refleksi

3
REFLEKSI Saya Ramadevi a/p Thanagopal melaksanakan tugasan kerja kursus pendek perkembangan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang ilmu asas tentang kanak-kanak yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci. Kami diberikan tugasan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Munawir. Hasil kajian tersebut hendaklah menunjukkan mengetengahkan pengetahuan dan kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek murid dan alam belajar ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran murid dan alam belajar ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala.

Upload: rama-devi

Post on 17-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

patadahsnbdshhbx xhiwdbbbiilwkoosiisisncindvi

TRANSCRIPT

REFLEKSI Saya Ramadevi a/p Thanagopal melaksanakan tugasan kerja kursus pendek perkembangan kanak-kanak ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang ilmu asas tentang kanak-kanak yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci. Kami diberikan tugasan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Munawir. Hasil kajian tersebut hendaklah menunjukkan mengetengahkan pengetahuan dan kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak. Saya juga mula merasai kepentingan subjek murid dan alam belajar ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran murid dan alam belajar ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini. Selain itu, melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi dan bekerjasa sama pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala. Di samping itu, saya juga dapat memahami sepenuhnya tentang teori kecerdasan pelbagai. Setiap manusia mempunyai kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya. Saya dapat memahami maklumat-maklumat penting tentang kecerdasan setelah menyiap tugasan ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek EDU ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan Negara Saya mencari maklumat yang berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada kami. Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya iaitu PUAN AZNAN BIN MAT AKHIR untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang saya hasilkan nanti bertepatan dengan kehendak soalan. Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Saya saling merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus saya ini. Dengan kerjasama pelbagai pihak, akhirnya siaplah kerja kursus ini dengan jayanya.SEKIAN, TERIMA KASIH.