refleksi

4
Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya tugasan hubungan etnik ini dapat saya siapkan bersama dengan ahli kumpulan yang lain dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang kami tempuhi. namun dengan kekuatan yang telah diberikan oleh Tuhan dapat juga kami siapkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nasir selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberikan kami panduan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan- rakan terutama ahli kumpulan saya yang lain, kerana telah memberi komitmen yang terbaik sepanjang pembikinan tugasan ini berlangsung. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana didiami oleh berbagai kaum yang terdiri daripada berbagai etnik yang mempunyai budaya,agama dan kesenian yang unik. Di samping itu, Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yang maju walaupun baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubungan ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimana kita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri

Upload: dharshan-guna

Post on 02-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Refleksi

TRANSCRIPT

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya tugasan hubungan etnik ini dapat saya siapkan bersama dengan ahli kumpulan yang lain dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang kami tempuhi. namun dengan kekuatan yang telah diberikan oleh Tuhan dapat juga kami siapkan denganjayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nasir selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberikan kami panduan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan terutama ahli kumpulan saya yang lain, kerana telah memberi komitmen yang terbaik sepanjang pembikinan tugasan ini berlangsung.

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Malaysia merupakan sebuah negara yang amat beruntung kerana didiami oleh berbagai kaum yang terdiri daripada berbagai etnik yang mempunyai budaya,agama dan kesenian yang unik. Di samping itu, Malaysia juga telah menjadi salah satu negara yangmaju walaupun baru mencecah separuh abad usia kemerdekaan. Ini mampu dicapai dengan wujudnya perpaduan dan adanya hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubungan ini telah terbentuk sejak dahulu lagi dimanakita telah melihat bahawa kemerdekaan kita sendiri berjaya dicapai dengan adanya perpaduan dan tolak ansur antara semua etnik.Kecemerlangan ini telah berlanjutan dengan membolehkan Malaysia terus bangun dari peralihan zaman sehingga kini telah mencapai status negara membangun yangmana semakin menghampiri kepada taraf status negara maju. Dengan adanya perpaduan dan hubungan yang baik ini, banyak kejayaan telah dicapai. Dengan kepesatan kemajuan dan pembangunan, peningkatan pencapaian ekonomi,kemanan dan keharmonian yang mana bertunjangkan perpaduan etnik telah membawa Malaysia jauhlebih majudihadapan berbanding negara-negara serantau yang juga mempunyai etnik yang berbilang kaum. Menjadi satu kebiasaan mendengar pujian dan kekaguman pelancong asing dan orang luar terhadap keharmonian dan hubungan antara etnik-etnik di Malaysia dimana setiap orang tanpa mengira kaum,agama,warna kulit dan budaya dapat duduk semeja tanpa merasa terancam dari segala segi. Dengan keamanan inilah kita menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya dan dikagumi.

Dalam tugasan ini, kami perlu mengkaji tentang nilai-nilai negatif yang membantut usaha kerajaan dalam membentuk Negara 1 Malaysia. Di samping itu,kami juga perlu menhuraikanya dalam 4 nilai negatif yang utama iaitu diskriminisasi, streotaip, prejudis dan etnosentrisme. Seterusnya, kami juga dikehendaki untuk menjalankan satu kajian lapangan di Daerah Pendang,Kedah dimana is merupakan penempatan masyarakat minority Siam. Kamijuga telah menjalani kuiz berkaitan isu-isu seperti dari segi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan agama islam sebagai agama rasmi, kedaulatan raja-raja Melayu dan juga hak keistimewaan orang Melayu. Umumnya, tugasan kerja kursus saya memberi gambaran jelas tentang susur galur sebenar pembentukan etnik di Malaysia melalui perkembangan sejarah sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik di negara kita. Saya juga dapat mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai keadaan hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini. Langkah menerapkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat dapat dilaksana.

Melalui segala tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara tidak langsung banyak perkara yang telah saya pelajari. Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana perlembagaan yang menjadi tonggak utama dalam pentadbiran di Negara Malaysia dibentuk. Walaupun saya telah pelajarinya semasa berada di sekolah dahulu, namun, pendedahan ini telah meningkatkan lagi pemahaman saya tentang perlembagaan kita. Di samping itu, saya turut dapat mengimbau kembali kronologi-kronologi semasa penggubalan perlembagaan negara kita. Perkara ini merupakan sesuatu yang penting dalam saya mengenal asal-usul tanah air saya dan bagaimana proses perkembangannya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap pemahaman saya dan telah membuatkan saya lebih menghargai serta mencintai tanah air saya.

Perkara yang paling penting yang saya pelajari sewaktu penghasilan tugasan iniialah, saya telah mendapat satu pendedahan baru mengenai suasana sebenar politik dan juga masyarakat di Malaysia. Jika sebelum ini saya tidak begitu ambil peduli tentang perkara ini, tetapi sekarang saya menjadi lebih peka dengan situasi yang bermain di Negara kita. Saya meminati subjek ini sebab ia memberi peluang kepada kita untuk menyuarakan pendapat disamping memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan untuk menjawab kertas kerja.Penerangan yang baik dari pensyarah juga memberi kesan kepada pelajar untuk memahami intipati yang disampaikan. Apapun , yang tidak dapat saya lupakan ialah tugasan kuiz itulah yang sering kali diingatkan oleh pensyarah yang membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri membuka minda lebih luas dalam mempelajari subjek hubungan etnik ini. Oleh itu, setiap orang perlulah sedar dan mengambil cakna akan perkara ini dan berusaha untuk membela nasib bangsa kita. Di samping itu, sebagai rakyat Malaysia,kita perlulah sentiasa mematuhi perlembagaan Negara kita dan tidak berusaha untuk mempersoalkannya. Ianya seiring dengan rukun negara yang ketiga iaitu keluhuran perlembagaan. Selain itu, kita juga haruslah sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain serta menjaga sensitiviti kaum-kaum lain. Dengan ini barulah negara kita akan sentiasa menjadi aman damai dan bersatu-padu seterusnya dapat memangkin pembangunan Negara kita supaya terus berkembang maju dan dihormati di mata dunia.