik minat murid untuk terus mengikuti proses pembelajaran.

Kekuatan yang ketiga ialah peneguhan positif yang diaplikasikan oleh guru kepada murid-murid contohnya pujian seperti baik, tahniah dan perlakuan seperti menepuk tangan. Peneguhan positif sesuai diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di mana murid akan merasa diri mereka dihargai dan secara tidak langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti oleh saya hasil perbincangan yang telah dilakukan bersama rakan setugas. Kelemahan pertama ialah penglibatan murid pasif. Semasa proses pengajaran dan pemebelajaran dilaksanakan, murid hanya duduk di tempat masing-masing dan kurang bergerak. Oleh itu, untuk sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang, saya akan cuba merancang sesuatu aktiviti yang dapat menggalakkan pergerakan murid seterusnya meningkatkan penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh guru.

Kelemahan kedua ialah pengurusan masa semasa pengajaran dan pembelajaran.Masa yang diambil oleh guru untuk proses penyampaian maklumat adalah terhad. Walaupun mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH), masa yang diperlukan adalah selama 30 minit namun, semasa rakaman dijalankan guru hanya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran selama 20 minit sahaja. Oleh itu, pada masa akan datang saya akan mempelbagaikan lagi aktiviti seperti bermain dalam satu sesi pembelajaran saya.

Hal ini kerana dapat memastikan saya menggunakan masa yang diperlukan dengan sebaiknya dan diurus kan dengan lebih sistematik mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dirancang sebelum ini.

Kelemahan yang ketiga ialah penyediaan lembaran kerja. Dalam sesi makro ini, tiada lembaran kerja bertulis secara individu. Bagi menguji kefahaman dan ingatan murid terhadap sesuatu pembelajaran, satu instrumen perlu diberikan kepada mereka sama ada lisan mahupun bertulis contohnya lembaran kerja berbentuk suai padanan. Penyediaan lembaran kerja juga perlu menitikberatkan kepada keperluan, tahap penguasaan dan pengetahuan murid.

Justeru itu, saya akan membuat penambahbaikan pada masa yang akan datang bagi mengatasi semua kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebelum ini. Saya percaya dan yakin dengan menggunakan kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam proses pembelajaran. Oleh itu, pada masa akan datang saya berharap agar penglibatan murid dapat ditingkatkan dengan kaedah belajar sambil bermain seterusnya, meningkatkan kefahaman dan tumpuan murid.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKRO PENGAJARANREFLEKSIRefleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 26 April 2012 bersamaan hari Khamis.Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas tahun 2 Fokus seramai 35 orang. Murid-murid Tahun 2 Fokus adalah kelas yangboleh dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan.Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.

Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk Operasi tolak dalam lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula.

Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama mengira bola yang ditunjukkan dalam sesi ini.Bola yang berwarna-warni saya gunakan adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan operasi tolak yang akan saya sampaikan dalam pengajaran saya.

Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih berkesan.Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan contoh-contoh yang mudah kepada yang lebih konkrit.Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, bentuk metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana pada mulanya saya telah merancang untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoft power point semasa penyampaian pengajaran saya.Malangnya pada hari tersebut, makmal computer digunakan untuk aktiviti sekolah dan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas 2 Fokus pula sememangnya telah rosak.Keadaan ini menyebabkan saya mengubah perancangan kepada pendekatan penerangan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan papan putih dan kad-kad manila sebagai bahan bantu mengajar (BBM)

Saya dapati murid-muriddalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik dan mudah memahami penerangan yang diberikan.Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan.Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa.Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.

Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang cerdas.Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini.Semasa aktiviti menjawab soalan matematik secara kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk menulis dan ada yang berusaha mengira menggunakan jari untuk mencari jawapan. Setelah mereka selesai menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan tulis dan semak bersama-sama jawapan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing.Dari jawapan yang diberi, saya dapati mereka faham dan tahu untuk menjawab soalan matematik yang diberi dalam bentuk ayat kepada bentuk lazim semasa menjawab.Walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam penyediaan ruangan bentuk lazim yang mana ada murid yang keliru dalam penyalinan semula soalan di ruangan yang sepatutnya.Namun ini dapat disedari sendiri oleh muridkekeliruan yang telah dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat sedikit pembetulan walaupun kelihatan sedikit kotor pada ruangan jawapan mereka.

Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bahan bantu mengajar iaitu kad yang mengandungi soalan latihan dalam kumpulan kurang menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan soalan.Bilangan soalan untuk kerja kumpulan sepatutnya diberi lebih kerana mereka akan menyelesaikan soalan secara kumpulan tetapi saya beri hanya satu soalan kerana pengisian pengajaran yang dibuat hanya untuk tempuh tiga puluh minit.Tulisan kurang menarik dan sepatutnya saya gunakan tulisan yang ditaip supaya kelihatan lebih cantik dan menarik.Dari segi penggunaan ruang menjawab dalam bentuk lazim ada kekeliruan penggunaan ruang oleh murid dan mereka menyedarinya kerana tidak membuat tinjauan menyeluruh dahulu sebelum menulis dalam bentuk lazim.Suasana kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat mencapai objektifyang diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja latihan bertulis secara individu yang telah diberi.Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tigadari lima soalan yang diberi. Latihan secara latih-tubi boleh diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja rumah bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran menolak.

Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktifsemasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas.Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan.Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh yang demikian,pemilihan terhadap kaedah dan teknikyang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan.Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat.Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.

Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma semasa penerangan saya akan gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas penggunaan ruang semasa penyelesaian soalan tolak dalam bentuk lazim.Sememangnya penggunaan computer dan multimedia penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk pebagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi, pemikiran logic dan kritikal. Penggunaan computer dan multimedia dalam pengajaran dengan memilih perisian yang sesuai dengan pembelajaran adalah penting supaya kecerdasan atau IQ para pelajar dapat dikukuhkan lagi.

Refleksi:

Pada akhir pembelajaran saya dapati 23 orang daripada 25 orang murid mencapai objektif.2 orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi latihan pengukuhan.Murid-murid.Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan.Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan.Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh masa yang ditetapkan.Rata-rata murid berminat dengan bahan maujud iaitu buah-buahan sebenar yang digunakan.Melalui bahan-bahan maujud ini murid-murid dapat membezakan dan mengelaskan saiz buah-buahan.Seterusnya murid-murid diminta mengeja buah-buahan tersebut dengan bimbingan guru.Gambar-gambar buah-buahan dilekatkan pada papan putih dan murid diminta memadankan perkataan dengan buah-buahan.Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang diterapkan ini.Lembaran kerja diedarkan sebagai penilaian kepada murid-murid.Melalui lembaran kerja ini saya dapat menilai keberkesanan pengajaran saya.Pada peringkat ini saya dapati 2 orang murid tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan.Murid ini menghadapi masalah pembelajaran iaitu belum megenal huruf.Pada sesi penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal jawab dengan murid.Hasil kerja murid yang menarik dipamerkan di hadapan kelas sebagai contoh kepada murid lain.Ia juga sebagai satu langkah peneguhan positif kepada murid yang hasil kerjanya dipamerkan.

KelemahanSetelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya perlahan. Ini menyebabkan keseluruhan murid tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas. Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti pengalaman sendiri murid.Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid.Lembaran kerja yang disediakan jugatidak mengikut aras kebolehan murid

Kaedah PembelajaranSaya menggunakan pembelajaran masteri iaitu suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Keupayaan dan kebolehan murid adalah berbeza yang bolehmempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Saya i telah mengenal pasti keupayaan murid bagi merancang kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Saya telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran.Di samping itupembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian denagan pendekatan yang boleh digunakan. Beliau menggunakan strategi berpusatkan guru dengan memberi penerangan, penjelasan dan huraian .Guru ini bertindak sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran dengan

i)menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar

ii)menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai

iii)mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara;

iv)menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar

Saya juga mempraktikkan strategi berpusatkan murid melalui kaedah soal jawab, megeja,memadan dan latihan.Dengan strategi berpusatkan murid ini lebih berdikari yang mana boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dengan memberikankaedah memadan gambar dengan perkataan murid dapat belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain. Saya juga telah menilai muridsebagaiproses unuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Saya boleh mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan lembaran kerja kepada murid.Ini bertindak sebagai maklum balas kepada guru berkenaan untuk memperbaiki kaedah,strategi dan gaya pembelajaran supaya lebih berkesan.Antara tujuan lain penilaian adalah :

i)mengesan pencapaian murid

ii)mengenal pasti jenis murid

iii)mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum

iv)mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran

v)menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan

Refleksi :1.Kekuatan pengajaranPengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang diakui terdapat kekurangannya. Daripada bilangan murid yang sedikit, ia telah membantu di samping guru itu sendiri menunjukkan ketegasan dalam pengajaran telah menjadikan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna seperti mana yang telah dirancang.Guru juga telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui teguran membina kepada murid supaya berpakaian kemas di samping menunjukkan perwatakkan yang baik yang baik.Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran tersebut. Rentetan itu, iklim kelas adalah baik di mana suasana yang ditunjukkan oleh murid adalah ceria.Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan.Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan kad gambar bentuk, penyediaan soalan perbincangan di dalam kertas majong, marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik kelihatan kemas berbanding daripada kita menyuruh murid-murid menyalin sendiri soalan di papan tulis.Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan kendiri.2.Kekurangan pengajaranDalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas.Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan tersebut betul.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut.Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang dan menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga dengan kertas majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di hadapan tidak dipadam terlebih dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil perbincangan.Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan sesi pengajarannya.Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika melakukan perbincangan.3.Langkah mengatasiSetiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya.Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid.Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik.Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut. Seterusnya, sebelum melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan papan tulis tersebut.Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata memandang. Dari segitulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki.Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan.Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit.Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak.Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.Refleksi Individu

7.0 REFLEKSIAssalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kerana pensyarah pembimbing saya Datin Zaitun bt Othman kerana sudi mengajar dan membimbing saya sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, beliau sering memberikan kata-kata rangsangan dan buah fikiran yang bernas kepada saya agar menyempurnakan tugasan ini dengan baik.Sepanjang tugasan ini dijalankan, saya berpeluang menimba pengalaman yang tidak sangat bermakna pada diri saya. Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari satu topic pengajaran dalam silibus dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH) selama satu jam. Saya dan pasangan telah berpakat untuk memilih tajuk operasi tambah dalam lingkungan 10 000 tahun 3. Kami telah berbincang beberapa kali untuk mendapatkan hasil RPH yang baik dan berkualiti. Selain itu, kami juga telah berbincang dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan panduan bagi menyiapkan rancangan pengajaran harian yang baik.Seperti yang sedia maklum, Rancangan Pengajaran Harian adalah sangat sinonim dengan kerjaya seorang guru. Sebagai seorang guru, mereka perlu mahir dalam pembikinan RPH dengan lengkap dan teliti untuk memudahkan kelancaran semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran berlaku. RPH yang baik adalah RPH yang mengandungi spesifikasi yang telah ditetapkan dan senang dibaca serta dirujuk. Saya mengalami kesulitan semasa menyiapkan RPH kerana kadangkala saya terlepas pandang dengan perkara-perkara seperti nilai yang dipupuk, strategi dan teknik yang ditekankan dalam RPH. Oleh itu, RPH yang dihasilkan pada oleh saya pada kali pertama telah dikritik dan telah dimurnikan oleh pensyarah pembimbing. Namun demikian, saya telah memurnikan RPH yang dibuat oleh saya dan pasangan setelah mendapat bimbingan oleh pensyarah pembimbing. Saya kini lebih yakin untuk ke praktikum kerana kini saya lebih mahir untuk membuat RPH berbanding semester sebelum-sebelum ini yang dulunya terkial-kial untuk membuat RPH.Selain itu tugasan ini juga memerlukan saya untuk mencipta resos untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah dilakukan. Saya dan pasangan telah berjumpa dengan En Hawan untuk meminta buah fikiran selain meminta bantuan Datin untuk memberikan idea untuk mencipta resos. Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk membuat dekak-dekak bersaiz gergasi. En Hawan telah sarankan kami untuk membuat dua buah dekak-dekak dan penggunaannya untuk guru dan murid.Pada mula pembikinan resos dekak-dekak tersebut, jujur saya katakan, saya tidak begitu kreatif dalam pemilihan warna-warna dan bercorak. Oleh itu, saya meminta nasihat rakan-rakan lain untuk membantu saya dalam pemilihan warna. Selain itu, kami telah membeli barang-barang yang diperlukan untuk mencipta resos dekak-dekak tersebut seperti polystyrene, mountain board, sugar paper,dan beberapa helai kertas berwarna. Cabaran yang saya hadapi adalah kelalaian saya dengan penggunaan benda tajam. Saya tidak sedar saya menggunting tangan saya sendiri semasa menggunting kertas. Saya hanya sedar apabila darah menitik di atas kertas. Punca saya cuai semasa melakukan kerja adalah mungkin kerana masa yang suntuk kerana semester ini kami sangat penuh dengan tugas-tugas lain selain tugasan kerja kursus. Namun demikian, Alhamdulillah, saya akhirnya dapat siapkan resos yang dikehendaki pada masa yang telah ditetapkan. Saya dapat membahagikan masa yang singkat dengan baik untuk menyiapkan semua tugasan yang tarikh hantarnya hampir sama.Selain itu, tugasan ini juga memerlukan saya untuk melakukan microteaching di hadapan pensyarah pembimbing dan di hadapan kelas. Microteaching ini perlu dilakukan mengikut RPH yang telah disiapkan. Bukan itu sahaja, microteaching ini juga dilakukan secara berpasangan dan kami telah membahagikan beberapa langkah untuk seorang. Saya mengambil langkah 1, langkah 3 dan penutup. Saya berasa amat gemuruh semasa menjalani microteaching. Hal ini demikian kerana, ini bukannya perkara yang sering dilakukan, lebih-lebih lagi dihadapan Datin Zaitun. Baju saya hampir basah kerana hormone adrenaline yang membuak-buak kerana gementar. Namun saya masih dapat mengawal suara agar tidak keluar suara yang bergetar. Hal ini demikian, jika suara bergetar, saya tidak dapat meneruskan proses microteaching kerana akan tersangkut-sangkut.Namun, setelah beberapa saya mula mendapat rentak dan menarik nafas panjang untuk menghilangkan ketakutan. Saya juga membuat beberapa kesalah semasa microteaching kerana saya mempunyai masalah dengan resos yang digunakan. Oleh itu, dari situ saya telah membuat dalam 3 minit. Masa yang diberikan hanyalah 20 minit setiap kumpulan. Namun, saya begitu bersyukur kerana berpeluang untuk melakukan microteaching kerana bagi saya, microteaching adalah satu medium yang bagus bagi saya untuk menyediakan diri saya untuk berpraktikum pada awal April kelak. Setelah video yang telah direkod ditayangkan, datin telah memberikan komen yang membina agar meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu, saya dapat belajar dari kesilapan setelah menonton video tersebut.Selain itu, setelah kerja telah siap dilakukan, setiap orang dikehendaki untuk membina satu blog untuk diletakkan di dalamnya semua tugasan matematik MTE 3109. Capaian yang di dalam blog tersebut perlulah mudah. Datin telah member cadangan untuk menggunakan perisian blogspot. Pada mulanya saya berasa risau kerana saya tidak begitu mahir dengan teknologi terutamanya menulis blog. Namun dengan bantuan rakan-rakan saya dapat menghasilkan blog yang menarik untuk dibaca dan dilihat oleh pensyarah pembimbing, Saya mengambil masa juga untuk mempelajari perlahan-lahan dalam penggunaan pembuatan blog. Blog adalah satu medium berteknologi yang kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang ilmu yang kita ada.Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses tugasan kerja kursus ini dijalankan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ilmu dunia penuh manfaat yang akan membawa saya ke akhirat kelak. Saya berharap agar saya mendapat markah yang baik dan mendapat keputusan yang baik untuk mengekalkan atau meningkatkan CGPA saya. Sekian terima kasih.108 |